Blogger Templates by Zaizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Emas Popular

Loading...

Video Laporan Khas Pelaburan Emas oleh TV9.

Thursday, September 29, 2011
sumber: www.jutawanemas.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian?
Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya.
Baiklah, untuk kali ini saya ingin berkongsi klip berita TV9 berkenaan edisi khas mengenai Pelaburan Emas.
Memandangkan pelaburan emas telah mula menjadi trend yang hangat diperkatakan, wartawan dan pembaca berita TV9,  Saudara Amin Hayat Abd. Rahim (klik sini) telah membuat liputan mengenainya.

Untuk laporan khas pelaburan emas  ini, saya telah ditemuramah oleh beliau bagi mendapatkan beberapa maklumat mengenai pelaburan emas melalui Public Gold (www.publicgold.com.my)
Laporan khas ini telah disiarkan di dalam berita TV9 ketika awal bulan puasa yang lalu.
Kini anda boleh melihat laporan khas pelaburan emas ini melalui youtube video (klik butang play untuk mainkan video)
Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan pelaburan emas, saya berharap laporan khas ini boleh membantu anda mendapat info ringkas mengenai pelaburan emas.
Selain itu penting untuk anda mengenalpasti apakah itu pelaburan emas yang betul dan juga skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai topeng mereka.
Di dalam laporan khas ini juga, wartawan TV9 telah mendapat kenyataan berhubung pelaburan emas dari  Bank Negara Malaysia. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia,  kita dimaklumkan bahawa mengenai 2 perkara penting mengenai perniagaan emas dan perak serta skim pelaburan emas:
1. Urusniaga emas dan perak BUKAN di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia.
  (bermaksud, perniagaan emas dan perak tidak memerlukan sebarang kebenaran
@ kelulusan daripada BNM, jadi sesiapa sahaja bebas berniaga emas dan perak)


2. Bagaimana pun jika urusniaga itu jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang pelabur dan diberikan pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal boleh diambil semula, ia BOLEH menyalahi undang-undang.

Jadi, saya berharap laporan khas pelaburan emas TV9 ini boleh membuka minda anda mengenai potensi lumayan di dalam pelaburan emas dan perbezaan pelaburan emas yang betul dan skim cepat kaya yang bertopengkan emas.
Jika ada membuat pelaburan emas dengan betul, pulangan lumayan menanti anda. Jika anda tersalah langkah, maka anda boleh rugi banyak.
 
Anda berminat mempelajari ilmu pelaburan emas secara mendalam?
Dapatkan ebook saya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas – Teknik-teknik Menjana Kekayaan Dengan Emas Dibongkarkan”
Di dalam ebook ini saya akan berkongsi ilmu dengan anda tentang:
1. Kenapa anda perlu menyimpan emas.
2. Apakah kekurangan wang kertas
3. Bagaimana cara membuat pelaburan emas di Malaysia
dengan tepat, selamat  dan paling menguntungkan.
4. Persiapan minda sebelum membuat pelaburan.
5. Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan
sebelum membeli emas
6. Teknik-teknik memaksimakan keuntungan dengan emas.
Saya memberi jaminan 100% yang anda akan celik emas dan pandai membuat keuntungan dengan pelaburan emas selepas ini. (klik sini untuk maklumat lanjut mengenai ebook saya)
Baiklah, itu sahaja. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dengan emas :)

