Blogger Templates by Zaizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Emas Popular

Loading...

Kenapa kena menyimpan dalam Silver & Emas???

Friday, May 27, 2011

sumber: http://tinyurl.com/3ummez9

* Kerajaan Barat banyak berhutang - Hutang Amerika 14 trillion,  Bila takde duit nak bayar hutang, Amerika cetak banyak duit t. Duit Amerika USD, semua negara kena pakai (reserve currency)

USD berlambak menyebabkan cepat susut nilai. Bila duit susut nilai, harga barang naik. Bila terlampau cepat susut nilai, manusia mula tak percaya dengan duit kertas

Sejarah berulang, manusia berpusu membeli silver & emas untuk pelindung harta

http://www.wangcyber.com/forum/members/ikram-adi-albums-silver-graph-picture3613-krisis-dollar.jpg

Harga silver & emas pun naik, naik.... MELAMBUNG!

Nak tanya pasal Silver pun boleh.... Maklumlah kenaikkan 40% setahun..... hubungi saya..... 24jam

Emas : Aset @ Liabiliti????

Saturday, May 21, 2011
sumber: http://centregold.blogspot.com/


Apa beza antara aset dan liabiliti? Kebanyakan kita sering tersilap dalam menetukan aset dan liabiliti bagi setiap apa yang kita miliki. Jika anda katakan rumah itu satu aset, sila fahami kenyataan mudah seperti di bawah:
Aset = mengalirkan wang ke poket kita
Liabiliti = wang akan keluar dari poket kita
Makna perkataan di atas amat mudah bagi seseorang yang tiada pengetahuan tentang dunia perakaunan seperti saya. Sekarang, dapatkah anda klasifikasikan setiap apa yang anda miliki?

1. Kereta: Kereta lama anda digunakan untuk membawa barang-barang pertanian anda ke Pasar Tani untuk dipasarkan. Kereta baru anda pula digunakan untuk berjalan-jalan sahaja. Mana satukah aset anda?
2. Rumah: Anda beli rumah besar, dilengkapi pelbagai perabot yang menggunakan skim bayaran mudah. Anda perlu membayar harga pinjaman bank yang dikenakan selama 30 tahun. Liabiliti atau aset?
3. Laptop: Anda menggunakannya untuk surf internet dan bersosial bersama-sama dengan rakan-rakan maya anda. Adakah ini aset anda?
4. Emas: Boleh dibuat sebagai pelaburan dan juga perniagaan. Jika digabungkan keduanya 100-200% keuntungan yang diperolehi dan ini semestinyalah sebagai aset.


Apa yang dikatakan ASET adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

(1) Wang tunai anda bertambah
MENYIMPAN WANG TUNAI ANDA DI BANK / KOPERASI yang dapat MEMBERI PULANGAN FAEDAH MELEBIHI KADAR INFLASI SEMASA
(2) Harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai dalam tempoh tertentu
CARANYA adalah dengan MEMBELI DAN MENYIMPAN EMAS

(3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai positif
CARANYA adalah dengan MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI dan TIDAK BERUBAH

(4) Pelaburan yang anda buat memberi pulangan keuntungan yang positif
CARANYA adalah dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG POSITIF

(5) Hutang yang anda buat menambahkan harta atau simpanan wang tunai
CARANYA adalah MENGGUNAKAN TEKNIK PENGUMPILAN


Apa yang dikatakan LIABILITI pula adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

(1) Wang tunai anda berkurangan
Berbelanja boros @ berbelanja tanpa beringat

(2) Harta yang anda beli itu menjadi semakin menurun nilai dalam tempoh tertentu
Membeli RUMAH @ KERETA yang tidak sesuai dengan perolehan pendapatan anda

(3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai negatif
TIDAK MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI DAN TIDAK BERUBAH

(4) Pelaburan yang anda buat memberi aliran tunai negatif
MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG NEGATIF

(5) Hutang yang anda buat mengurangkan harta atau simpanan wang tunai
Dengan 'mengikat diri' pada SKIM BAYARAN MUDAH, KAD KREDIT dan PINJAMAN PERIBADI

Bagaimana? Sudahkah anda menjawab soalan di atas dan memahaminya? Ya, soalan di atas memang mudah untuk dijawab. Namun sebenarnya kita sendiri sangat sukar untuk menentukannya dalam realiti kehidupan kita sendiri. Mengapa begitu agaknya?
Jika mudah bagi anda menentukan mana satukah aset atau liabiliti anda, saya pasti anda dapat menjana pendapatan hasil daripada aset yang ada. Ingat, liabiliti sepatutnya dikurangkan untuk mengurangkan jumlah expenses anda setiap bulan.

