Blogger Templates by Zaizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Emas Popular

Loading...

Gold & Silver - Pelaburan Terbaik Di Abad Ini!

Saturday, July 30, 2011


 sumber: http://www.pelaburjutawan.com
Sejak akhir2 ini, semakin ramai individu yang telah celik mengenai bidang pelaburan dan semakin ramai juga individu yang serius  menjadi seorang pelabur sepenuh masa termasuklah saya sendiri. Tidak hairanlah jika ketika ini pelbagai jenis pelaburan muncul ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Namun begitu, kepada sesiapa yang baru sahaja berjinak2 di dalam bidang ini, mereka perlu meneliti dan mengkaji dahulu jika ditawarkan sesuatu jenis pelaburan itu dari segi ianya sah atau tidak dan adakah ianya mematuhi undang2 yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan juga Suruhanjaya Sekuriti (Untuk online investment).

Contoh paling mudah untuk mengetahui adakah pelaburan itu  sah atau tidak ialah, sekiranya pelaburan itu menjanjikan pulangan dalam bentuk % secara bulanan, dan ianya ditawarkan oleh syarikat atau individu selain daripada Institusi Perbankan atau Kewangan yang berdaftar, maka ianya adalah skim yang menyalahi undang2 negara. Justeru, pelaburan itu adalah tidak sah dan lambat-laun pasti akan diambil tindakan oleh BNM. Sama juga sekiranya syarikat tersebut beroperasi di luar negara, ianya hanyalah helah yang digunakan untuk memperdaya mangsa bagi mengaut keuntungan.



2- Pelaburan Saya

Ketika ini, saya sedang membuat pelaburan dalam kategori komoditi, iaitu tanaman ladang Sawit dan Emas & Perak (berbentuk Bar, Coin, Dinar). Pelaburan ke atas komoditi terutamanya Emas & Perak pada ketika ini adalah satu pelaburan yang mudah diurus, selamat, dinamik, risiko kerugiannya rendah dan potensi keuntungannya amat tinggi.
Emas Berbentuk Bar 999.9


Emas Berbentuk Coin 999.9

Emas Berbentuk Dinar 916
3- Mengapa Pelaburan Komoditi

Setiap fasa di dunia ini punya kitarannya tersendiri, dalam kehidupan ada kitaran fasa kehidupan, bahkan dalam aktiviti kehidupan seharian kita juga ada kitaran yang kita pasti lalui setiap hari seperti tidur, bangun tidur, makan, bekerja, mandi dan sebagainya.

Begitu juga dalam dunia pelaburan, setiap pergerakan turun naik pasaran, ada kitaran yang berulang dan saling bertukar ganti diantara satu sama lain. Jika satu pasaran naik, maka pasaran yang satu lagi hanya mendatar, dan selepas mencapai sesuatu tempoh, pasaran yang naik tadi pula bergerak mendatar, manakala pasaran yang mendatar itu pula naik.

Secara umumnya, saya membahagikan pergerakan pasaran kepada 2 jenis kategori pelaburan iaitu :


1- Pasaran Saham & Hartanah (Unit Trust, Saham, Bond, IPO & Rumah Sewa dll.)
2- Pasaran Komoditi (Sawit, Getah, Emas, Perak, Platinum dll.)

Bagi setiap satu pasaran ini, ianya mengambil tempoh sekitar 15 - 20 tahun untuk bergerak dengan cemerlang sebelum ianya menjadi lembap dan prestasi pasaran akan diambil alih oleh pasaran yang berikutnya.

Bermula dari tahun 1945 iaitu selepas perang Dunia Kedua sehingga tahun 1965, waktu itu pasaran Saham & Hartanah dalam keadaan yang baik, justeru kenaikan harga Emas & Perak agak lembab. Kemudian bermula pada tahun 1968 - tahun 1980, tiba giliran untuk pasaran komoditi beraksi pula dan menyebabkan pasaran saham & hartanah kurang memberangsangkan.

Percayakah anda, dari tahun 1965 - 1980 kenaikan harga emas telah mencecah sehingga 1500% dalam tempoh 15 tahun sahaja. Anda boleh saksikan sendiri harga emas pada waktu itu pada kotak di bawah.

Harga Emas Dari Tahun 1968 - 1980
Seterusnya, dari tahun 1980 - tahun 2000, prestasi pasaran dimonopoli semula oleh pasaran saham & Hartanah sekaligus menyebabkan harga emas & perak bergerak mendatar seperti ditunjukkan pada graf di bawah ini.

