Blogger Templates by Zaizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Emas Popular

Loading...

Belajar teknik Manipulasi Pelaburan Emas di Malaysia... Baru boleh untung! :)

Saturday, March 26, 2011
Assalamualaikum
Pernah dengar teknik memanipulasikan Emas?? Saya percaya anda pernah mendengarnya, tidak kurang juga yang mencubanya sendiri...

Bagi yang telah mencuba teknik memanipulasikan samada dinar atau jongkong emas mahupun barang kemas....Berjayakah anda???? Sila jawab soalan saya dengan iklas....

Bagi yang telah membeli dinar mahupun jongkong Emas.... anda berani ke melakukan teknik memanipulasi emas ni.... Ini kerana teknik yang melibatkan pinjaman Ar Rahnu ( Agro bank @ Bank Rakyat ) ini menghendaki anda membayar upah simpan... silap silap anda lingkup.... ha! jangan buat main, daripada nak memanipulasikan emas... kita lak TERdimanipulasikan.... huhu emas pulak terlelong...

Kepentingan ilmu memanipulasikan ilmu pajak seharusnya dipelajari terlebih dahulu..... berguru dulu. Tolong jangan langkah step.... terus nak buat untung saja... step bye step ler dulu.... anda insyaallah akan berjaya....

Rakan saya, Encik Khairulnizam Ngadimon merupakan seorang pakar yang berpengetahuan tentang teknik-teknik memanipulasikan Emas samaada dalam bentuk Dinar Emas, Jongkong Emas, Buku Emas Pelaburan dan juga Barang kemas. Beliau telah menghasilkan sebuah ebook yang hebat berkenaan teknik pajakan emas yang berkesan... Untuk mendapatkan ebook beliau anda boleh Klik disini.... ingat!!  Dapatkan ilmu emas, barulah anda membeli emas dan seterusnya memajak emas... dan mendapat keuntungan daripada pajakan tersebut....
Jom dapatkan Ebook  Teknik Manipulasi Pelaburan Emas di Malaysia....


Pakej Hebat yang akan mengajar anda Teknik Rahsia Bagaimana Anda Mampu Memperolehi Pulangan Pelaburan yang Lumayan sehingga lebih 50% setahun dalam Pelaburan Emas.




 









Analisa Part 2 : Ketulenan Emas? Betul ke?

Thursday, March 24, 2011
Sumber: http://blog. aidan.com. my
 
2) Setiap jongkong emas mempunyai Sijil Ketulenan yang di sahkan oleh Certified Assayer
Daripada kesemua institusi yang disenaraikan di atas, Maybank dan Dinar Emas Kelantan tidak terlibat dalam mengeluarkan atau menjual-beli sebarang jongkong emas. Mereka hanya terlibat dengan syiling emas atau dinar emas sahaja.

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis jongkong emas yang anda boleh beli.

(i) PAMP Suisse - www.pamp.com
PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, precious metals products). PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga. PAMP Suisse pula ada 2 jenis iaitu PAMP Suisse dengan Sijil Ketulenan merah dan Lady Fortuna.

pamp_suisse_100g_goldbar
lady-fortuna

Anda boleh mendapatkannya di UOB, Habib Jewel dan sesetengah kedai emas.

(ii) Poh Kong Bunga Raya
- dijual di Kedai Emas Poh Kong
http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp
pohkongbungaraya100g
800px-kinebar

(iv) Jongkong Emas Public Gold
100_3911

Perhatikan gambar2 di atas. Setiap jongkong emas mempunyai satu Sijil Ketulenan yang disahkan oleh Certified Assayer (http://en.wikipedia.org/wiki/Assayer). Pada jongkong emas tersebut pula akan diukir no siri keluaran unit jongkong emas tersebut dan no siri itu juga akan di cetak pada Sijil Ketulenan bagi jongkong emas tersebut.