Kesimpulannya, jika anda ingin mencapai "TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN", anda mesti MEMBELI ASET YANG BETUL dan MENGELAKKAN DIRI daripada terperangkap dengan MEMBELI LIABILITI. Ingat !!! Ini adalah SYARAT UTAMA jika anda serius nak mencapai kebebasan kewangan yang sebenar.

"ORANG MISKIN ( 99% ) membazirkan umur dengan MEMBELI LIABILITI. Manakala ORANG KAYA ( 1% ) pula memanfaatkan nikmat umur yang diberi untuk MEMBELI ASET yang betul. Inilah SEBAB UTAMA yang menjadi punca mengapa orang kaya menjadi semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin "
Selamat mengaplikasikan pengetahuan ini!

RIba beli emas guna Arrahnu

Thursday, May 19, 2011

Ar Rahn & Public Safe, Pilihan Alternatif Pajakan Dan Simpanan

Tuesday, May 17, 2011
sumber: www.pelaburjutawan.com

Alhamdulillah,
Baru2 ini kita telah digemparkan dengan Ar-Rahnu Agro Bank yang tidak lagi menerima sebarang pajakan emas berbentuk Bar atau Coin berkuatkuasa serta merta.

Saya juga agak terkejut bila dimaklumkan oleh pegawai Ar Rahnu Agro Bank pada jumaat petang yang lepas, namun pada saya ianya tidak mustahil berlaku di sebabkan oleh kemunculan skim2 jualan emas yang 100% menggunakan Ar Rahnu sebagai medium perniagaan mereka.

Sistem sebegini telah memanipulasikan kemudahan gadaian islam untuk pinjaman jangkamasa pendek menjadi platform perniagaan untuk keuntungan pihak ketiga.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya ada mengenai alternatif pilihan yang ada selepas Agro Bank.


Ar Rahn

1- Mempunyai 22 cawangan di seluruh negara dan di urus oleh Permodalan Kelantan Berhad.

2- Memberikan jumlah pinjaman sehingga 60% dengan upah simpan seperti berikut :


3- Untuk maklumat lanjut, sila hubungi cawangan yang berhampiran anda :

Ar-Rahn Kota Bharu
PT 95, Seksyen 7, Jalan Temenggong, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-741 4400
Fax : 09-741 4409

Ar-Rahn Kota Bharu 2
Lot 1007, Tingkat Bawah, Bangunan Hotel Raudah,
Jalan Maju, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Malaysia.
Tel : 09-7414322
Fax : 09-7414320

Ar-Rahn Tanah Merah
Lot PT 110, Jalan Chempaka, 17500 Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-950 2990
Fax : 09-950 2998

Ar-Rahn Pasir Mas
No. 55-D, Jalan Pasar Lama, 17000 Pasir Mas, Kelantan, Malaysia
Tel : 09-790 0500
Fax : 09-790 1500

Ar-Rahn Jelawat
Lot PT 128, Bangunan MDB, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-778 7060
Fax : 09-778 7061

Ar-Rahn Machang
Lot PT 371, Jalan Bakat, 18500 Machang, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-975 0050
Fax : 09-975 0052

Ar-Rahn Kajang
No. 10, Jalan Raja Harun,
43000 Kajang, Selangor.
Tel: 03-873 61517
Fax : 03-873 67552

Ar-Rahn Kangar
Tingkat Bawah, No 13,
Jalan Jubli Perak,
01000 Kangar,
Perlis.
Tel: 04-976 3526
Fax: 04-976 3525

Ar-Rahn Raub
No 57, Jalan Tun Razak,
27600 Raub,
Pahang.
Tel: 09-350 1310
Fax: 09-350 1311

Ar-Rahn Temerloh
No 33, Jalan Bahaman 3,
28000 Temerloh,
Pahang.
Tel: 09-290 1977
Fax: 09-290 1978

Ar-Rahn Kuantan
No 2, Jalan Mahkota,
25000 Kuantan,
Pahang.
Tel: 09-513 4345
Fax: 09-514 4345

Ar-Rahn Rantau Panjang
No. 181, Tingkat Bawah, Jalan Besar, Lubok Stol,
17200 Rantau Panjang,
Kelantan, Malaysia.
Tel: 09-795 3949
Fax : 09-795 0599

Ar-Rahn Wakat Baru
No. 2, Wisma MDT 2, Wakaf Bharu, 16250 Tumpat, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-718 5555
Fax : 09-718 5550

Ar-Rahn Guchil
PT 4916, Wisma Abdul Rahman, Tingkat Bawah, Guchil,
Bandar Kuala Krai,
Kelantan, Malaysia
Tel: 09-960 2242
Fax : 09-960 2240

Ar-Rahn Wakaf Che Yeh
Lot PT 448, Jalan Kuala Krai, Batu 3, Wakaf Che Yeh,
15150 Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia
Tel: 09-741 4411
Fax : 09-741 4410