Harga Emas Mendatar Dari Tahun 1980 - Tahun 2000
Cuba perhatikan kadar pulangan pelaburan dalam Unit Saham Amanah ASB yang dilancarkan pada tahun 1991. Dari tahun 1991 - tahun 2001, kadar pulangannya adalah yang tertinggi iaitu sekitar 10% - 14% setahun disebabkan ketika itu adalah giliran pelaburan dalam bentuk Saham & Hartanah pula memberikan hasil dan prestasi yang cemerlang.


Bermula pada tahun 2001 - 2020 adalah waktu untuk pelaburan komoditi pula, dan ianya menyebabkan pulangan dari pelaburan Saham Amanah ASB terus menurun sedikit demi sedikit sedangkan harga emas & perak pula telah melonjak dengan cepat sehingga berjaya mencapai paras kenaikan sehingga 480% hanya dalam masa 10 tahun sahaja.

Harga Emas Dari Tahun 2001 - Sekarang
Justeru, adalah mustahil untuk saya membiarkan peluang berharga ini berlalu tanpa saya membeli dan menyimpan emas & perak sebanyak2nya!

Bagi Silver pula, dari tahun 2001 sehingga kini, kenaikannya telah mencecah sekitar 1200%, dan ianya dapat dicapai hanya dalam tempoh masa 10 tahun sahaja!!.

Harga Silver Dari Tahun 2001 Hingga Sekarang

Lonjakan Harga Emas – Peminat emas tersenyum lebar

Monday, July 18, 2011

sumber: http://www.inspirasiemas.com

Assalamualaikum,
Sedar atau tidak, sejak minggu lepas, harga emas terus melonjak mencecah USD1600 per auns. Sekali lagi rekod telah dipecahkan!! Seperti tidak pecaya kan?? Baru saja 2 minggu lepas harga emas berlegar2 dibawah paras USD1500/Oz tapi hari ini, harga emas tersebut telah mencatatkan rekod dunia :)
Jom kita tengok Analisis Harga Emas Terkini!


Ok, jika kita lihat pada graf tersebut, sebenarnya harga emas telah melonjak melebihi 1600 US Dollar per auns..!! Cuma masa saya dapat graf ni harga emas sedikit jatuh sekitar 1599 US Dollar per auns..
Bagi mereka yang mungkin terlihat harga emas pada 2 minggu lepas, iaitu pada awal bulan Julai, sebenarnya harga emas pada waktu itu agak rendah!!

Bagi mereka yang mendengar nasihat saya ketika itu, iaitu beli saja emas pada ketika itu, mereka mungkin boleh mengukir senyuman pada waktu ini..hihihi termasuk la saya..sebab ade duit lebih sket masa tu, saya beli je emas :). nak tengok harga 2 minggu lepas?
ok jom kita tengok…

Ok, cakap dalam dollar2 ni mungkin pening kepala sket..jom kita tengok harga emas dalam Ringgit Malaysia (RM). Kita tengok harga emas terkini Public Gold.

Harga Public Gold

Public Dinar

ok, sebelum tu saya nak minta maaf, sebab tak rekodkan harga pada 1 hb Julai tu..tapi seingat saya, harga emas 1 dinar yang terendah pada ketika itu adalah RM673.00 Saya harap jika ada dealer atau customer2 lain yang ade merekodkan harga emas pada ketika itu harap dapat kita kongsikan bersama disini.

Ok, apa yang saya nak cakap kat sini, perbezaan harga emas PG Sell dan PG Buy (harga kita beli emas tolak harga kita nak jual balik emas)  adalah 6%..jadi, jika kenaikkan emas telah mencecah 6%, ini bermakna, kita sebenarnya telah berada dalam keaadaan yang baik. Tak rugi tak untung lagi..tu baru 2 minggu kan?? Kalau setahun??? ok jom tengok harga emas setahun.


Nampak kan?? Harga emas untuk 1tahun?? Kenaikkan sehingga 25%!! Alhamdulillah..Syukur..Jadi, saya rasa anda jangan la tunggu lagi sampai harga emas naikk dan terus naik…mula la menyimpan sekarang..
Dah la emas kalis inflasi, lepas tu lagi lama simpan lagi menguntungkan!! Simpan la sedikit..mulakan menyimpan emas kecik2 contohnye 1 dinar..ok?? Saya bukan memaksa untuk anda beli emas tapi sekadar nak beri kesedaran untuk anda menyimpan emas yang dikatakan sebagai penyimpan nilai yang baik.
Contoh harga pada 4 Julai 2011

 
Menarik kan?? Cepat je harga emas naik..sebenarnya, masa harga emas tengah jatuh..semua takut nak beli betul tak??tapi sekarang tengok la..kan bagus kalau beli emas masa tu??heheeh..tapi jangan risau..masih belum terlambat untuk bertindak..sebab harga emas akan mencecah melebihi RM200/gram..boleh baca artikel saya sebelum ni ya..