Ini bermakna, di dalam dunia ini, setiap keluaran jongkong emas oleh sesebuah institusi adalah unik dan mempunyai rekod data pengeluaran yang terperinci. Maka, ini akan memudahkan sebarang proses due diligence yang perlu di buat ke atas institusi2 pengeluar emas tersebut oleh badan2 berkuasa sesebuah negara.
Hehe…tak yakin lagi ? Takpe…mari kita ke point seterusnya

.


Analisa Part 1 : Ketulenan Emas? Betul ke?

Tuesday, March 22, 2011


Sumber: http://blog. aidan.com. my

Assalamualaikum wbt
Di Malaysia, terdapat beberapa institusi pengeluar emas fizikal yang sah seperti:
1. Maybank - Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank - Syiling emas dan Jongkong emas
3. Dinar Emas Kelantan - Dinar emas
4. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya - Jongkong emas
5. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. - Syiling emas, jongkong emas dan dinar emas

Setiap daripada produk mereka mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang perlu kita analisa dengan menyeluruh. Ini supaya kita dapat membuat keputusan yang tepat untuk memilih pelaburan yang paling menguntungkan.

Salah satu aspek yang perlu dianalisa ialah adakah emas fizikal yang dikeluarkan oleh institusi2 di atas merupakan emas yang benar-benar tulen? Dan yang lebih penting lagi, bagaimana caranya untuk kita menganalisa ketulenan emas dan ketelusan institusi2 tersebut.

Berikut adalah  point  pertama yang  telah perhatikan untuk membuat analisa. Mari kita berkongsi cerita… :)

1) Institusi tersebut di naungi atau di sahkan oleh badan kerajaan yang berkaitan.

Sebagai contoh, untuk produk yang dikeluarkan oleh Maybank (Kijang Emas) dan United Overseas Bank - UOB Bank (Canadian Gold Maple, Australian Kangaroo, Singapore Gold Lion), mereka ini sudah semestinya di pantau secara tegas oleh Bank Negara Malaysia.


Untuk Dinar Emas Kelantan (www.dinarkel.com) pula, mereka ini merupakan sebuah anak syarikat Permodalan Kelantan Berhad. Mereka ini sudah pasti dipantau oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan juga Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission: http://www.sc.com.my/).

Bagi Public Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold) pula, selain di pantau oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mereka telah pun mendapat surat kelepasan (clearance letter) daripada Bank Negara Malaysia yang ditanda tangani oleh Pengarah Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing BNM yang membenarkan mereka melakukan minting dan menjual-beli emas, terutamanya jongkong emas dan syiling emas (termasuk dinar emas).

Nota: Sila lihat video ini untuk mengetahui bagaimana proses minting dilakukan: http://www.youtube.com/watch?v=Ef_wJH4z5Dw
Anda juga boleh membuat bacaan tambahan di website mereka: www.publicgold.com.my


Yang terakhir sekali…. Kedai-kedai emas seperti Habib Jewel, Poh Kong, Poh Win dan sebagainya. Terus terang saya cakap, saya tidak ada sebarang maklumat yang saya yakini samada ada mereka ini ada mendapat kebenaran daripada badan kerajaan yang berkaitan untuk membenarkan mereka berjual-beli sebarang jongkong emas (bukan barang perhiasan emas ye ;) ).
Mungkin paling kurang yang anda perlu tahu ialah, mereka beroperasi atas nama syarikat yang sudah pasti sentiasa di pantau oleh SSM dan mereka ini bernaung di bawah Persekutuan Tukang Emas dan Persatuan Jauhari Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my/ . Di laman web mereka, terdapat pilihan untuk carian ahli dan link ke surat ‘Warta Kerajaan’. Sila lah buat penilaian anda sendiri ke atas mereka.

Tips : Bila Nak Bermula Membeli Emas?