Contoh mudah pelaburan emas

Wednesday, September 28, 2011

Ramai yang mungkin tertanya bagaimana pelaburan emas dilakukan, bagaimana emas dapat menguntungkan pelabur dan juga bagaimana untuk mengoptimumkan keuntungan melalui pelaburan emas. Pelaburan emas sebenar-benarnya bermaksud “menyimpan” emas untuk suatu tempoh masa yang sederhana dan panjang, hanya kadang-kadang , emas dapat memberikan keuntungan dalam jangka masa pendek, tetapi sebaik-baiknya simpanlah emas untuk jangka masa yang panjang dan mendapat pulangan yang berganda.
Sejak berjuta tahun dahulu, sejarah manusia menyaksikan bermacam ritual, perang, perkelahian dalam merebut logam berharga ini, dari konflik kecil sehingga besar, emas & harta benda berterusan bertukar hak milik, mereka yang memiliki kekuatan yang lebih besar akan merampas emas permata dari pihak yang lebih lemah. Mereka yang berkuasa ini akan terus menerus mengumpul emas dan harta dari pihak lain untuk menggandakan lagi jajahan dan kekayaan mereka.
Sebut sahaja kemewahan tamadun Aryan di India, Macedonia di greece, Yunani, Rom, mereka menguasai kekayaan setiap jajahan mereka dan memaksa negeri-negeri lain tunduk kepada mereka, setiap ekspedisi ketenteraan memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan pastinya ia bukan dari poket mereka, kecuali dirampas dari mangsa serangan tersebut.
Jika dilihat sejarah Tamadun Mongols, Barbariks, Kaum Utara, mereka telah banyak kali menyerang, merampas, mengguling kerajaan2 diatas, bahkan hampir semua tamadun manusia dihancurkan gog dan magog ini, tetapi bagaimana bangsa mereka hari ini? Daif? Tiada dana kewangan? Tidak maju berbanding bangsa lain. Sebab pertama, semestinya kurangnya ilmu pengetahuan yang diturunkan ke.generasi geberasi baru. Kedua, cara kehidupan nomad ibarat kais pagi makan pagi, bermaksud, mereka tiada keperluan menyimpan, sebanyak mana rampasan mereka, itu yang akan dibelanjakan..
Dari sejarah emas sendiri, mungkin kita harus faham, melabur bermaksud menyimpan, pelaburan emas tidak menjanjikan pulangan sekelip mata (kecuali skim2 penipuan), tetapi.pelaburan emas memboleh pelabur mendapat pulangan yang selamat, steady dan berterusan.
Cara pelaburan emas yang biasa adalah dengan cara membeli emas dan simpan, contohnya jika pelabur memiliki RM5000, dengan harga hari ini, pelabur mungkin dapat membeli sekitar 36gram emas 999, sekiranya harga emas naik RM10/gram, pelabur akan untung sekitar RM360 (10x360gram), tetapi sejak.kebelakangan ini, ada yang.memilih untuk menggunakan sistem ar-rahnu.
Jika tadi, dengan RM5000, pelabur dapat memiliki 36gram emas 999, tetapi jika tambah sedikit contohnya RM6200, pelabur dapat memiliki lebih kurang 100gram emas 999, jika harga emas naik RM10/gram, pelabur boleh untung hampir RM1000 (overlap) (modal RM6k untung RM1k), menarik bukan. Bagaimanapun, cara arrahnu tetap ada caj upah sebanyak 0.75%/month,tidaklah tinggi. 
Bagaimanapun, cara kedua.lebih selamat kerana keselamatan emas lebih terjamin, pelabur hanya membeli emas yang telah disahkan pihak arrahnu, pelabur membuat.keputusan sendiri tanpa pihak.ketiga, dan yang penting, kenaikan harga emas setiap tahun hampir ~40% mengatasi ASB, UT, TABUNG HAJI, asn dan sebagainya.

Kos Pengangkutan Produk keluaran Public Gold

Monday, September 26, 2011

sumber: http://www.bijakemas.com/
Sila lihat senarai di bawah. Hanya pembelian di Pulau Pinang sahaja tidak dikenakan kos pengangkutan. Kos ini adalah untuk perjalanan keluar jongkong/syiling/barang kemas Public Gold dari Pulau Pinang ke serata Semenanjung Malaysia.
Setakat ini kos penghantaran tidak dikenakan  kepada pelanggan. Pelanggan cuma perlu membayar kos pengangkutan sahaja.

Nota: 
Kos Pengangkutan = Perjalanan keluar emas Public Gold dari Pulau Pinang. 
Kos Penghantaran = Daripada Bijak Emas kepada pelanggan. 


JONGKONG & SYILING 999.9 PUBLIC GOLD:-
  • Semenanjung Malaysia
    • 10g = RM10/unit
    • 20g = RM10/unit
    • 50g = RM20/unit
    • 100g = RM30/unit
    • 250g = RM50/unit
  • Sabah & Sarawak
    • 10g = RM20/unit
    • 20g = RM20/unit
    • 50g = RM40/unit
    • 100g = RM60/unit
    • 250g = RM100/unit
DINAR EMAS PUBLIC DINAR:-
  • TIADA SEBARANG KOS DIKENAKAN BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA
  • UNTUK SABAH DAN SARAWAK
    • 1 dinar = RM10/unit
    • 5 dinar = RM20/unit
    • 10 dinar = RM30/unit 
JONGKONG 999 PUBLIC SILVER:-
  • Semenanjung Malaysia
    • 250g = RM20/unit
    • 500g = RM30/unit
    • 1000g = RM30/unit
  • Sabah & Sarawak
    • 250g = RM240/unit
    • 500g = RM60/unit
    • 1000g = RM60/unit
 i-SERIES:-
  • Semenanjung
    • 10g = RM10/unit
    • 20g, 50g, 100g = RM20/unit
  • Sabah & Sarawak
    • 10g = RM20/unit
    • 20g, 50g, 100g = RM40/unit
BARANGAN KEMAS 916 PUBLIC JEWELLERY :-
  • Semenanjung Malaysia RM20/unit
  • Sabah & Sarawak RM40/unit 

