Blogger Templates by Zaizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Emas Popular

Loading...

Harga Emas Melonjak TINGGI. Kadar Interest U.S Kekal Rendah....

Thursday, April 28, 2011
Sumber: www.pelaburjutawan.com

Alhamdulillah,

Selepas berita kadar interest semalaman (Overnight Interest Rate) di Amerika di kekalkan pada paras 0.25% sejak krisis sub prima pada tahun 2008, harga emas kembali melonjak tinggi ekoran matawang Dollar yang terus melemah.

Permintaan ke atas komoditi berharga ini juga meningkat ekoran keputusan oleh Federal Reserve untuk membeli semula Bond Kerajaan bernilai 600 Billion bagi tujuan menyuntik dana tambahan kepada bank-bank setempat.


Harga emas dijangka mencecah ke paras $1700 per oz dalam jangkamasa 12 bulan yang akan datang. Kepada sesiapa yang masih belum membeli emas, tukarkan lah simpanan wang kertas yang semakin susut nilainya kepada ketulan-ketulan emas yang terjamin kenaikan nilainya.

Semakin lama anda menyimpan wang kertas, walaupun jumlahnya semakin banyak, tetapi malangnya hanya sedikit emas yang dapat dibeli, dan walaupun hanya sedikit emas yang anda miliki/simpan, tetapi semakin lama anda menyimpannya, semakin banyak wang kertas yang anda akan perolehi apabila anda menukarkannya semula kelak.


Sebelum membeli Emas, anda boleh dapatkan khidmat nasihat saya secara PERCUMA... JANGAN beli Emas, Jika anda tak tahu pasal Emas.... Dapatkan ilmu Emas dulu.... Insyaallah, Emas anda tidak akan menjadi liabiliti kepada anda.....
 
Nak tanya pasal Silver pun boleh.... Maklumlah kenaikkan 40% setahun..... hubungi saya..... 24jam

Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank Malaysia

Sunday, April 24, 2011

Soalan 1
Assalamualaikum, Saya nak kepastian mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?
Soalan 2
Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.
JAWAPAN
Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.
Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-
Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-
• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.
• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
 Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf'(hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).
• HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191) 



 

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :
1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.
2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.
3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuksettlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.
4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram.Untuk kira-kira buka di sini. 
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.
KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.
Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.

Berita Harian 21 April 2011: Harga Emas Kekal Tinggi

Friday, April 22, 2011

Jom ... bersoaljawab mengenai pajakan Agro Bank

Tuesday, April 19, 2011
 Sumber: uncangemas.com


S. Apabila kita dah pajak di Agro Bank kita kena bayarkan setiap bulankan…untuk tebus balik?
Memang betul kita kena bayar…. itupun kalau kita nak tebus balik…ini cadangan saya.. jikalau emas tu tak kita perlukan atau kita pakai ,kita tak perlu bayar bulan-bulan dan tak perlulah kita tebus , kita cuma bayar upah simpan sahaja…,… kita suruh pihak bank simpankan dan bayar upah simpan sahaja.. simpan di rumah agak bahaya betul tak… upah simpan hanya RM24 sebulan untuk emas seberat 20g.

Macam mana caranya agar saya tak perlu pergi ke Agro Bank tiap-tiap bulan untuk bayar upah simpan tu?
Itu senang sahaja. Semasa kita pajak di Agro Bank, kita minta pihak bank tolak sekali upah simpan selama 6 bulan… so tak payahlah kita pergi ke bank tersebut tiap-tiap bulan…kita cuma perlu datang ke bank apabila kita hendak tukar surat…