Ar-Rahn Gua Musang
PT 7963, Tingkat Bawah, Kedai MDGM, Stesen Bas Lama,
18000 Gua Musang,
Kelantan. Malaysia.
Tel : 09-912 0440
Fax : 09-912 0444

Ar-Rahn Raja Laut
No. 44G, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Tel : 03-269 33433
Fax : 03-269 33431

Ar-Rahn Rawang
No. 49, Jalan Maxwell,
48000 Rawang, Selangor.
Tel : 03-609 28441
Fax : 03-609 28429

Ar-Rahn Alor Setar
No 1561, Jalan Kota,
05000 Alor Setar
Kedah.
Tel: 04-735 2831
Fax: 04-735 2832

Ar-Rahn Bentong
Tingkat Bawah, No 42,
Jalan Loke Yew,
28700 Bentong,
Pahang.
Tel: 09-220 1414
Fax: 09-220 1411

Ar-Rahn Sungai Petani
Tingkat Bawah, No 21,
Jalan Ibrahim,
08000 Sungai Petani,
Kedah.
Tel: 04-420 0300
Fax: 04-420 0301

Ar-Rahn Bayan Baru
Lot Pt 112,
Jalan Mayang Pasir,
11952 Bayan Baru,
Pulau Pinang.
Tel: 04-640 2421
Fax: 04-640 2422



Public Safe

1- Public Safe adalah satu kemudahan simpanan yang disediakan oleh Public Gold dan ianya bukan pajak gadai.

2- Pelanggan boleh memilih samaada ingin menyimpan di dalam peti simpanan selamat dan membayar sewa peti selama setahun, atau menyimpan dan mengambil tunai 70% dari nilai semasa emas dan membayar upah simpan pada bulan ke 6.

3- Nilai Simpanan di kira berdasarkan harga semasa PG SELL, dan pelanggan boleh mengambil tunai 70% dari harga semasa simpanan dibuat.

4- Upah yang dikenakan hanya 1% sebulan dan perlu dibayar ketika barang diambil, bukannya secara bulanan.

6- Pada bulan ke 6, emas perlu diambil dan dibayar upah, jika tidak pelanggan akan didenda sebanyak 3 peratus sebulan dari nilai simpanan emas tersebut. Bermakna, anda perlu ambil dan bayar upah pada bulan ke 6, kemudian anda boleh simpan semula dengan nilai semasa emas yang baru pada waktu itu. Biasanya kalau di arrahnu ianya dipanggil overlap.

7- Ianya memang bukan islamik kerana ternyata ia bukan pajak gadai islam atau pajak gadai konvensional, tetapi hanya satu kemudahan yang diberi kepada pelanggan dan Dealer2 Public Gold dan saya rasa mungkin emas dengan hallmark selain PG tidak diterima untuk kemudahan ini.

8- Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan cawangan PG yang berhampiran.

AR-RAHNU AGRO TIDAK TERIMA PAJAKAN EMAS GOLDBAR DAN COIN

Sunday, May 15, 2011

sumber : http://teamoverdraf.blogspot.com/

Salam kengkawan

Mulai 16 Mei 2011 pihak Agro telah hentikan pajakan Emas Ar-Rahnu berbentuk goldbar atau coin dan hanya akan terima emas perhiasan.ini adalah langkah yang diambil sepertimana Ar-Rahnu Bank Rakyat yang tidak terima emas bentuk syiling dan juga bar.

aku ada tanya juga sebelum nie pada pegawai Ar-Rahnu kenapa ini berlaku..dan jawapannya tiada sambutan lelongan pada emas bentuk ini..yer ker?? setahu aku aku tak pernah pulak nampak emas nie di lelong. ker diorang nie takut coz harga emas sekarang makin jatuh...entahlah, melain aku dapat tanya pada tokey Ar-Rahnu baru aku dapat jawapan sebenar, sama ada duit kat Ar-Rahnu dah abis atau ada planing lain dari pihak Agro.

apa pun kenapa dan bila ianya akan di buka semula tidak dapat diberikan maklumat kerana pihak bank tidak mahu tersilap cakap dengan pelanggan...
tetapi sesiapa yang telah buat pajakan dan ingin sambung masih dibenarkan untuk tempoh yang telah disyaratkan.

kepada yang telah membuat pajakan yang 'besar' tu sila sediakan wang yang banyak untuk tebus semula emas anda..kerana lepas ini Ar-Rahnu tidak ada terima lagi pajakan emas jenis ini..tempoh pajakan Ar-Rahnu Agro adalah 6+3+2 sahaja..so hanya boleh 11 bulan sahaja korang roling duit tu.. sebab tu bahayanya teknik rempit nie jika ada masalah mcm sekarang, lagi2 pada geng pajak yang tunggu masa cukup2 6 bulan untuk bayar pinjaman tu. so ansuran bulanan adalah cara terbaik..

so, aku jangka mmg ramai akan jual balik emas tu lepas nie..dengan harga lelong..klu tak lelong kat FB atau mudah.com emas diorang akan dilelong plak oleh Ar-Rahnu Agro....

pada hari ini, kita dapat lihat harga emas yang sememangnya murah berbanding bulan bulan lepas..dan aku boleh agak akan berlaku kerugian pada penjual yang panik pada pengumuman nie...

pandangan aku mybe pihak Ar-Rahnu terima arahan daripada BNM kerana terlalu ramai manipulasi Emas nie untuk dapatkan duit mcm Overdraf dulu..