Monday, March 21, 2011

Sumber: http://www.pelaburjutawan.com 

Harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa, bagi mereka yg fhm ttg konsep pelaburan di dlm emas fizikal, mereka akan membeli dan terus membeli selagi mempunyai tunai.

Tetapi bg sesetgh individu yg masih kabur ttg konsep ini, pastinya terpengaruh dgn Sentimen Pasaran, dan berasa takut utk membeli emas krn harganya melambung semakin tggi.

Sebenarnya, jika anda membuat pelaburan ke atas komoditi emas di dlm dagangan futures market, mmg patut utk anda berasa takut utk membuat dagangan..

Tetapi jika anda ingin membeli emas fizikal, tiada waktu yg spesifik diperlukan, dan walau setinggi mana pn harganya di pasaran, nilainya akn terus meningkat tanpa had masa dan nilai maksimum.



Jadi tiada istilah utk tnggu harganya turun, baru beli atau "Buy Low, Sell High" dlm pelaburan emas fizikal ini. kalau anda terus berpegang dgn konsep seperti itu, sy jamin walau harganya dh mencecah RM 200 segram sekalipun, anda masih belum membeli waima 1 gram emas, krn merasakan harganya dh cukup tinggi dan mungkin akn turun pulak jika anda membeli emas di waktu itu.

Konsep tu betul jika digunakan utk pelaburan saham, bond, pasaran matawang dan dagangan spot gold. Tapi jika diaplikasikan utk membeli emas fizikal bermakna anda telah mnggunakan teknik pelaburan yg tidak sesuai dgn portfolionya.

kesannya, sampai bila2 pn pelaburan tidak akan dibuat.

Tiada sesiapa yg boleh mengatakan harga emas sudah mencapai ke paras yg cukup tnggi dan xkn naik lagi, krn jika perkara itu berlaku, bermakna nilai emas tidak lagi mnjadi sandaran kpd nilai matawang. Adakah situasi ini akan berlaku?

Make your decision now, or will never... 

 

Bagaimana Untuk Melabur Emas Public Gold???

Tuesday, March 15, 2011
PDF Cetak Emel
ImageHarga pasaran Public Gold mengikut pasaran harian emas dimana harga jualan mengikut harga pasaran antarabangsa untuk pembelian mahupun jualan. Setiap 20min harga akan berubah, samada turun ataupiun turun, mahupun tidak berubah. pembeli hendaklah lock harga untuk membeli Emas. :)

Public Gold boleh dibeli dengan mudah oleh mana-mana individu tanpa had seperti yang dikehendaki termasuk untuk membeli, menjual atau menyimpan. Jongkong emas boleh dibeli 20 gram, 50 gram, 100 gram and 1 kilogram dimana Syiling emas boleh dibeli dengan 50 gram.


Harga berat emas Public Gold amat dikawal dan mempunyai standard yang tersendiri dan diperakui dalam memberi kemudahan untuk membeli atau menjual dengan rasa yakin.

Bilakah masa terbaik untuk membeli?
Inilah masa yang sesuai untuk melakukan pembelian danjawapannya adalah YA kerana pelaburan emas adalah untuk urusniaga jangka panjang. Ini lebih baik apabila memahami konsep sebenar Public Gold ketika melakukan urusniaga.

Anda boleh membeli syiling Publid Gold di cawangan di seluruh negara dan untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi 

Emas di sana sini....

Monday, March 14, 2011










Membeli Emas Melalui Mesin ATM??

Thursday, March 10, 2011
Assalamualaikum.
Jom Saksikan teknologi yang semakin canggih, Mesin ATM yang bukan sekadar mengeluarkan duit fiat, malah ianya boleh mengeluarkan emas apabila hendak membelinya..... 
Jom Layan
video 

Jadi Tauke Emas Bergerak??? mmmm Apa kelebihannya?