Bila masanya kita perlu tukar surat?
Oooooo… semasa harga pajakkan di Agro Bank naiklah kita tukar surat… ops…perlu diingat bukan harga emas naik ye tapi harga pajakkan naik.. contohnya, sekarang ini harga pajakkan di Agro Bank untuk emas 999.9 ialah RM165.80 dan emas 916 ialah 151.90, katakan pada bulan hadapan pihak Agro Bank naikkan pajakkan emas 999.9 RM178.60/g dan emas 916 RM 159/g… masa inilah kita tukar surat..pihak bank akan kira dengan harga semasa dan tolakkan dengan pinjaman yang kita perolehi sebelum ini… duit lebihannya akan diberikan kepada kita.. dan kita tambah sikit lagi untuk bayar upah simpan…jangan kita keluarkan duit poket kita… just kita gunakan duit lebihan tu je… so kita tak keluarkan duit sesen pun untuk proses itu.

Kemudian apa pulak seterusnya?
Okaylah.. pihak bank akan lupuskan perjanjian yang lepas dan pihak bank akan buat perjanjian baru.. dia akan keluarkan surat pajakkan yang baru.. dan perjanjian akan disambung selama 6 bulan lagi…

Sampai bila kita boleh tukar surat?
Ini persoalan sangat popular kepada saya… jawapannya… sampai pegawai bank tu pencen..dan sampai pihak bank tu kata dah tak boleh tukar surat lagi.. mungkin semasa pegawai bank tu kata “dah tak boleh tukar surat lagi”, kita dah perolehi belas-belas ribu atau puluh-puluh ribu kot untuk emas 999.9 ( 20g ). Pihak bank akan suruh kita tebus emas tu, kalau tidak emas tu akan dilelong. Pada saya biarlah pihak bank tu lelong..bukan rugi pun, emas yang kita beli dengan harga RM3k dan kita dah dapat duit belas-belas ribu… cuba fikirkan rugi ke kita ni…

Kita tak di senarai hitam ke?
Mana adanya.. kan setiap kali kita tukar surat tu, pinjaman yang lepas kita dah bayar… sbb setelah pengiraan dengan harga baru yang kita perolehi pihak bank akan tolak dengan pinjaman yang lepas..so pinjaman yang lepas dah bayolah… duit lebihan tu kita punyalah..

Selepas kita tak leh tebus dan kemudian pihak bank lelong apa jadi dengan kita?
Lah..kita hidup senanglah..sbb dah dapat duit tu…okay… setelah pihak bank lelong emas kita tu.. pihak bank akan tolak harga lelongan tu dengan pnjaman kita yang terakhir…kalau ada lebihan setelah ditolak gak dengan upah simpan.. duit lebih tu akan diserahkan kepada kita…dapat duit lagi… kan senang hati namanya…

Sebelum membeli Emas, anda boleh dapatkan khidmat nasihat saya secara PERCUMA... JANGAN beli Emas, Jika anda tak tahu pasal Emas.... Dapatkan ilmu Emas dulu.... Insyaallah, Emas anda tidak akan menjadi liabiliti kepada anda.....
 
Nak tanya pasal Silver pun boleh.... Maklumlah kenaikkan 40% setahun..... hubungi saya..... 24jam

Thursday, April 14, 2011

Kosmo 14 April 2011 Lonjakan harga Emas

Reaksi bila mula buka topik Emas.... camna ya?

Sunday, April 10, 2011
Assalamualaikum. Di harap anda semua sihat dikala kenaikan harga Emas ketika ini. Bagi yang menabung Emas, pasti tersenyum, yang belum menyimpan berkerut sikit dahinya, dan yang nak beli Emas akan bertanya ” Zaizul, bila harga Emas ni nak turun?, saya nak beli ni......”  hehehe



Ok berbalik kepada topik di atas, nak cerita pasal emas semestinya kena ada ilmu, maksudnya tahu serba serbi berkenaan emas..... baru ler boleh sembang... kan  kan kan? Pergi kenduri sembang emas, breakfast sembang emas, lunch sembang emas, jumpa member sembang emas, Fesbuk, Kedai nasi kandaq  malah  tepi kedai Emas pun sembang pasal emas, hahahha ”Kenapa kedai emas tutup arini?” Hehehe ”Emas turun daaa”  ... ” hahaha, patut pun tutup!”