Serambi Emas, Benarkah Ianya Lebih Menguntungkan?

Sumber: http://www.pelaburjutawan.com/
http://serambiemas.com/wp-content/gallery/kuari-emas/scan0023.jpg

Saya terpanggil untuk menulis sedikit pandangan peribadi saya mengenai skim belian emas secara ansuran yang baru2 ini tiba2 saja menjadi popular kerana menggunakan artis2 terkenal sebagai ikon kepada syarikat yang dikenali sebagai Serambi Emas.

Apa yang saya faham, skim yang ditawarkan amat mirip dengan skim yang ditawarkan oleh syarikat yang pernah di serbu oleh Bank Negara sebelum ini atas kesalahan AMLA (Anti Money Laundering) dan BAFIA (Bank And Finance Act.) iaitu syarikat Etika Emas Estet, malah ada sumber yang mengatakan Serambi Emas juga merupakan serpihan dari syarikat Etika Emas, namun sejauh mana kebenarannya, Wallahua'lam.

Mereka menawarkan ketulan jongkong emas 999.9 dengan berat minimum 100g setiap satu, dan harga emas yang ditawarkan adalah berpandukan kepada nilai gadaian (Nilai Marhun) yang ditawarkan oleh Ar-Rahnu Agro Bank. Contoh:

Nilai Gadaian Agro Bank ketika ini RM 165.80 x 100g = RM 16,580.00

Untuk makluman, walaupun ketika harga emas rendah, sebagai contoh harga emas PG pada waktu itu hanya sekitar RM 15,800.00, namun harga yang mereka jual tetap RM 16,580 kerana nilai gadaian Agro Bank tidak turun walaupun harga semasa emas turun. Ini telah merugikan pembeli kerana membeli emas pada harga yang amat tinggi.

Pembeli hanya perlu membayar sebanyak 35% dari harga emas, iaitu kira2 RM 5803.00 kepada syarikat, dan wakil syarikat bersama2 pembeli akan ke Agro Bank berhampiran, dan emas 100g tersebut akan digadaikan diatas nama si pembeli.

Agro Bank akan membayar sebanyak 65% dari nilai gadaian Emas yang tadi iaitu sebanyak RM 10,777.00 dan wang tersebut akan diambil oleh wakil syarikat tadi, menjadikan wang yang diterima oleh syarikat sebanyak RM 16,580.00 iaitu harga emas yang tinggi tadi.

Manakala si pembeli pula kini menanggung beban hutang kepada Ar-Rahnu sebanyak RM 10,777.00 yang mana mengikut kata si penjual tadi kini pembeli hanya perlu membayar secara ansuran berserta upah simpan kepada Agro Bank sebanyak 0.75% sebulan sehinggalah hutang tersebut habis dibayar barulah emas tersebut dapat diambil dan menjadi milik si pembeli sepenuhnya.

Pada pandangan saya ini lebih membebankan lagi kerana harga yang dibayar oleh si pembeli untuk memiliki emas tadi akan menjadi lebih tinggi berbanding nilai sebenar. Sudahlah harga jualannya tinggi, ditambah pula dengan upah yang perlu dibayar jika ianya mengambil masa sehingga 3 tahun untuk melangsaikan bayaran kepada Agro Bank, bayangkan berapa lebihan harga yang telah dibayar!!

Saya melihat ini hanya sebagai skim yang menggunakan emas sebagai medium untuk mengaut keuntungan dengan mempercepatkan jualan sahaja, soal untung rugi pembeli adalah soal yang kedua. Saya juga mendapat maklumat yang syarikat tidak menawarkan jaminan belian semula, bermakna pembeli perlu menjualnya kepada individu atau kepada kedai emas yang biasanya akan membeli pada harga 25% lebih rendah dari harga pasaran semasa!

Saya lebih suka menasihatkan agar membuat pinjaman peribadi untuk membeli emas berbanding membeli emas dengan hutang dari gadaian arrahnu. Sekali imbas seperti sama saja, tapi hakikatnya jauh berbeza kerana jika anda membuat pinjaman peribadi dan digunakan untuk membeli emas, saya akan memberi cara terbaik untuk anda melangsaikan hutang tersebut dengan cepat iaitu dengan cara membayarnya menggunakan emas.

