Blogger Templates by Zaizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Emas Popular

Loading...

Boleh ke Menjana Keuntungan Dengan membeli Emas fizikal???

Friday, February 25, 2011
Assalamualaikum.... 
rakan-rakan Emas dan juga bakal-bakal pelabur Emas.... :) 


Salah satu kelebihan emas fizikal ialah ianya boleh digadaikan. Dengan kata lain emas ini boleh disandarkan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Pinjaman ini boleh digunakan samada untuk:

1. Membuat pelaburan jangka pendek yang lebih menguntungkan.


2. Sebab sesak nak pakai duit untuk jangkamasa pendek.


Bagaimana untuk memajak emas fizikal? Sebelum itu saya terangkan mengenai Sistem Pajak Gadai di Malaysia. Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 2 sistem pajak gadai di Malaysia iaitu:

1. Sistem pajak gadai konvensional - biasanya dikuasai oleh orang bukan Islam dan tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972. Pajak gadai konvensional boleh mengenakan faedah/riba keatas pinjaman sehingga 2% sebulan bagi tempoh maksima pajakan 6 bulan. Maksima pinjaman pula ialah RM5000.00. Pajak gadai konvensional menggunakan sistem faedah/riba yang jelas bertentangan dengan Islam.

2. Sistem pajak gadai berkonsep Islam (Ar-Rahnu)

Kebaikan sistem pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional ialah:

1. Tidak mengenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan.

2. Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.

3. Caj perkhidmatan yang rendah

4. Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.

5. Tempoh membayar balik yang munasabah

6. Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.

Di Malaysia, diantara bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Ar-Rahnu Yapeim dan Agro Bank. Utk makluman, slps kes Etika Estet Emas pd tahun lalu, Bank Rakyat tidak menerima pajakan Gold Bar lagi selain dari Syiling Kijang Emas.

1. Ar-Rahnu Yapeim:
Maklumat lanjut tentang skim Ar-Rahnu Yapeim boleh baca kat sini:
http://www.yapeim.net.my/ARRAHNU-YaPEIM-2009/index.html

2. Ar-Rahnu Agro Bank:
Maklumat lanjut mengenai skim Ar-Rahnu Agro Bank boleh dibaca kat sini
http://www.agrobank.com.my/article.cfm?id=711



Setakat ini, Ar-Rahnu Agro Bank adalah yang terbaik kerana ia menawarkan upah simpan yang terendah dan juga telah memperkenalkan beberapa terma yang lebih mesra pelaburan. Sila rujuk: [http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu]


Untuk menggadai di Ar Rahnu, hanya perlu bawa mykad dan emas beserta certificate.

Di Agro Bank, anda boleh memohon untuk mendapat 50% atau 60% atau 70% daripada nilai gadaian.

Semakin tinggi nilai gadaian, maka semakin tinggi upah simpan yang dikenakan kepada penggadai.

Kesimpulan:
Menyimpan emas memang menguntungkan. Ini kerana nilai emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang. Jadi apabila nilainya meningkat, maka nilai gadaian juga akan meningkat. Justeru, jika anda memerlukan wang dengan kadar segera, emas anda boleh digadaikan dengan mudah.
Apa tunggu lagi.. mulakan simpanan emas anda sekarang! untuk long term memang berbaloi
Lain-lain fakta:

Antara Institusi lain yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu:Kredit kepada : Encik Syukor Bin Hashim, Head of Research Public Fine Gold International Sdn Bhd / Journalist on Gold.

Selamat Berkenalan dengan Emas.....


 

Pengumuman PENTING...... Maafkan Kami...... :(

Thursday, February 24, 2011
Assalamualaikum Semua sahabat-sahabat emas sekalian.
Untuk pengetahuan rakan-rakan semua. Untuk setiap pembelian produk Public Gold samaada Jongkong, Dinar mahupun Silver..... Mulai 21 Feb lepas dikehendaki membayar PENUH.

Maksudnya 1. Lock Harga dengan Dealer Public Gold. 
                   2. Bayar keseluruhan harga Emas.
                   3. Penghantaran akan dibuat 7 hari selepas tarikh Purchase Order dikeluarkan....
Oleh Itu...... Tiada lagi Deposit 10% yer..... harap Maklum.


 
Jika anda perlukan bimbingan dan khidmat nasihat PERCUMA mengenai Pelaburan Emas  hubungi saya 24jam sehari..... 7 hari seminggu….
 







Dapatkan ilmu Emas dulu atau dapatkan Emas dulu ????? Mana satu ni....

Wednesday, February 23, 2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Pertanyaan yang biasa di tanya oleh bakal pelabur Emas  ialah  “Jika saya ada RM20,000, kat mana paling untung jika saya nak melabur?”
Jawapan ikhlasnya ialah “Laburkan dalam ilmu pengetahuan” Kerana pulangannya adalah berlipat kali ganda.

Contohnya..

Jika anda belajar ilmu pelaburan emas, anda boleh jadi jutawan emas.  Jika anda belajar ilmu pasal hartanah.. anda boleh jadi jutawan hartanah…  Jika belajar ilmu internet marketing.. anda boleh jadi jutawan internet marketing… Jika belajar ilmu berkenaan forex.. anda boleh jadi jutawan forex.. Jika belajar ilmu perniagaan… anda boleh jadi seorang jutawan dalam perniagaan… Jika belajar ilmu penulisan… anda boleh jadi jutawan dalam bidang penulisan…
Dengan ilmu anda boleh jadi jutawan dalam apa jua bidang!