Feedback yang diterima pun macam2...ada yang mudah paham, ada yang feedback positif, ada yang tak percaya, ada yang suruh saya berwaspada dan  ada juga yang terus nak menjatuhkan saya ... la la tu jugak... huhuhu Tidak mengapa ler, saya anggap ianya biasa.... sebabnya mudah. Mereka tiada maklumat yang tepat mengenai EMAS @ pun tidak tahu langsung berkenaan Emas. Termasuk juga perempuan, yang secara normalnya mesti suka apa-apa saja berkenaan emas, kecuali payung Emas.... hahaha

Antara reaksi-reaksi yang dihimpunkan ialah

1. Dengar, Senyum, Komen Sket dan Terus Senyap
Bila masuk masuk gear 1 jer, dia terus sokong " Betul, aku pernah dgr tu" . Yg tak  tahu menahu pasal emas pulak, "Hang juai Emas ke Zul? Ni bisnes org kaya ni, hang tak takut kena rompak ke?". Biasanya perbualan awal tadi terhenti mcm tu je. Semoga rakan-rakanku  ini terbuka hati untuk melihat peluang dalam EMAS suatu masa nanti.

2. Berminat, Tapi Tiada Duit
Yang ni ramai, feedback positif, tapi fulus kurang @pun tadak! Fulus ni sebenarnya memang selalu kurang @tadak disebabkan kadar inflasi kita yang tinggi. Kuasa beli kita, telah mengurang. Sebenarnya kalau hendak seribu daya, kalau tak nak sebu dalih....

3. Bagus Tu, Buat La Dulu
Golongan ni pun ramai yang saya jumpa. Bila bercerita, banyak jugak info yg diorg dah tau. Namun sayangnya,” Nanti kalau dah berjaya, jangan lupa kawan-kawan tau Zul?” hahaha. . Sebenarnya, bila dah mulakan langkah pertama menyimpan emas, kita dah dikira berjaya.

4. Bagi nasihat ”hati-hati Emas ni”  
Cerita kita belum abis intro lagi, tapi dia pulak bercerita lebih. Dikait-dikaitkan dgn cerita kawan2 dia yg lain terkena skim cepat kaya, pelaburan tipu, MLM dan macam2 lagi. Kisah yg dia ceritakan pun belum tentu betul lagi. Semua peluang dicopnya sebagai tipu. Siap bagi nasihat pulak suruh saya berhati-hati. Memang kita perlu menanam prasangka, tapi kadang2 elok jugak kalau dengar dulu peluang yg ada. Dengar dulu bro..... hahaha


5. Pendengar Yg Baik, Pengkaji Yg Baik
Mereka ni suka mendengar, banyak bertanya dan selalu hubungi saya utk dapat info. Rupanya diorg ni banyak buat kajian sendiri. Memang langkah yg paling baik cuma rugi kerana bermula lewat. Saya dulu pun ambil masa 2 tahun sebelum mula menyimpan emas fizikal. Dan bila betul-betul confident, barulah mula menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan... Memang rugi bermula lewat......

6. Mengikut Rakan
Beberapa pembeli yg saya jumpa, mula menyimpan kerana rakan mereka yg lain bercerita dan mula menyimpan emas. Biasanya mereka ni mula dengan 1 Dinar. Semoga mereka ni bukan terikut kerana trend menyimpan emas, tetapi kerana kesedaran bahawa emas penyimpan nilai yg sebenarnya.