Manakala jika anda berhutang kepada Ar-Rahnu untuk membeli emas, dan hutang tersebut dibayar dengan duit kertas, ianya akan mengakibatkan hutang itu akan menjadi lebih banyak disebabkan oleh kadar upah simpan dan tempoh untuk menyelesaikannya juga akan menjadi lebih panjang disebabkan susut nilai matawang / inflasi.

Tidak salah jika saya katakan, emas yang anda beli telah menjadi beban atau liabiliti kepada kewangan anda, bukan lagi aset pelaburan kerana ianya tidak memberi apa2 pulangan langsung, sebaliknya anda yang perlu membelanjakan wang untuknya, sekaligus membuatkan perbelanjaan anda meningkat.

Mereka datang Lagi..... Syarikat Berasaskan Skim Pelaburan Emas Muncul!!

Tuesday, May 10, 2011
sumber: http://www.pelaburjutawan.com
Di harap para pembaca dan sesiapa yang ingin mula melabur di dalam dunia emas berhati-hati dengan sebuah lagi syarikat yang menawarkan skim pulangan bulanan selepas VGMC.

Berikut sedikit profil pelaburannya, di harap anda semua tidak terjebak dan berhati2 dengan skim ini!

Hapuskan Scammers!!

Saham Emas East Cape Mining Corporation

East cape menawarkan peluang pelaburan saham emas kepada individu @ pelabur-pelabur yang berminat. Syarikat ini beribu pejabat dari United Kingdom.

Nilai saham yang ditawarkan sekarang ialah 1.00 Usd seunit dan nilai tersebut akan meningkat. Saham ini terhad kepada pelabur – pelabur tertentu sahaja sebelum ia dibuka kepada orang ramai dengan harga yang lebih tinggi.

Harga saham = usd1.00 seunit

Minimum pelaburan = 500 unit bersamaan 500 usd

Pulangan pada Pemegang Saham


Setelah membeli saham anda akan diberikan Akaun Pelaburan Saham ECMC. Setiap Pemegang Saham akan mendapat :-

1. IPO mengikut nilai saham emas kita melabur min USD500 dan Max 250,000

2.Akaun Kredit, Nilai dalam (USD)

3. Akaun Emas, nilai dalam gram (gm)

4. Akaun Trading, untuk jual/b to hold/treli paper gold positions

5. Global Auto Placement

Credit Account

Anda akan dapat pulangan 10% setiap bulan selama-lamanya daripada jumlah unit yang dibeli.

Contoh:- Anda membeli 500 unit saham dengan harga usd500

Pulangan 10% x 500 unit = 50 unit

50 unit = 1 gm (gram) setiap bulan (mengikut harga emas semasa)

Jika,1 gm (gram) x (harga emas semasa, katakan USD 50) = USD 50 (bergantung harga emas semasa). Katakan USD 50 x 3.0 = RM 150++ (anda akan dapat setiap bulan)

Dividen ini setiap bulan kita akan dapat. Maknanya dengan 500 unit saham, setiap bulan kita akan terima dividen RM150 setiap bulan tanpa henti. Ya setiap bulan, selagi kita tak keluarkan ‘share’ kita.

Gold Account

Anda boleh simpan credit anda dalam bentuk emas gram (gm) . Anda boleh tukar semula ke dalam bentuk credit bila2 masa apabila harga emas naik dan menguntungkan.

Trading Account

Setiap pemegang saham akan dapat 2 kali ganda daripada unit yang dibeli untuk trading saham emas. Contoh. Saya membeli 1000 unit saham dengan harga USD1000. Jadi saya dapat USD2000 untuk trade. Sehari boleh dapat antara USD10 ke USD100..oklah tu, lepas duit minyak hari2.

Jual Saham (100% Money Back )

Sekiranya anda tidak mahu lagi memegang saham tersebut, anda boleh jual bila2 masa sahaja. Modal anda akan dipulangkan dalam masa 45 hari.

Bonus Pengenalan

Setiap pelabur baru mesti daftar akaun melalui kenalan anda. ECMC tidak membuka peluang ini pada semua orang secara terbuka. (Private Shareholder by invitation). Jika anda memperkenalkan peluang ini pada pemegang saham baru, anda akan dapat 10% dari pelaburan mereka.

1) Contoh: Jika perkenalkan 10,000 unit (usd10,000) anda akan dapat 1000 unit dalam bentuk saham. 1000 unit tersebut akan masuk dalam saham anda. Anda akan dapat 10% dari 1000 unit tersebut iaitu 2 gm (gram) setiap bulan mengikut harga semasa emas.