Wednesday, March 9, 2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca semua? Harap sihat sejahtera adanya…
Hari ini saya akan mengajak anda berfikir sejenak. Jika anda telah mempunyai simpanan emas, Adakah anda akan mendoakan  agar emas akan naik setiap hari???  hehehe.. ini penangan orang yang telah mempunyai Emas. Ini kerana dengan kenaikan harga Emas, anda akan dapat UNTUNG. Anda memang orang yang normal... :)
Emas ni akan dapat Untung, jika harga emas yang dibeli adalah lebih tinggi daripada harga WE SELL. 

(Last updated 09/03/11 6:35 PM)
We SellWe Buy
20 gramRM 3201.00RM 3009.00
50 gramRM 7965.00RM 7527.00
100 gramRM 15855.00RM 15062.00
250 gram RM 39451.00  RM 37676.00 

Pembeli Emas akan membeli Emas 20g dengan harga WE SELL iaitu RM3201... Sekiranya harga WE BUY telah meningkat kepada RM3300, maksudnya  pembeli telah mula mendapat UNTUNG. Macammana??? senang saja sifirnya... harga WE BUY semasa harga WE SELL waktu membeli... jadi kiraannya ialah RM3300 - RM3201 = RM99. Ini UNTUNG anda. 

hahaha tapi ianya mengambil masa sedikit. Bukan hari ni beli, dan hari ni jual.... Anda sebenarnya bukan membuat PElaBUraN tetapi peLEBURAN.... Kenapa ??? Beli arini RM3201 Jual balik RM3009.  :( Maksudnya disini ialah membeli Emas, anda kena simpan emas sekurang2nya 1 tahun dan keatas barulah lah boleh untung..... ok kan..??? Bagus... Anda mudah Faham! Saya suka.....

Jadi Zaizul, bagaimana nak buat untuk buat UNTUNG cepat..... Jawapannya anda kenalah menjadi Pelabur dan Peniaga Emas..... Tak berapa faham???? Senang jer .... Jadi Dealer Public Gold = Jadi Tauke Emas bergerak..... macam saya! :) 

Kelebihan menjadi Dealer Public Gold:

a. Modal 20K yang rendah.

b. Modal 20K tu kesemuanya untuk beli Produk Public Gold, ( Jongkong Emas, Dinar Emas, Silver dan Barang Kemas Public Jewellery )

c. Tiada yuran keahlian.

d. Tiada yuran pembaharuan. Anda jadi Dealer seumur hidup.... best tak?

e. komisen  menjual 1% daripada setiap pembelian produk Public Gold.

f. Keuntungan daripada sebarang kenaikan  harga Emas dengan harga " We Buy"

g. keuntungan beli balik 5-6% dengan harga "We Buy"

h. Beli harga enas dengan "We Sell " Jual harga emas harga "We Sell"... bukan harga "We Buy" Jadi anda tidah perlu kena tunggu..... best tak??? Terus buat UNTUNG!
dan yang terbaru TAWARAN

http://www.inspirasiemas.com/wp-content/uploads/2011/02/blackberry01.jpg

mana tahu??? Rezeki anda! Anda berpeluang mendapat telefon Blackberry..?? siapa tahu ... hehe

Jika anda berminat menjadi menjadi pelabur dan peniaga Emas..... Jom sertai Public Gold :)
Hubungi saya......

Cara-cara menjadi Tauke Emas Bergerak Public Gold :)

Kalau dah siapkan minda sarat dengan ilmu Emas, Jom jadi Agen Public Gold.
Cara-caranya ialah 


1. Anda download Borang Pendaftaran Agen klik disini dan isikan dengan lengkap.

2. Maklumkan kepada saya hari dan masa yang anda boleh bank in duit stok tersebut.

3. Selepas itu saya akan hubungi office Public Gold untuk meminta mereka mengeluarkan sales order kepada anda.

4. Selepas mendapat sales order @ menerima panggilan daripada office Public Gold, anda boleh bank-in duit tersebut ke dalam akaun Public Gold (Public Fine Gold International Sdn Bhd).