Maut Tertimbus Dalam Kolam Emas

Thursday, September 22, 2011

Thursday, September 22, 2011Maut Tertimbus Dalam Kolam EmasANGGOTA penyelamat mengeluarkan mayat pendulang emas yang tertimbus di ladang milik Pertubuhan Anak Yatim Mersing, malam tadi.ANGGOTA penyelamat mengeluarkan mayat pendulang emas yang tertimbus di ladang milik Pertubuhan Anak Yatim Mersing, malam tadi.

MERSING: Laungan ‘Allahu Akbar’ di bawah timbusan tanah membawa kepada penemuan mayat seorang pemuda yang mati tertimbus ketika mendulang emas untuk menambah pendapatan sebagai persediaan meraikan kelahiran anak kedua tiga bulan lagi, dalam kejadian di sebuah ladang sawit di sini, malam kelmarin.


Dalam kejadian di ladang Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mersing (PKAYM), dekat Kilometer 13 Jalan Endau-Mersing itu, Mohd Shafadrul Afandi Shukor, 24, dari Kampung Hubung, terbunuh apabila bahagian dasar lubang lebih lima meter dalam yang dimasuki runtuh.


Sebelum kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin, Afandi memberitahu bapa mentuanya, Mohd Khamsani Kassim, 43, dia keluar rumah untuk membeli barangan keperluan harian.

Bagaimanapun, kegagalannya pulang ke rumah sehingga jam 9 malam menyebabkan Mohd Khamsani bersama seorang ipar mangsa, keluar mencarinya di sekitar kampung serta kawasan ladang berkenaan.

“Hati saya berat menelah Afandi pergi mendulang kerana sebelum ini dia pernah ke situ, walaupun saya melarangnya melakukan kerja bahaya itu. Sebaik tiba, saya terlihat motosikalnya, beg serta peralatan mendulang berhampiran lubang yang digali. Ketika itu, di bawah timbusan tanah, saya terdengar laungan ‘Allahu Akbar’ sebelum dengusan nafasnya berakhir.

“Apabila meninjau lubang yang membentuk terowong itu, saya yakin dia tertimbus dan berusaha menggali, namun tidak terdaya. Kami kemudian mengambil keputusan menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan,” katanya. 

Beliau berkata, ladang itu menjadi tumpuan pendulang emas, termasuk menantunya yang menjalankan kerja itu secara sambilan kerana percaya tanah di situ mengandungi emas.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Ramli Harun, berkata beliau bersama 13 anggota dari Mersing dan Endau bergegas ke lokasi.

“Kami sukar mengesan mangsa yang terperangkap jauh dalam tanah. Sebuah jengkaut terpaksa dibawa masuk untuk menggali kawasan itu bagi mengeluarkan mayat yang tertimbus. Operasi bermula jam 12 tengah malam yang turut dibantu orang awam akhirnya berjaya mengeluarkan mayat pada jam 2.40 pagi,” katanya.

Ibu mentua mangsa, Ayati Othman, 43, menyifatkan kejadian itu amat menyedihkan ketika isterinya, Nurul Saufeqah, 20, sarat mengandung enam bulan, selepas memperoleh anak sulung, Mohd Adam Haikal, yang kini berusia 18 bulan.

“Dia tinggal bersama kami sejak mendirikan rumah tangga. Afandi sering bercerita mengenai hajatnya mendulang emas kerana ada rakan memberitahunya mereka boleh dapat hasil lumayan. Suami saya sering menasihatkan dia tidak meneruskan usaha itu, namun selepas mendulang buat pertama kali sebelum ini, dia seolah-olah seronok, walaupun risikonya tinggi,” katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semaloi, petang semalam selepas dibedah siasat di Hospital Mersing.