7. Pelabur  Agresif
Saya hanya berjumpa dgn beberapa org yg benar-benar agresif bila masuk bab emas. Bermacam-macam soalan ditanya hingga tak terjawab. Bukan setakat penerangan lanjut, siap pi seminar free yg sifu Public Gold buat. Buat kajian, surf internet dan beli 2-3 buku sebelum bermula. Yg paling best, dah mengira untung sebelum dapat stok. Memang subjek add math makanan depa. hahaha

Sebelum membeli Emas, anda boleh dapatkan khidmat nasihat saya secara PERCUMA... JANGAN beli Emas, Jika anda tak tahu pasal Emas.... Dapatkan ilmu Emas dulu.... Insyaallah, Emas anda tidak akan menjadi liabiliti kepada anda.....
Nak tanya pasal Silver pun boleh.... Maklumlah kenaikkan 40% setahun..... hubungi saya..... 24jam

Soalan- Jawab yg biasa ditanya tentang EMAS

Friday, April 8, 2011

Assalamualaikum....

Berikut ini adalah pertanyaan-pertanyaan yang sangat sering diajukan oleh pengunjung webblog ini.

1. Apakah maksud Emas 999.9 itu ?

Maksud 999.9 ialah mewakili 99.9% ketulenan emas itu sendiri dari campuran logam asing sebagai bahan pengeras atau pewarna (selain daripada emas). Sesetengah negara menggunakan karat iaitu 24k bagi 999.9 dan 22k bagi emas 916 (ketulenan 91.6% emas).

2. Apakah dinar emas sama dengan dinar Iraq?
Tidak sama sekali. Dinar iraq hanya unit matawang fiat (wang kertas) sepertimana negara-negara lain manakala dinar emas adalah berupa syiling emas yang telah ditetapkan beratnya 4.25gram dan diperakui di serata dunia.

3. Bagaimana hendak menentukan keaslian sesuatu emas dan peratus ketulenannya?
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menguji ketulenan emas. Antaranya :
# Dengan menggunakan asid hidroklorik. Emas tidak bertindakbalas dengan asid tersebut
# Menimbang menggunakan air. Berat emas adalah sama semasa berada dalam air dan daratan
# Datang terus ke Arrahnu untuk ujian

4. Bagaimana menetapkan harga emas?
Harga emas tidak boleh dikawal dan ia adalah berdsarkan permintaan semasa antarabangsa. Harga emas tempatan banyak dipengaruhi oleh permintaan antarabangsa. untuk rujukan sila KLIK SINI

5. Adakah harga emas selalu naik?
Berdasarkan sejarah harga emas adalah stabil dan yang menjadikan ianya mahal adalah kerana kejatuhan nilai matawang Fiat atau wang kertas. Kenaikan harga emas dalam masa 10 tahun ialah 28%. Sila rujuk SINI

6. Adakah saya akan rugi jika harga emas jatuh?
Anda tidak akan rugi sekiranya anda tidak menjual emas tersebut dan begitulah sebaliknya. Untuk jangkamasa singkat, harga emas tidak menentu tapi untuk jangkamasa panjang (lebih 5 tahun) harganya terus naik.


7. Dimanakah boleh saya jual emas untuk dapatkan tunai?
Anda boleh jual kepada mana-mana pengedar emas bertauliah dengan harga semasa. Anda tidak digalakkan menjual emas berkenaan di kedai emas kerana beza harga yang agak tinggi iaitu 20-25% dari harga pasaran

8. Bagaimana nak menyimpan emas?
# Dengan menyewa safebox di bank-bank tempatan dengan harga sekitar RM250-300 setahun
# Pajak sambil simpan di Arrahnu (paling popular)

# Simpan sendiri


9. Jika syarikat pengeluar jenama emas yang saya beli bankkrap, apa harus saya buat?
Jangan risau. Simpan emas anda macam biasa selama mungkin sebab ia tetap berharga.

10. Bagaimana zakat emas?
Emas yang dikenakan zakat ialah 85 gram ke atas yang cukup setahun dengan kadaran 2.5% kadaran semasa.

11. Bagaimana saya hendak membeli dinar emas, gold bar atau syiling emas?
Beli dengan pengedar emas berdaftar dan rujuk harga semasa.