Anda boleh gunakan a/c Public Bank atau Maybank
Public Bank a/c:  3148136630 
Public Fine Gold International Sdn. Bhd.
Maybank a/c: 507134241707 
Public Fine Gold International Sdn. Bhd.

5. Selepas bank-in, sila hubungi office Public Gold di talian 04-6449999 (Li Ching) atau di  talian 03-56348999 (Mr Chris) dan hantarkan bukti bank-in slip tersebut ke email payment@publicgold.com.my atau chris@publicgold.com.my

6. Borang ini boleh dihantar secara fax (04-6464916) atau e-mailkan kepada liching@publicgold.com.my atau chris@publicgold.com.my

7. Setelah office Public Gold confirm terima pembayaran, staff Public Gold akan memaklumkan masa dan tempat untuk anda mengambil stok anda.

8. Selesai – itu sahaja.
P/S Jika  ada apa-apa pertanyaan, sila hubungi saya.
Anda boleh SMS saya  24jam di talian : 019-4659076 Zaizul

Sebutkan 3 faktor Utama yang menyebabkan kenaikan harga Emas???

Assalamualaikum.

Kenaikan harga emas biasanya dipengaruhi oleh 3 faktor utama iaitu:



1. Kenaikan harga minyak
Kenaikan harga petroleum juga akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, manakala jika harga petroleum jatuh, harga emas juga dijangka akan turun tetapi pada tahap minimum.


2. Penyusutan nilai Dolar Amerika.
Apabila nilai Dolar Amerika susut, harga emas akan naik, manakala apabila Dolar Amerika stabil harga emas akan susut.  Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang Dolar Amerika. Pada masa ini Dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.  Ada juga khabar angin mengatakan bahawa negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain Dolar Amerika disebabkan kelemahan Dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain Dolar Amerika (Euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan segera, namun, berita itu telah cukup untuk mempengaruhi kenaikan harga emas dunia.



3. Peningkatan kadar inflasi.
Apabila inflasi meningkat, harga emas akan melonjak selaras dengan inflasi. Dalam situasi negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar yang menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan jumlah yang banyak seperti USD787 bilion pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat telah memberi kesan terhadap peningkatan inflasi. Amerika hanya mencetak Dolar dengan sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai Dolar Amerika akan turun.

Seminar Percuma : Perniagaan Emas Public GOLD & Asas Teknik Manipulasi Bersama Pokli di Pulau Pinang.

Sunday, March 6, 2011
Assalamualaikum.

Untuk makluman Tuan-tuan, rakan-rakan dan bakal-bakal penympan Emas. En. Mohd Fazli Bin Ismail ( Pokli ) akan berada di Pulau Pinang untuk memberikan  Seminar PERCUMA : Perniagaan Emas Public GOLD & Asas Teknik Manipulasi .

Pokli merupakan admin www.Pokli.com,  juga seorang Pelabur Emas Fizikal, hartanah, ASB dan berkongsi pengalaman beliau kepada masyarat disamping penceramah Motivasi Bagaimana Merancang Kewangan. Pengasas Syarikat Pokli Wealth Management. Ini adalah julung-julung kali beliau memberikan seminar di Pulau Pinang. Jadi warga Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang menghadiri seminar PERCUMA ini.


Maklumat lanjut adalah  seperti berikut :
                      Tarikh : Selasa  8.3.2011
                      Masa :   8.30 – 10.00 malam
                     Tempat: Public Gold Bishop Branch  
                                 No.84, Lebuh Bishop,
                                 Pulau Pinang
                      Bayaran masuk: PERCUMA

                      
                        Pendaftaran masuk: 
1. Hubungi  Muhammad Zaizulakmar (A0969) 019-4659076                          
2.  SMS Nama Peserta, Tempat Seminar & Email kepada 019-4659076 
3. Melalui Facebook www.facebook.com/zaizulakmar

Tempat adalah TERHAD.
Siapa cepat dia dapat, siapa lambat dia tak dapat...

