Blogger Templates by Zaizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Emas Popular

Loading...

10 Soalan lazim pembeli baru bullion perak

Monday, August 8, 2011


1. Nak beli kat mana?
Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook "Silver Lot Shop" Ia juga boleh dibeli authorised dealer Pamp dan agen Public Silver

2. Nak jual balik kat mana?
Jika anda membeli pada agen Public Silver, anda boleh menjualkan silver bar kembali kepada agen tersebut.
Secara alternatif, anda boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Group Facebook "Silver Lot Shop" kerana ramai peminat silver berurusniaga di situ

3. Untung ke simpan silver?
Harga Silver telah meningkat 8x ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011)

4. Berapa harga silver sekarang?
Harga silver berubah dari masa ke semasa. Anda boleh periksa harga silver di nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/

5. Brand/jenis keluaran mana yang bagus??
Jenama premium rendah : Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan)
Jenama premium tinggi : Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)

6. Apa itu bullion?
Bullion ialah terma yang bermaksud silver bar atau silver syiling

7. Kenapa harga silver bar atau coin bukan pada spot price?
Ini kerana kos tempaan yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri. Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan premium

8. Betul ke silver boleh naik sampai USD200/oz?
Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50x ganda
Pada 2002 - 2011, harga silver telah meningkat kepada 8x ganda (harga semasa dalam lingkungan $42)
Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang $220

9. Kenapa % kenaikan harga silver lagi tinggi berbanding emas?
Oleh kerana permintaan pelaburan DAN perindustrian sangat tinggi untuk silver, kenaikannya memang melambangkan permintaan.
Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan & barang kemas sahaja. Ia akan naik 'slow & steady' tetapi kemungkinan besar akan naik lebih renda peratusan berbanding silver

10. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
Silver adalah pelaburan jangka panjang. Pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan


Jika anda telah menyimpan Silver a.k.a Perak  tapi tak tahu cara untuk menjana keuntungan yang maksimum......... Anda boleh dapatkan ebook di sini





Analisis Pasaran Gold - 8 Ogos 2011

sumber: www.pelaburjutawan.com

Alhamdulillah,



Minggu lalu, sebaik sahaja pengumuman mengenai Kenaikan Had Maksima Hutang oleh Amerika diumumkan, serta merta berlaku lonjakan harga Gold & Silver di pasaran antarabangsa ekoran berlakunya peningkatan permintaan ke atas komoditi berharga ini bagi tujuan perlindungan harta dan kekayaan disebabkan jumlah hutang yang ditanggung oleh Amerika kini jauh lebih tinggi berbanding jumlah pendapatan yang diraih oleh negara itu.



Dikhabarkan Amerika kini menambah hutamgnya sebanyak $2.3 Trillion lagi bagi tujuan pemulihan semula ekonomi dan krisis kewangan di sana. Namun begitu, ia tidak memberi apa2 makna bagi rakyat dan penduduk disana kerana mereka sedar bahawa tindakan itu hanya akan memburukkan lagi krisis hutang dan krisis ekonomi yang sedang dihadapi.



Pada Jumaat yang lalu juga, telah berlaku kejatuhan besar bagi saham2 dagangan di Wall Street ekoran kebanyakan pelabur mengambil tindakan menjual kesemua saham2 mereka membuatkan saham dagangan di Wall Street merudum kira2 sekitar 4.5% , dan impak kejatuhan ini turut dihadapi oleh Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) di mana saham2 yang didagangkan mengalami kemerosotan kira2 sekitar 1.4%.



Masalah dan krisis kemelesetan Nilai Dollar sebenarnya bukannya hanya menjadi masalah kepada Amerika sahaja, bahkan ianya adalah masalah global kepada negara2 yang menjadikan USD sebagai sandaran kepada Matawang mereka, dan ianya termasuk Malaysia!



Justeru, jangan sesekali melihat permasalahan dan krisis ini sebagai fenomena biasa dan tiada kena mengena dengan kita semua, kerana ianya pasti akan mempengaruhi situasi ekonomi, kuasa beli, harga barangan, pendapatan, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan negara dan pelbagai lagi masalah2 berkaitan ekonomi negara termasuk ekonomi peribadi kita!