12. Adakah emas saya akan susut nilai?
Nilai emas sentiasa meningkat jika dibandingkan dengan ringgit. Susut nilai yang dimaksudkan ialah beza harga jual dan harga beli iaitu antara 5-6% dari harga semasa


Sebelum membeli Emas, anda boleh dapatkan khidmat nasihat saya secara PERCUMA... JANGAN beli Emas, Jika anda tak tahu pasal Emas.... Dapatkan ilmu Emas dulu.... Insyaallah, Emas anda tidak akan menjadi liabiliti kepada anda.....
 
Nak tanya pasal Silver pun boleh.... Maklumlah kenaikkan 40% setahun..... hubungi saya..... 24jam
 

Harga Emas makin naIK... MELEPASI 1460Usd/Oz

Wednesday, April 6, 2011
Assalamualaikum...

Setelah agak lama berlegar-legar, akhirnya bermula semalam ianya mula menunjukkan kesan yang kenaikkan yang lebih stabil dan meyakinkan. Jom kita tengok graf Emas dunia di www.kitco.com seperti di bawah..... jom!



    Graf ini diambil pada pukul 7:41pm 6 April 2011, hehehe harini ler. Line biru adalah harga Emas di tutup pada 4 April, Line merah untuk harga Emas 5 April.... Dan Line Hijau menunjukkan harga Emas setakat pukul 7.41pm ini....
   Apa yang anda saksikan ialah harga emas mula menaik pada pukul 10 pm semalam. Harga emas juga telah berjaya mencipta rekod baru iaitu melepasi 1460Usd/Oz....  best kan???? Cuma yang best untuk mereka yang telah menyimpan Emas sahaja..... Yang belum macammana?????? Masih menunggu penurunan harga Emas... biasalah....... tunggu-tunggu...last2 tak ada simpanan emas :{

     Nasihat saya ... waktu yang paling sesuai beli Emas.... ialah  bila kita ada duit (Cash) jangan berlengah,! Jom Simpan Emas....

    Sebelum membeli Emas, anda boleh dapatkan khidmat nasihat saya secara PERCUMA... JANGAN beli Emas, Jika anda tak tahu pasal Emas.... Dapatkan ilmu Emas dulu.... Insyaallah, Emas anda tidak akan menjadi liabiliti kepada anda.....

   Nak tanya pasal Silver pun boleh.... Maklumlah kenaikkan 40% setahun.....
hubungi saya..... 24jam

Catatan Perkahwinan Dealer Emas Public Gold menggunakan Dinar Emas sebagai Mas Kahwin

Friday, April 1, 2011

Mohd Hasfarizan Md Hashim 
admin geng916. com
Alhamdulillah ..syukur kepada Allah diatas peluang yang diberikan kepada saya dan isteri saya untuk kami melangsungkan penikahan kami (11 Mac 2011) dengan menggunakan dinar sebagai wang hantaran mas kahwin.... saya tak sangka Pejabat Agama Nikah Kahwin Machang menerima dinar selain dari Dinar Kelantan..ini membuktikan bahawa dinar diterima semua tak kira dari mana keluarannya...kerana antara ayat yg dikatakan oleh jurunikah.."emas pun duit juga" ... oleh itu..apa yang penting adalah ianya emas..yang dinilai dari ketulenan dan berat....alhamdulillah.. inilah yang dikatakan tiada paksaan...bebas memilih...tetapi walaubagaimanapun..mesti dinyatakan dalam RM...jadi totalnya 16 dinar bersamaan dengan RM10,676.00... saya mulakan melabur emas dengan membeli set dinar pada tahun 2009 yang berharga RM8880.00..alhamdulillah..dinar yang saya gunakan adalah dari Public Gold.
Jika anda berminat untuk  menggunakan Dinar Emas Public Gold  sebagai Mas Kahwin.... hubungi saya..... 24jam