Blogger Templates by Zaizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Emas Popular

Loading...

Persediaan Sebelum memulakan Pelaburan... Jom Layan.

Tuesday, October 2, 2012
sumber : http://www.pelaburjutawan.com/pengaruh-harga-emas-kepada-pelaburan/


Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum memulakan Pelaburan?

Ada 4 persediaan yang perlu anda perhatikan dan lakukan, iaitu;
Persediaan Medium Pelaburan Pilihan
Persediaan Minda
Persediaan Ilmu
Persediaan Modal


Bagaimanakah persediaan pasaran emas ketika ini?
Pasaran Emas sememangnya telah bersedia untuk dipilih sebagai medium pelaburan sejak 11 tahun yang lalu berikutan unjuran pergerakannya terus kekal berada pada posisi menaik (Uptrend).

Apakah persediaan minda yang perlu saya lakukan?
Jika anda berhasrat untuk membuat pelaburan, maka anda hanya perlu tetapkan dalam minda point utama pelaburan dan anda perlu mematuhinya sentiasa, iaitu;
- Anda membuat keputusan untuk membeli Emas ketika ini kerana ianya sangat berpotensi menguntungkan.
- Anda akan menjualnya semula apabila kenaikan harganya telah melebihi harga belian untuk meraih keuntungan.
- Anda akan membuat belian semula selepas menjualnya kerana unjuran harga masih berada pada unjuran kenaikan (Uptrend) bermakna ia masih berpotensi menguntungkan.
- Anda akan membuat belian tambahan jika harga emas turun lebih rendah berbanding belian sebelumnya kerana penurunan harganya hanya sementara dan akan naik semula kerana unjuran harga jangka panjangnya masih Uptrend.

Apakah persediaan ilmu pelaburan emas yang perlu saya tahu?
Ada beberapa faktor yang akan mempengaruhi untung rugi pelaburan anda, antara faktor yang penting adalah Harga dan Spread (susut nilai).

Bagaimanakah harga emas boleh mempengaruhi pelaburan?
Membeli emas yang kadar perubahan harganya tidak selaras dengan harga sebenar di pasaran antarabangsa akan menyebabkan keuntungan dari kenaikan harga emas yang dipilih menjadi semakin lambat kerana ia akan menyebabkan berlaku situasi dimana ketika harga emas antarabangsa telah naik, tetapi harga emas yang anda beli masih tiada sebarang perubahan, dan begitu juga sebaliknya.

Bagaimanakah kadar spread boleh mempengaruhi keuntungan?
Membeli emas dengan kadar peratus spread yang besar akan menyebabkan keuntungan anda menjadi lebih sedikit dan tempoh menunggu sehingga belian yang dilakukan jadi menguntungkan juga akan menjadi lebih panjang.

Berapa lamakah yang diperlukan untuk meraih keuntungan dari pelaburan emas?
Tempoh masa yang diperlukan bergantung kepada;
Tindakan pertama anda selepas menyedari potensi pelaburan emas – Jika selepas menyedari potensi keuntungannya dan anda segera membuat belian, maka potensi keuntungan anda akan jadi lebih cepat.
Tindakan anda sekiranya harga turun lebih rendah berbanding belian sebelumnya – Jika anda bertindak membuat belian tambahan, maka keuntungan anda akan lebih cepat apabila harga naik semula selepas itu, berbanding jika anda hanya mengambil tindakan tunggu dan lihat.


Bilakah masa yang sesuai untuk memulakan Belian Emas / Pelaburan Emas?
Sudah tentu sekarang kerana unjuran harga emas masih berada pada posisi Uptrend, tak mungkin anda mahu melabur dalam unjuran pasaran Downtrend.

Bagaimana jika selepas saya membeli emas harganya turun lagi?
Itu adalah peluang untuk anda menggandakan keuntungan dengan mengambil langkah membuat belian tambahan, kerana posisi unjuran harga masih kekal Uptrend, jadi walaupun harganya turun sekarang, ia pasti akan naik semula. Samaada naik atau turun, tinggi atau rendah, kita tahu ia pasti akan naik lebih tinggi nanti.

Bagaimana saya boleh mendapatkan panduan dan bimbingan dalam pelaburan emas?
Anda boleh mempelajari panduan dan info yang dikemaskini dari masa ke semasa melalui laman web www.MyPublicGold.blogspot.com, dan dapatkan bimbingan intensif dari masa ke semasa dengan mendaftarkan nama saya sebagai Introducer anda ketika membuka akaun dealer atau pelanggan di Public Gold. Atau hanya masukkan maklumat ini (Nama – Muhammad Zaizulakmar Bin Zainuddin / Kod Dealer – PG002145) di ruangan Introducer jika anda membuka akaun sendiri secara online melalui laman web www.publicgold.com.my.