Selamat Berkenalan dengan Emas..... Pastikan anda ada ilmu Emas , baru beli Emas :)

Inflasi Malaysia naik lebih pantas..

Saturday, March 5, 2011
KUALA LUMPUR 18 Jan. – Kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia.

Penganalisis ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain tidak menolak inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).
Menurut beliau, dalam aspek polisi monetari, kadar faedah semasa dianggap munasabah kerana kenaikan inflasi disebabkan oleh permintaan, tetapi bukan sekiranya ia membabitkan kejutan bekalan sementara.

‘‘Dengan kadar 2.75 peratus, tahap Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah menyokong mencatat pertumbuhan teguh dan menangani tekanan inflasi semasa,’’ kata beliau dalam nota penyelidikannya.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan OPR akan kekal sekiranya kadar inflasi meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang ekoran kenaikan harga komoditi dan makanan serta pelaksanaan rasionalisasi subsidi.

‘‘OPR boleh meningkat sehingga 3.25 peratus dan dijangka kenaikan untuk kali ketiga sebanyak 25 mata asas lagi sekiranya diperlukan.‘‘Namun, ia bergantung kepada penurunan inflasi menjelang separuh kedua 2011,’’ ujar beliau.

Sementara itu, Manokaran meramalkan kadar inflasi pada Disember lalu naik kepada 2.2 peratus, 19 bulan tertinggi, sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010.
Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun lalu.

‘‘Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi,’’ tambahnya.

Bagaimanapun, katanya, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus

Ketahui Zakat Perak ( Silver )

Thursday, March 3, 2011

Assalamualaikum.... Hari ini saya nak bawa rakan-rakan mengenali Zakat Perak....  Jom...

 Zakat Perak

Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
  1. Jongkong perak
  2. Matawang perak
  3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  4. Barang perhiasan/barang kemas perak

Nisab dan kadar zakat perak

Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

Dalil zakat perak

Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya:

"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang
daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)".
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:

"Pada perak (zakatnya) 1/40...". (Riwayat Al-Bukhari )

Contoh pengiraan zakat perak

Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%

Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)

Kadar zakat = 2.5%
* harga semasa perak (contoh) = RM 0.62
Zakat =  1,000 gm x 0.62 x2.5%
=  15.50
sumber: http://zakat.com.my/zakat-perak


http://2.bp.blogspot.com/_lrhEdNoHpvY/TUoopiGTXKI/AAAAAAAAAdY/dC4YM01E_Cs/s1600/gambar-aku.jpg
Wednesday, March 2, 2011

Assalamualaikum.... Saya cuma sekadar merekodkan nilai semasa Public Gold, Public Dinar dan juga Public Silver di kala harga minyak sekarang melepasi AS$100 setong Klik di Sini

Agak-agak anda..... Bila harga minyak naik ... Emas turun ke????  :)

Nilai Semasa Public Gold

(Last updated 03/03/11 11:15 AM)
 We SellWe Buy
20 gramRM 3208.00RM 3016.00
50 gramRM 7982.00RM 7543.00
100 gramRM 15890.00RM 15096.00
250 gram RM 39538.00  RM 37759.00 
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

Nilai Semasa Public Dinar

DinarWe SellWe Buy
1 dinarRM 663.00RM 623.00
5 dinarRM 3299.00RM 3118.00
10 dinarRM 6570.00RM 6242.00
Last updated 03/03/11 11:15 AM

Graf Semasa Public Silver

Nilai Semasa Public Silver

(Last updated 03/03/11 11:15 AM)
 We SellWe Buy
250 gram RM 1132.00  RM 962.00 
500 gram RM 2263.00  RM 1924.00 
1 kilogram RM 4527.00  RM 3848.00 
\(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)