Blogger Templates by Zaizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Emas Popular

Loading...

G20 SUMMIT

Friday, October 28, 2011


Menteri2 Kewangan Eropah telah bermesyuarat pada Jumaat lepas dan diikuti dgn mesyuarat menteri2 dari kesemua 27 negara Kesatuan Eropah pd Sabtu baru2 ini. Kemudiannya pd 23 Oktober diikuti dgn G20 summit yg telah ditangguhkan  dari jadual asal 17-18 Oktober. Nampaknya mereka belum dapat penyelesaian konkrit,  dan pada hari ini satu mesyuarat antara pemimpin2 Kesatuan Eropah dan Eurozone untuk  penyelarasan dan utk finalize plan dana Euro bailout fund akan diadakan.



Dalam pd itu pasaran dunia dikejutkan dgn pembatalan satu mesyuarat antara menteri2 kewangan Eropah. Pembatalan mesyuarat ini seolah2 memberi isyarat yg penyelesaian tidak dapat dicari dlm kemelut krisis hutang Eropah. Faktor2 ini lah yg telah melonjakkan harga emas dan perak secara tiba2 semalam. Apa2pun kita tunggu keputusan mesyuarat hari ini.

Protes di jalan2 sekitar Wall Street terus dijalankan dengan jumlah penyertaan yang semakin bertambah. Mungkinkah perhimpunan aman ini akan menjadi serius seperti di Greece?


Seorang anggota polis terbakar kerana lemparan bom buatan sendiri di Athens, Greece pada 20 Oktober lalu


Pihak berkuasa Greece di kepung oleh penunjuk2 perasaan dalam pada G20 berhempas pulas  mencari penyelesaian krisis hutang


Gambar penunjuk2 perasaan yang diambil kelmarin menunjukkan bilangan penunjuk perasaan semakin bertambah.
Tuesday, October 25, 2011

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:1. Syiling emas2. Jongkong emas
3. Barang kemas
Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan. Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:1. Mudah dibawa2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.3. Mudah ditunaikan.4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.
Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % – 40%). Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan membeli barang kemas.
Tapi kalau nak memberikan hadiah kepada orang tersayang maka barang kemas adalah hadiah yang paling baik.
Tentunya pembaca 1gold1malaysia ingin mengetahui berkenaan analisis untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.
Kijang Emas
  • Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu.
  • Spread 1oz (3.9%), 1/2oz (5.6%), 1/4oz (7.4%)
  • Tidak boleh lock harga.
  • Tidak boleh booking.
  • Perlu dapatkan sendiri di Maybank.
  • Stok sering habis.
  • Tidak beli semula jika tercalar.
UOB Gold
  • Boleh dibeli di UOB Utama sahaja.
  • Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (3%), Gold Maple Leaf (3%), Kinebar (3%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (3%)
  • Perlu dapatkan sendiri di UOB.
  • Stok selalu habis
  • Mesti bawa resit asal masa jual balik
  • Tidak boleh buka sarung

Pamp Suisse
  • Boleh dibeli di kedai emas tertentu.
  • Spread antara 10%-30% mengikut kedai.
  • Buka sarung tolak harga.

Bunga Raya
  • Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja.
  • Spread 15%-25%.
  • Buka sarung tolak harga.

Barang Kemas
  • Boleh dibeli di mana-mana kedai emas.
  • Harga tinggi berbanding pasaran.
  • Spread 20%-40%

Public Gold / Public Dinar
  • Boleh dibeli daripada mana-mana agen.
  • Spread 5%-6%
  • Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama.
  • Boleh booking dan lock harga.
Pilihan di tangan anda. Namun, emas pelaburan terbaik setakat ini ialah Public Gold / Public Dinar kerana banyak kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. Sekiranya berminat, kami sedia menjual emas Public Gold / Public Dinar pada bila-bila masa pada harga yang sama seperti di laman web Public Gold / Public Dinar.

7 Soalan Popular Mengenai Jual Beli Emas

Thursday, October 13, 2011
sumber : http://www.majalahniaga.com/7-soalan-popular-mengenai-jual-beli-emas.html

pak di rancang wang dari sekarang
Dalam artikel kali ini, Tuan Suzardi Maulan (Pak Di), iaitu penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang akan menjawab 7 soalan popular berkenaan pelaburan emas. Semoga ia bermanfaat untuk para pembaca.