Jika,2 gm (gram) = usd100 @ lebih kurang RM 320 ( anda akan dapat setiap kali pelabur anda dapat pulangan & selama2nya) akan bertambah mengikut harga emas

Bonus Kumpulan

Semua pemegang saham minimum 500 unit layak untuk menerima bonus kumpulan.Anda perlu susunkan pemegang saham anda dalam 2 kumpulan iaitu kiri & kanan. Sekiranya sebelah kiri ada 10,000 unit & sebelah kanan ada 10,000 unit dalam masa 1 bulan. Anda akan dapat Usd1000 pada 15hb berikutnya.

Cara Pelaburan :-

- Anda perlu buka akaun melalui laman web rasmi syarikat http://www.eastcapemc.com/

- Anda perlu dapatkan introducer id. untuk buka akaun seperti buka akaun bank syarikat.

- Anda perlu TT duit anda ke akaun bank syarikat.

- Anda juga boleh membeli credit tersebut dari pemegang saham lain

- Setelah membeli saham ECMC anda perlu mengesahkan identiti anda. Anda perlu scan IC.

Peringatan: Wajib pastikan nama yang didaftarkan mesti 100% ikut nama di IC anda untuk pengesahan dari syarikat dalam masa 60 hari dari tarikh mula anda membeli share. Tujuan untuk keselamatan

Pengeluaran/ Withdrawal

Anda perlu daftarkan akaun tempatan anda dengan ECMC. Setelah akaun tersebut disahkan, barulah anda boleh membuat pengeluaran East Cape Mining Corporation

Tak percaya???? Terpulang.... Anda buat, anda dapat! huhu

Sebelum membeli Emas, anda boleh dapatkan khidmat nasihat saya secara PERCUMA... JANGAN beli Emas, Jika anda tak tahu pasal Emas.... Dapatkan ilmu Emas dulu.... Insyaallah, Emas anda tidak akan menjadi liabiliti kepada anda.....
 
Nak tanya pasal Silver pun boleh.... Maklumlah kenaikkan 40% setahun..... hubungi saya..... 24jam
 
 

Harga Emas sedang jatuh ni ... Jom lock harga " Buy Low, Sell High"

Friday, May 6, 2011
Assalamualaikum.
Harga emas pada minggu ini bermula begitu baik sekali  mencecah RM5615/tael, (index emas paling tinggi setakat ini) . Harga emas antarabangsa pula mencatatkan kenaikan tertinggi pada kadar USD1556(2-3 Mei 2011). Penurunan Ini secara jelasnya disebabkan kenaikan nilai matawang USD. Ada juga mengaitkan kejatuhan harga ketika ini kesan dari kematian musuh no-1 Amerika, Osama Ben Laden.

Jika anda melihat patern harga emas ketika tragedi Tsunami di jepun pada awal Mac tahun ini, harga emas pada awalnya mengalami penurunan dalam tempoh beberapa hari kemudiannya meningkat dengan tinggi. Begitu juga ketika pengeboman di Libya dan protes rakyat yang menumbangkan beberapa rejim di negara teluk.

Jika patern sama berulang, harga emas dilihat akan menurun sepanjang minggu ini, dan bakal naik kembali pada minggu hadapan. Ketika artikel ini ditulis, index harga emas telah mengalami kejatuhan sebanyak USD76/oz iaitu dari USD1556/oz (3 Mei 2011) kepada USD1480 (6 Mei 2011) dalam tempoh masa 3 hari.

Index CHL juga telah menjunam dari 5615 kepada 5480 sejak 3 hari yang lalu, harga emas terkini yang diupdate FGJAM adalah bertarikh 20 April 2011 pada index 5440 (cuma berbeza 40 point sahaja) berbanding harga emas hari ini. Jika index berterusan jatuh dalam pasaran emas antarabangsa, berkemungkinan harga emas retail Malaysia akan kembali rendah seperti harga retail ketika January 2011.

Harga FGJAM 20 April 2011
999 Gold : RM172.00/gm
916 Gold : RM162.00/gm
835 Gold : RM150.00/gm
750 Gold : RM136.00/gm
375 Gold : RM77.00/gm

Harga FGJAM Nov 2010 - Mac 2011
999 Gold : RM166.00/gm
916 Gold : RM157.00/gm
835 Gold : RM144.00/gm
750 Gold : RM131.00/gm
375 Gold : RM71.00/gm

Sementara harga Emas dan Silver sedang turun ni, marilah kita lock harga harga Emas dan Silver... Untuk aktiviti pengambilan untung "Buy Low, Sell High"

Sebelum membeli Emas, anda boleh dapatkan khidmat nasihat saya secara PERCUMA... JANGAN beli Emas, Jika anda tak tahu pasal Emas.... Dapatkan ilmu Emas dulu.... Insyaallah, Emas anda tidak akan menjadi liabiliti kepada anda.....
 

Duit KWSP hanya mampu bertahan 3 tahun saja... Apa nak buat ni??