GOLD


Sebagaimana analisis teknikal saya pada posting 16 Julai 2011 yang lalu, saya telah membuat jangkaan awal dimana harga Emas bakal mendaki sehingga ke paras Garisan Hijau bertanda FE 61.8 di dalam chart itu iaitu pada harga sekitar $1640/oz, dan ternyata kini paras itu bukan sahaja telah berjaya dicapai, bahkan harga Emas ketika ini telah pun melepasinya dan sedang berada di atas Garisan Hijau FE 61.8 tersebut sebagaimana yang terdapat di dalam chart diatas.Kini harga Emas sedang berada dalam keadaan Ranging (pergerakan mendatar), dan sedang menanti momentum yang akan menyokong pendakiannya menuju ke paras Garisan Hijau yang seterusnya yang bertanda FE 100.0 iaitu pada paras harga sekitar $1735/oz.

Korea beli emas AS$1b lindungi ekonomi

Tuesday, August 2, 2011

 s umber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi& pg=ek_05.htm

 

 

SEOUL 2 Ogos - Korea Selatan memperuntukan lebih AS$1 bilion bagi pembelian pertama emas dalam tempoh lebih sedekad ekoran ketidaktentuan pertumbuhan global dan tekanan hutang berdaulat bank-bank pusat dunia untuk mempelbagaikan rizab asingnya. Bank of Korea berkata, pembelian terkini itu bernilai AS$1.24 bilion (RM3.596 bilion).

Pemulihan ekonomi global yang rapuh dan syarat-syarat hutang yang bahaya di Amerika Syarikat dan Eropah telah meningkatkan perlindungan selamat bagi emas sehingga mencecah rekod tertinggi pada Jumaat lalu.
Bank of Korea berkata, pihaknya telah membeli 25 tan emas sejak dua bulan lalu, meningkatkan jumlah emas yang ada kepada 39.4 tan.

Rizab mata wang seperti dolar dan euro telah mencatatkan kerugian sejak krisis kewangan global disebabkan polisi monetari yang tidak normal ekoran masalah defisit fiskal.
Data melibatkan 27 ekonomi utama daripada Bank Penyelesaian Antarabangsa menunjukkan nilai efektif penyelarasan inflasi dolar telah merosot sebanyak 10 peratus dalam tempoh dua tahun dan euro pula enam peratus, menggambarkan kenaikan dalam pusingan setiap mata wang.
Bagaimanapun, pegangan emas Korea Selatan masih terlalu kecil berbanding Bank-Bank Pusat Asia - dengan China menduduki tempat keenam, memiliki emas terbesar iaitu 1,054.1 tan pada akhir Mei lalu, menurut data Majlis Emas Dunia. 

''Bank Pusat Korea Selatan agak terlewat tetapi para pelabur emas menjangka harga sokongan terus berlaku memandangkan bank-bank pusat di dunia ini masih kurang membuat pelaburan dalam emas,'' kata Ketua Asset Great Pacific Wealth Management, Sean McGillivray.
Bank of Korea berkata, ia merupakan pembelian pertama emas sejak 1997/98 untuk meningkatkan rizab asing. Amerika Syarikat adalah negara terbesar memiliki emas dalam rizabnya iaitu 8,133.5 tan atau 74.7 peratus daripada jumlah rizab. - Reuters

EBOOK TERBARU :Teknik Pelaburan Silver DIBONGKARKAN...........

Monday, August 1, 2011
Tahukah Anda?

Harga Silver Naik 814.55% sejak 10 tahun lepas?
Ini bersamaan dengan purata 25% compounding setahun!

Tahukah Anda?

Harga Harga Silver Naik 100% dalam tempoh 2010 - 2011?
Parking duit 5k boleh jadi 10k!!!
Memang GOYANG KAKI

Harga silver dah naik banyak ni, boleh naik lagi ke?

Pada bull market Emas/Perak 1960-1980, harga Silver naik 5556% !!!
Masa bull market Emas/perak semasa bermula, harga Silver = $4.07
Kalau kita ikut unjuran lepas, POTENSI KENAIKAN HARGA Silver = $4.07 x 55.56; dianggarkan $200/oz !!!

Sekarang baru cecah $40. Nampak potensinya?

Ini kalau baru simpan saja-saja long term, belum lagi guna ”Strategi Underground” yang saya telah buktikan dalam Kajian Kes ebook tersebut.

Dengan Strategi ini, saya buktikan bahawa saya dapat
menambahkan stok simpanan Silver dengan HARGA DISKAUN 75%!!!
                              Ikram Adi
                     
Jika anda telah menyimpan Silver a.k.a Perak  tapi tak tahu cara untuk menjana keuntungan yang maksimum......... Anda boleh dapatkan ebook di sini