Blogger Templates by Zaizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Emas Popular

Loading...

Hati-Hati Pilih Agen Pelaburan Emas

Wednesday, February 29, 2012
 


KUALA LUMPUR 31 Jan. – Orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih ejen sebelum membuat sebarang pelaburan melibatkan jongkong emas.
Profesor Ekonomi, Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Amir Baharuddin berkata, perkara itu penting bagi mengelakkan pelabur menjadi mangsa penipuan ejen yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, orang ramai harus berhati-hati dan menyelidik terlebih dahulu latar belakang ejen dan memastikan ejen tersebut berdaftar serta bertauliah.
“Harus diingat ada ejen yang mengambil untung atas angin, jadi adalah lebih baik sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan sebelum bersetuju untuk membuat pelaburan.

“Jangan mudah percaya dengan kata-kata ejen yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas rintihan pengadu dikenali Tsuri di dalam ruangan Forum Utusan Malaysia semalam yang merasakan dirinya tertipu selepas cuba menjual semula ketulan emas miliknya di sebuah kedai dengan harga yang lebih rendah daripada harga belian dan semasa.
Tambahnya, adalah lebih baik sekiranya pelaburan emas itu dijadikan pelaburan jangka panjang dan bukannya untuk pelaburan jangka pendek.

Sementara itu, Profesor Kewangan dan Perbankan di Kolej Perniagaan, UUM, Prof. Dr. Norhayati Ahmad menegaskan orang ramai perlu meneliti dan mengkaji pelaburan emas yang ingin disertai.
Katanya, sebelum membuat pelaburan, orang ramai haruslah mempersiapkan diri dengan mendapatkan pengetahuan berkenaan selok-belok pelaburan.
“Dengan adanya pengetahuan, ia sedikit sebanyak membantu dalam membuat keputusan dan mengelakkan diri daripada ditipu.
“Oleh itu, sebaiknya sebelum membuat sebarang keputusan kita sudah memiliki pengetahuan secukupnya berkenaan dengan pelaburan yang ingin kita sertai dan orang di dalamnya,” katanya. – Utusan Malaysia Online

Produk I-series Barang Kemas 916 Edisi Pajak Public Gold

Sunday, February 26, 2012


Pelaburan EMAS terkini keluaran Public Gold dikenali sebagai Koleksi Rantai Tangan, Rantai Leher dan Pendant  i-series.

Ianya merupakan Barang Kemas yang didatangkan dengan berat yang berbeza 5g, 10g, 20g, 50g dan 100g serta bakal menyusul adalah 5g dan 10g. Ianya dikeluarkan sepertimana PUBLIC GOLD BAR cuma dalam bentuk rantai dan diperbuat dari EMAS 916. Koleksi Rantai i-series boleh dijadikan sebagai aset pelaburan alternatif kepada Public Gold BAR dan Public Dinar yang rancak diniagakan sebelum ini. Ianya turut diniagakan seperti BAR dan DINAR di mana harganya mengikut pasaran semasa yang berubah setiap 20 minit.



Koleksi Rantai i-Series boleh dilihat lebih kepada PELABURAN EMAS berbanding dengan Public Jewellery (barang kemas) yang lebih khusus kepada perhiasan diri. Ianya dapat dilihat dari 'spread margin' yang menunjukkan perbezaan harga jual dan harga beli yang lebih kecil (sekitar 10%) berbanding dengan Public Jewellery pada kadar sekitar 20%.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan I-series, Sila hubungi saya :)