Tuesday, May 3, 2011
sumber: http://aurumkhersonese.blogspot.com

" Kajian menunjukkan bahawa simpanan WANG dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikumpul bertahun-tahun hanya mampu bertahan tiga tahun sahaja."


Sedarkah anda bahawa simpanan KWSP untuk anda ketika bersara nanti hanya mampu untuk menampung hidup selama 2 atau 3 tahun sahaja. Beberapa tahun yang lalu heboh diperkatakan di dada2 akhbar bahawa wang simpanan KWSP sebanyak RM 1 juta dapat menjamin pesara untuk bersara dengan selamat dan selesa. Persoalannya mampukah simpanan KWSP RM 1 juta dalam bentuk fiat money mencapai nilai yang selamat sedangkan INFLASI makin rakus meratah nilai wang kita hari demi hari...

Oleh itu perancangan kewangan amat penting. Pakar kewangan menyatakan, untuk hidup selesa selepas pencen, anda memerlukan simpanan sekurang-kurangnya sebanyak RM 5 juta Cuba conggak wang simpanan anda, adakah anda telah menyimpan separuh daripada jumlah ini? Harus diingat INFLASI merupakan musuh utama kepada semua pelabur. Kadar INFLASI di Malaysia ketika ini adalah sekitar 8% atau mungkin juga lebih. Jika kita menconggak mengikut peraturan 72 oleh pakar-pakar ekonomi, jika dibahagikan jumlah ini, ia bermakna untuk 9 tahun akan datang, nilai RM 5 juta ini akan mempunyai kuasa belian hanya sebanyak RM250,000.00 sahaja! Ini bermakna kita sebagai penyimpan dan pelabur perlu mengandakan lagi jumlah wang simpanan kita!

Justeru apakah aset bernilai yang selamat untuk dijadikan simpanan bagi menangkis serangan INFLASI??? Ya jawapannya ialah simpanan dalam bentuk EMAS. Sekiranya simpanan emas ini dilakukan sudah pasti masalah miskin selepas pencen tidak akan berlaku. Anda boleh bersara dengan perasaan yang tenang, selamat dan selesa dengan adanya simpanan emas. Ini kerana harga emas semakin meningkat dan berkembang dengan sendirinya tanpa dimamah INFLASI. Nilainya akan beranak pinak (compounding) dengan sendirinya tanpa perlu anda bersusah payah untuk menambah simpanan seperti wang kertas.

Dahulu saya pernah terdengar ada ura-ura dan cadangan menyarankan bahawa KWSP perlu melakukan simpanan dalam bentuk emas kepada pekerja-pekerja yang mencarum dengannya. Saya beranggapan langkah tersebut dilihat amat wajar untuk dipraktikkan kerana di Negara China sendiri, kerajaannya telah menggalakkan rakyatnya untuk menyimpan 5 % dari simpanan mereka dalam bentuk emas.
       
Manakala di Jepun pula, mereka mempunyai satu sistem dimana para pelabur di Negara matahari terbit itu boleh menyimpan dan mengumpul emas secara bersistematik dari masa ke semasa. Sistem yang dimaksudkan ialah “Gold Accumulation Plan” atau singkatannya GAP. Menarik bukan?? Anda bayangkan alangkah bertuahnya kita sekiranya KWSP melakukan dan meniru sistem yang serupa seperti di Jepun.

Bukankah dahulu kita sering dicanang dengan Dasar Pandang ke Timur?? Jika kita boleh mempelajari teknologi Jepun mengapa tidak kita juga mempelajari dan mengimplementasikan sistem GAP tersebut di Malaysia.
Untuk mengharapkan sistem tersebut menjadi kenyataan di Malaysia mungkin akan mengambil masa yang lama. Jadi apa kata jika kita mula menyimpan duit hasil penat lelah dan titik peluh kita dalam bentuk emas. Ini kerana emas bukan suatu barang atau produk yang susut nilai, sebaliknya nilainya sering meningkat dari masa ke semasa.

Anda bayangkan sendiri, jika anda mempunyai RM sejuta dalam bentuk simpanan wang kertas sekarang, 10 tahun kemudian nilainya tidak mungkin sama dengan sekarang. Tetapi sekiranya anda menyimpan RM sejuta dalam bentuk EMAS sekarang, 10 tahun kemudian nilainya pasti akan berganda-ganda melebihi nilai RM sejuta yang anda ada sekarang.
       
Jadi tunggu apa lagi?? Bertindaklah sekarang. Tindakan anda hari ini menentukan masa depan anda semua. Simpanlah dalam bentuk Emas. 
 
Sebelum membeli Emas, anda boleh dapatkan khidmat nasihat saya secara PERCUMA... JANGAN beli Emas, Jika anda tak tahu pasal Emas.... Dapatkan ilmu Emas dulu.... Insyaallah, Emas anda tidak akan menjadi liabiliti kepada anda.....
 