Saya kumpulkan 7 soal-jawab yang sering ditanya mengenai pelaburan emas:

1 – Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan dari bank? Bukankah membeli emas secara berhutang adalah dilarang dalam Islam?
Islam melarang jual beli emas secara hutang hanya dalam transaksi tersebut sahaja. Contohnya;,
  1. Tuan membeli 10g emas hari ini dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian. Atau,
  2. Tuan membayar RM 1,500 hari ini dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu selepas itu.
Manakala membuat pembiayaan bank untuk membeli emas pula adalah dibenarkan. Dalam situasi tersebut, tuan berhutang dengan bank dan bukannya penjual emas. Apa yang penting selepas mendapat duit dari bank, pembelian emas dibuat secara tunai.
Sekiranya tuan meminjam dari bank, maka pastikan tuan hanya membuat pembiayaan peribadi dari bank-bank Islam sahaja. Jika tuan membuat pinjaman dari bank konvensional maka tuan masih terlibat dengan riba.
Dalam erti kata lain, proses pembiayaan bank adalah transaksi A. Manakala, membeli emas pula adalah transaksi B. Maka, pastikan transaksi B berlaku secara tunai.

2. Apakah hukum membeli emas pada harga yang rendah kemudian dijual semula dengan harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan? Misalnya, membeli emas pada RM 150/g dan menjual semula pada RM 180/g. Adakah ini perbuatan riba?
Itulah yang dikatakan jual beli yang difahami oleh tuan semua. Secara umumnya Islam tidak melarang jual beli. Apa yang mesti tuan fahami adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara tunai.
Hanya jual beli emas yang tidak berlaku secara tunai adalah riba.

3 – Bank mana yang menawarkan akaun pelaburan emas patuh Shariah?
Akaun pelaburan emas diperkenalkan oleh bank-bank. Bank-bank Islam mahupun bank-bank konvensional tidak mahu terlepas untuk membuat untung dari kenaikan mendadak harga emas yang berlaku.
al rajhi bank
Keunikan akaun pelaburan emas di bank adalah tuan tidak perlu menyimpan emas secara fizikal. Walaupun begitu, masih ada kos yang perlu tuan perhalusi, dan ini berbeza dari satu bank ke satu bank yang lain.
Sehingga artikel ini ditulis, hanya akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) dan al-Rajhi Bank yang dapat disahkan akaun pelaburan emas yang halal.

4 – Bagaimana dengan peluang pelaburan emas yang memberikan dividen ?
Pelaburan emas tidak memberikan dividen. Sekiranya tuan ditawarkan dengan pelaburan emas yang menawarkan dividen bulanan, suku tahunan atau tahunan maka sila berhati-hati.
Jangan terlibat dalam skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.

5 – Apakah perbuatan membeli emas, gadai dengan syarikat ar-Rahnu, beli emas lagi, gadai lagi dan seterusnya dibenarkan dalam Islam?
Strategi berkenaan dari sudut hukum tidak ada larangan yang mengharamkannya. Apa yang penting pembelian dibuat secara tunai dan gadaian dibuat dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan skim pajak gadai Islam.
pelaburan emas
Walaupun begitu, tuan mesti sentiasa berhati-hati apabila mahu menggunakan strategi sebegini kerana harga emas ada turun naiknya.
Selagi mana harga emas sentiasa naik maka tiada masalah, tetapi jika berlaku kejatuhan harga emas yang teruk tuan pasti berhadapan dengan masalah yang besar.

6 – Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?
Pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas sahaja tuan membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.
Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas tuan membayar, tuan memperoleh emas tersebut.
Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas tuan membuat pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan tuan dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.

7 – Bolehkah saya membuat locking harga?
Harga pasaran emas menjadi rujukan penjual dan pembeli adalah cuma satu penanda aras sahaja. Sekiranya tuan  bersetuju menjadikan harga tersebut sebagai harga jual beli, maka tuan tertakluk dengan syarat tersebut.
elakkan daripada terjerumus dalam riba
Namun sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak mahu menjadikan harga semasa emas sebagai harga jual beli, maka jual beli tersebut masih sah. Kedua-dua pihak ada kebebasan untuk menggunakan harga semasa, harga yang lebih tinggi dari harga semasa, atau harga diskaun dari harga semasa.
Apa yang penting adalah selepas tuan bersetuju dengan sebarang harga, maka tuan membuat pembayaran penuh dan penjual dapat memberikan resit bagi memenuhi syarat qabadh.
Sekiranya berlakunya pembayaran ansuran, maka itu adalah riba.

Soalan 7 + 1: Apakah hukum pelaburan emas secara online?
Apabila Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli berlaku.
Dalam jual beli online yang tidak membabitkan emas fizikal, maka kebiasaannya ia melibatkan pasaran hadapan yang mana tuan tidak perlu membayar penuh harga emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas pada transaksi online itu berlaku.
pelaburan forex haram
Kita hanya perlu membuat tekaan turun naik harga semata-mata. Kalau betul kita untung, kalau salah kita rugi.
Maka hukumnya sama dengan pelaburan forex yang kita bincangkan sebelum ini iaitu pelaburan sebegitu adalah haram kerana pelaburan secara online sebegitu tidak memenuhi syarat jual beli emas atau/ matawang yang halal di sisi Islam.
Terima kasih kepada para pembaca budiman yang bertanya. Soal jawab ini juga dapat digunakan untuk situasi jual beli perak dan juga matawang.