Kepada peminat2 blog ini, jangan lupa join group inspirasiemas di Facebook ya :)

Sekian, Assalamualaikum..

Sejarah Duit!

Saturday, July 16, 2011

sumber: http://institutemas.blogspot.com


salam.

Hari ini ramai yang menyebut istilah duit tanpa menyedari perbezaan yang ketara antara 'wang' dan 'matawang'. 

Wang atau dalam bahasa inggeris adalah 'money' manakala matawang adalah 'currency'. 

Tetapi oleh kerana, budaya dan bahasa kita yang biasa menyebut duit semata, kita tidak sedar kedua istilah Money & Currency adalah berbeza dari segi istilah dan nilainya. 

Oleh itu, mari kita kupas isu sejarah duit ini dengan lebih mendalam. Sebelum itu, kita kena ketahui juga apa yang dimaksudkan dengan duit. Secara ringkasnya, duit ialah satu medium pertukaran kepada barangan atau perkhidmatan, dengan memegang sekian nilai yang dipersetujui oleh kedua pihak pelanggan & peniaga atau pembekal perkhidmatan.

Sejak beribu tahun yang lepas, manusia sudah menggunakan emas & perak sebagai asas pertukaran. Duit asal manusia adalah logam bernilai seperti emas & perak kerana keduanya mempunyai sifat dan nilai intrinsik yang kekal secara semulajadi. Berbanding kulit siput cowry atau logam besi yang tidak berjaya kerana kelemahan mampu dibinasakan, emas & perak mendapat tempat di hati datuk nenek moyang kita sejak beribu tahun yang lepas sebagai wang atau duit. Ini kerana sifat emas yang berkilauan dan cantik, menyebabkan sesiapan sahaja akan bersetuju untuk menukarkan barang mereka atau memberikan perkhidmatan kepada pemiliknya. Begitu juga dengan logam putih, perak yang berkilauan. 

Syiling emas pertama wujud sebagai duit di dunia ialah syiling 'the lydian lion' oleh kerajaan purba lydia. 
Lydian Lion (depan)
Lydian Lion (belakang)
Syiling perak yunani
Syiling emas Rom
Syiling perak Rom
Dinar emas tamadun arab lama

Dirham perak tamadun arab lama

Syiling emas nupam Kerajaan India lama

Sistem wang emas & perak ini kekal beberapa kurun lamanya di dunia di pelbagai tamadun.

Di tamadun china, wujud wang tahil emas & tahil perak. Semua dagangan dunia pada masa itu adalah dalam emas dan perak sebagai medium utama pertukaran. Emas & perak adalah wang pada masa itu.

Kemudiannya, di akhir tahun 1700an dan sekitar awal tahun 1800-an, konsep mula berubah sedikit. Oleh kerana membawa wang (emas & perak) yang banyak ke sana sini adalah agak sukar, manakala menyimpannya di rumah masing-masing semata-mata agaklah membimbangkan. 

Jadi, wujud konsep bank pertama di dunia, apabila pihak mereka menawarkan untuk menyimpan wang orang ramai di tempat mereka. Sebagai ganti, mereka akan isukan kertas bertulis IOU yang mewakili wang penyimpan-penyimpan  tadi sebagai ganti. Seumpama surat yang mewakili wang mereka. Surat atau kertas bertulis yang mewakili emas & perak.

Surat itu bernilai kerana adanya simpanan sebanyak mana emas & perak di simpanan bank tadi. Bank ini bermula di tempat-tempat tukang emas yang mempunyai bilik kebal serta kuil-kuil atau gereja-gereja lama yang mempunyai struktur bilik yang kukuh serta selalu dikunjungi orang ramai. Atas keselamatan inilah, ramai orang mula menukarkan wang mereka kepada kertas yang mewakili emas & perak masing-masing. Tapi manusia pada waktu ini masih belum lupa bahawa, wang yang sebenar masih lagi emas & perak.


Antara IOU kertas terawal yang mewakili 'duit sebenar' emas & perak, 1779.
Kemudian beberapa siri perwakilan wang dan kertas IOU berlaku di seluruh dunia. Manusia mula membawa kertas-kertas ini untuk membeli dan berdagang.Jika mereka ingin mendapatkan wang yang sebenar, mereka hanya perlu pergi menuntutnya di bank-bank berkenaan yang menyimpan emas & perak, iaitu wang sebenar.

Dipendekkan cerita, wang yang diwakilkan dengan kertas ini boleh digelar matawang kertas. Kerajaan US adalah antara peyimpan emas & perak terbesar dunia mula mencetak matawang USD dengan nisbah rizab emas & perak yang mereka ada.Matawang ini digelar 'Silver Certificate' dan "gold Certificate' kerana not kertas dollar itu tidaklah bernilai melainkan adanya perak & emas. Not kertas USD hanyalah sijil kertas yang mewakili wang yang sebenar, emas & perak.