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:



“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu”, “Barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu”, “dan barangsiapa yang inginkan keduanya sekali, maka hendaklah dengan ilmu.”


Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang berharta.

Pada satu ketika ulamak-ulamak Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlainan tetapi mencakupi ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:
Manakah lebih baik, ilmu atau harta?
Saidina Ali memberikan jawapan-jawapan berikut:
“Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain”

“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.”

“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.”

“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.”

“Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang rendah.”

“Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetapi harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.”

“Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.”

“Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah, sedangkan harta lambat laun akan habis.”
Pak Hamka pula berkata:
”Ada ilmu ada harta jadi orang mulia,
 ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang,
 kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.”


    

Jadi, untuk pembaca MyPublicGold sekalian, marilah sama-sama kita mencari ilmu yang bermanfaat dan kita kongsikan ilmu ini dengan sesiapa sahaja. Semoga kita mendapat manfaat dariNya.
    
Jika anda perlukan bimbingan dan khidmat nasihat PERCUMA mengenai Pelaburan Emas  hubungi saya 24jam sehari..... 7 hari seminggu….
 

Public Gold ada tak ditempat saya?

Tuesday, February 22, 2011
Assalamualaikum.... Apa khabar semua... diharap anda semua berada dalam peliharaan Allah S.W.T...
Lama dah saya tak update blog saya ni, sedar-sedar harga emas dah MENAIK pulak dah... huhuhu ... Jom kita ushar jap harga emas terkini.... Harga Emas terkini Dunia telah melonjak menjadi 1400.4 USD/Oz ..... 
Detailnya adalah seperti berikut:

Nilai Semasa Public Gold

(Last updated 22/02/11 10:55 PM)
We SellWe Buy
20 gramRM 3147.00RM 2958.00
50 gramRM 7830.00RM 7399.00
100 gramRM 15587.00RM 14808.00
250 gram RM 38785.00  RM 37040.00 



Nilai Semasa Public Dinar

DinarWe SellWe Buy
1 dinarRM 650.00RM 611.00
5 dinarRM 3236.00RM 3058.00
10 dinarRM 6444.00RM 6122.00
Last updated 22/02/11 10:55 PM



Nilai Semasa Public Silver

(Last updated 22/02/11 10:55 PM)
We SellWe Buy
250 gram RM 1087.00  RM 924.00 
500 gram RM 2173.00  RM 1847.00 
1 kilogram RM 4346.00  RM 3694.00 
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)


Ok ler, jom pula kita tenngok ada tak Public Gold ditempat anda....?  sebab apa? Manalah tahu jika anda teringin menjadi dealer Public Gold untuk mendapatkan diskaun 1% ...... :) tapi jangan lupa download borang pendaftaran agen di sini


Branches :

KUALA LUMPUR



KL Branch

Public Fine Gold International Sdn Bhd
42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor)
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel: 03-5634 8999
Fax: 03-5634 1916


PENANG



Bishop Branch

Public Fine Gold International Sdn Bhd
No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
Tel: 04-261 9999
Fax: 04-261 2916


PERAK



Ipoh Branch

Public Fine Gold International Sdn Bhd
No.45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
Tel: 05-242 8999
Fax: 05-242 8916


KEDAH



Sungai Petani Branch

Public Fine Gold International Sdn Bhd
No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,
Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.

Tel: 04-4232999
Fax: 04-4228916



KELANTAN



Kelantan Branch

Public Fine Gold International Sdn Bhd
Tingkat 1, Lot 257,
Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
Tel: 09-746 2999
Fax: 09-747 8916 

 
Gambar : Credit to www.inspirasiemas.com
 
 

Untuk keterangan lanjut, Hubungi saya 
 

Selamat Tahun Baru Cina :)

Wednesday, February 2, 2011

Assalamualaikum semua.
Hari ini Tahun Baru Cina. MyPublicGold  ingin mengucapkan kepada semua pembaca Gong Xi Fa Cai dan berharap Tahun Arnab akan membawa keamanan dan keadilan kepada semua rakyat Malaysia.  


Hari ini harga Emas masih berada pada paras yang rendah.... kira murahlah. Cuma masalahnya nak lock tak boleh untuk jongkong dan dinar Emas dari 2-6 Feb 2011.  7 Feb 2011 baru boleh lock. Tapi kalau nak lock Silver.... No problem. Anda boleh lock sekarang.

Nilai Semasa Public Gold

(Last updated 03/02/11 11:30 AM)

We Sell
We Buy
20 gram
RM 3018.00
RM 2837.00
50 gram
RM 7510.00
RM 7097.00
100 gram
RM 14951.00
RM 14203.00
250 gram
 RM 37201.00 
 RM 35527.00 
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

Nilai Semasa Public Dinar

Dinar
We Sell
We Buy
1 dinar
RM 624.00
RM 587.00
5 dinar
RM 3104.00
RM 2933.00
10 dinar
RM 6181.00
RM 5872.00
Last updated 03/02/11 11:30 AM

Nilai Semasa Public Silver

(Last updated 03/02/11 11:30 AM)

We Sell
We Buy
250 gram
 RM 937.00 
 RM 796.00 
500 gram
 RM 1873.00 
 RM 1592.00 
1 kilogram
 RM 3746.00 
 RM 3184.00 


Kepada mereka yang hanya melihat sahaja kejatuhan harga Emas... apa kata anda menabung 1 Dinar dahulu.... lihat kesannya... Ini kerana Dinar Emas adalah urusniaga yang di gunakan oleh Rasullullah S.A.W. :)