KENAPA PERLU MENYIMPAN PERAK (Silver) DARI SEKARANG?

Sunday, May 1, 2011
sumber: http://penditaemas999.blogspot.com



Mengapa Perak sebagai komoditi pelaburan? 
 
Perak lebih menguntungkan berbanding emas.  Sejarah telah membuktikan :tidak semua orang mampu membeli emas kecuali orang yang kaya dan bank-bank pusat. Perak masih jauh lebih murah berbanding emas, ini bermakna pemilikan koin perak lebih menguntungkan.

Perak mempunyai faedah sebagai pelindung nilai inflasi dengan pertimbangan berikut:

a. Pasaran perak masih jauh lebih kecil, dan tidak memerlukan wang yang banyak untuk dipindahkan ke perak sebagai pelaburan untuk dipasarkan.
 
b. Beberapa tahun perak telah mengalahkan emas secara dramatic, bermula dengan $ 3 ons kini berada lebih dari $ 44 per ounce.

c. Perak juga merupakan industri logam yang sangat penting dengan lebih daripada 3,000 industri terkini menggunakan perak. 

d. Kerajaan tidak pernah memandang perak, walaupun mereka telah merampas emas. Usah khuatir, anda akan merasa lebih selamat dengan perak daripada emas. 

e. Tambahan kerajaan sebenarnya tidak bersedia untuk melombong perak. Perak banyak berada di atas muka bumi akibat daripada perkembangan industri berasaskan perak

f. Berdekad lamanya perak lebih banyak digunakan sebagai wang berbanding emas. Syiling perak menjadi common denominator wang di kebanyakan tempat dan masa berbanding emas.

g. Perak dijangka akan menewaskan atas keuntungan emas sekitar nisbah 00:57. Marilah kita menyisihkan sedikit wang fiat untuk disimpan dalam nilai perak.

Apakah jenis perak harus anda beli?

Oleh kerana mahukan pasaran antarabangsa, kita bolehlah memandang kepada perak helang Amerika dan syiling perak asing yang boleh dibeli dari penjual syiling, kerana ia juga mudah dijual semula. Harga berfluktuasi dan boleh dijual setiap jam dan mudah mendapatkan pelanggan. 
Anda juga boleh mendapatkan Perak yang boleh dibeli dengan Public Gold Marketing Sdn. Bhd. Terdapat 3 jenis Perak yang dijual, iaitu 250g, 500g dan 1kg. 

Sampai bila kita mahu memandang perak?
 
Harga perak masih berada dalam bullmarket. Selagi ada kenaikan selagi itu ada harapan bergantung kepada dasar kerajaan selagi kerajaan masih mengagung-agungkan wang fiat selagi itulah kita mendapat faedah menyimpan perak. Membeli Perak dengan Public Gold adalah sangat selamat, ini kerana anda akan mendapatkan sijil ketulenanan Perak tersebut. Disamping itu, anda boleh menjual kembali Perak tersebut kepada agen Public Gold seperti saya dan juga Public Gold sendiri. Untuk maklumat anda, Public Gold mempunyai lebih 3000 orang agen.

Dimana mahu simpan perak?

Simpanlah dari tempat yang selamat dan jauh dari perhatian pencuri. Jangan simpan dalam kotak simpanan keselamatan di bank-bank kerana ia tidak akan selamat jika kerajaan akan memutuskan menggantikan perak sebagai pengganti wang fiat. Dewasa ini perak hanya dianggap komoditi lain.

Semua pihak termasuk kerajaan bebas menghasilkan dan menjual syiling perak. Tapi mereka tidak mempunyai stok, sehingga memaksa mereka membeli di pasaran bebas seperti yang kita lakukan.

Perak mampu dibeli oleh orang kebanyakan berbanding emas. Ini satu kelebihan untuk membangunkan industry perak standing dengan emas.

Perlukah kita menjual beli perak dalam masa terdekat?

Jangan hiraukan tentang kenaikan harga dan menjual tergesa-gesa kerana arah pasaran perak adalah bullmarket yang tidak akan ada kesudahannya melainkan kerajaan mewartakan perak sebagai wang.

Perak komoditi warisan keluarga?

Kepada teman-teman, saya mencadangkan supaya perak menjadi komoditi warisan keluarga kerana harga akan terus naik tanpa henti. 
 
Jika anda berminat untuk mendapatkan Perak (Silver) anda boleh mendapatkannya dengan saya harga terkin Silver pada masa ini ialah
 

Nilai Semasa Public Silver

(Last updated 02/05/11 2:30 PM)
 We SellWe Buy
250 gram RM 1439.00  RM 1223.00 
500 gram RM 2878.00  RM 2446.00 
1 kilogram RM 5755.00  RM 4892.00 
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)
 
 

Pengiktirafan daripada Public Gold