1 Silver Dollar (depan)

Silver certificate yang mewakili perak (1868-1957)

10 dollars in Gold Coin (depan)

Gold Certificate yang mewakili emas (1863 -1928)

USD pada hari ini.

Jika, kita perasan, di not-not USD ini ada tertulis perkataan 'gold certificate' dan 'silver certificate'. Malah ianya tidak terus dipanggil dollar, tetapi 'silver dollar' atau 'gold dollar' atau 'in gold coin'. Perkataan yang paling utama pada not-not ini ialah pada bahagian bawahnya, iaitu, "PAYABLE TO THE BEARER ON DEMAND". Maksudnya, sesiapa sahaja memegang not-not ini boleh pergi menuntut emas & perak mereka di bank.

Pada waktu itu, sebelum 1933, sesiapa sahaja yang memegang not USD ini boleh menukarkan not kertas mereka dengan emas & perak di kaunter-kaunter bank. Ini jelas menunjukkan intergriti wang sebenar masih boleh dimiliki oleh orang ramai. 

Namun, sejarah sentiasa berubah dan diubah oleh kerajaan US kerana, berlakunya beberapa siri peperangan yang besar, yang menyebabkan mereka terpaksa mencetak USD melebihi rizab sebenar emas & perak yang mereka ada. Ini menyebabkan berlakunya inflasi yang tinggi serta susut nilai matawang USD sertas matawang-matawang lain seluruh dunia khususnya akibat percetakan yang berleluasa sehingga ke hari ini.

Mari kita lihat kronologi utama sehingga, matawang kita hari ini tidak lagi bersandarkan pada emas & perak (wang yang sebenar) tetapi hanyalah cetakan atas angin yang teruk dibaham inflasi. 

1914 - piawai emas dibatalkan kerana Perang Dunia I, percetakan USD lebih banyak dari   
           simpanan emas yang dimilikinya.
1929 - Kemelesetan ekonomi dunia, USD20=1oz
1933 - FD Roosevelt menetapkan USD35 = 1oz Emas.
(april 1933 – act to prohibit citizen keep gold)
1941 - Perang Dunia II
1944 - Perjanjian Bretton Woods & IMF diwujudkan. Memilih hanya USD boleh tukar untuk    
             emas. Kerajaan sahaja (bank pusat) yang boleh tukar kepada emas & perak, dan  
              orang  perseorangan tidak boleh. Mereka janji 1oz emas untuk setiap $35
1960 - Perang Vietnam - USA
1970 - USA menanggung defisit hutang melebihi USD37 billion
1971 - Presiden Richard Nixon membatalkan sepenuhnya piawaian emas dan USD. Tidak lagi 
            boleh tukar USD – Emas.
1971 sehingga sekarang, USA boleh mencetak USD sewenang-wenangnya secara atas  
           angin. 
Cetakan secara besar-besaran setiap hari (sila perhatikan jumlah USD yang dicetak pada atas kanan blog ini - US National Debts clock)

Susut nilai berlaku dengan lebih pantas apabila cetakan USD semakin laju dan banyak tanpa kawalan secara atas angin dan tidak bersandarkan pada emas & perak.
 p.s: Jadi anda sudah faham kenapa duit fiat hari ini susut nilai. Kerana ianya matawang yang tidak bernilai. Hanyalah kertas yang dicetak dan dikuatkuasakan bernilai sahaja. Tiada emas & perak disebaliknya. Oleh itu, masih mahu simpan matawang?! Simpan lah wang sebenar dan bukan matawang. Simpan emas & perak.

KELEBIHAN EMAS

Friday, July 15, 2011

sumber: http://www.auraurum.com/

  • Kami cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada didalam pelaburan dan simpanan emas, secara jujurnya? apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas? kami pernah berjumpa pelanggan dari putrajaya yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Bangi membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilauannya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri..tapi umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.
  • Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam….
  • Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja, hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.
  • Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)
  • Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.
  • Kata pakar ekonomi pula, setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu
  • jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya..maka antara 30 kelebihan melabur didalam emas adalah
  • Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
  • Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa
  • Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
  • Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam
  • Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu
  • Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh
  • Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
  • Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan
  • Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
  • Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar
  • Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu
  • Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
  • Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
  • Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga
  • Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan
  • Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar
  • Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan
  • Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam

  • Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes
  • Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan
  • Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka
  • Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual
  • Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
  • Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas
  • Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
  • Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
  • Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi
  • Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka
  • Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas
  • Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru
  • HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi..
  • Jadi, tu sedikit sebanyak kelebihan emas…bagi sesiapa yang masih xtau kelebihan emas fizikal, ni adalah jawapannya..banyak lagi…bergantung pada individu…
  • Credit to “Kays Legacy”