Blogger Templates by Zaizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Emas Popular

Loading...

Selamat Datang Tahun 2011

Friday, December 31, 2010
Assalamualaikum semua... 

Harini ini kita sudah berada di tahun 2011. Selamat Datang Tahun 2011. Cepat rasanya masa berlalu... pejam celik..pejam celik... tahun 2010 ditinggalkan dengan seribu kenangan. Saya cuma akan review kembali apa yang telah berlaku pada Emas.... Berapakah peratus kenaikan emas untuk tahun 2010? Jom kita saksikan bersama...

Graf kenaikan harga Emas ini anda boleh dapati di http://www.kitco.com/ 
Ini adalah graf  kenaikan harga Emas dipasaran dunia. bermua pada 1hb Januari 2010 hinggalah 31hb Disember 2010. Data ini digunapakai oleh tokey-tokey Emas dan saudagar-saudagar Emas....  :) Nilai harga Emas terendah ialah 1061.40 Usd/oz dan tertinggi ialah 1423.7Usd/oz.

Untuk mengira kenaikan Emas Dunia , kita kira pada 1hb Januari 2010 dan 31hb Disember 2010. 1hb Januari 2010 = 1121.50Usd/Oz, 31hb Disember 2010 = 1405.50Usd/Oz....Jadi Berapa peratus kenaikan Emas untuk tahun 2010? 

                                     1405.50 - 1121.50      x  100%
                                               1121.50

                                     = 25.3 %
 Ya kenaikan harga Emas untuk tahun 2010 ialah 25.3%          
Peratus kenaikan yang tinggi.... lebih tinggi daripada ASB.!  :)

Tahniah kepada penyimpan-penyimpan Emas.... anda memilih jalan yang betul! 

Kepada mereka yang hanya melihat kenaikan harga Emas... apa kata anda menabung 1 Dinar dahulu.... lihat kesannya... Ini kerana Dinar Emas adalah urusniaga yang di gunakan oleh Rasullullah S.A.W. :)

Jurufoto terima Dinar dan Dirham sebagai pembayaran untuk tahun 2011...

Thursday, December 23, 2010
Assalamualaikum.

Satu perkembangan positif daripada rakan sekampung saya  En. Harris http://nahamphoto.com/ yang telah mula mengorak langkah baru untuk Tahun 2011 ini. Ianya sesuatu yang menarik!

Beliau akan menerima pembayaran Foto perkahwinan dengan menggunakan dirham dan dinar Emas. untuk keterangan lanjut sila hubungi 013-7443734 En Harris.


Untuk mendapatkan Dinar Emas.... anda boleh menghubungi saya

Bagaimana mula MyPublicGold (MPG) mula " jatuh cinta dengan Emas"

Wednesday, December 22, 2010
Assalamualaikum semua...  Moga saudara-saudari dilimpahi kerahmatan dan selalu mengingati Allah S.W.T.

Hari ini saya akan menceritakan bagaimana saya @ MPG mula Jatuh cinta dengan Emas.... hahaha nak dengar tak? Saya pasti anda berminat untuk tahu kan? hehehe   Cinta pandang pertama ke? 

Sebenarnya perkembangan Emas ini telah lama juga saya ikuti, iaitu sejak tahun 2008. Blog yang saya ikuti ialah www.jutawanemas.com yang mana adminnya En. Syukor Hashim. Orangnya kecil sahaja, tapi mindanya sarat dipenuhi dengan info-info Emas yang terkini dan data-data Emas yang SUPER EXCELLENT!

Berapa harga 1gm Emas pada itu? Jika tidak silap saya, harga Emas pada waktu itu ialah RM87 sahaja. untuk 1g...... Wow Murahnya! Tidak.... bagi saya emas pada waktu itu adalah MAHAL! sangat MAHAL

Kenapa dikatakan mahal? Ini kerana saya tidak mendalami Ilmu Emas dengan mendalam. Disamping mindset yang telah diprogramkan "Emas  MAHAL", "Emas  MAHAL", "Emas  MAHAL". Begitulah mind et seorang lelaki. hahaha. Saya pasti jika ditanya berkenaan Emas pada lelaki, mereka pasti buat endah, tak endah sahaja, ini kerana bagi mereka, Emas ini sesuatu yang merugikan kerana MAHAL serta akan diberikan bermacam-macam lagi alasan yang "konkrit" pada mereka, untuk mengelakkanya. hehehe Tapi kadang-kadang bukannya apa.... " pitisnya takde " hihihi ( sHHHyyyy )

Ini berlainan dengan wanita yang juga telah program kat minda mereka juga dengan "Emas  MAHAL", "Emas  MAHAL", "Emas  MAHAL" kalau laki aku kaya, aku nak borong semua..... hehehe. Jadi wanita  sebenarnya orang yang sangat peka dengan Emas. Ini tidak dapat dinafikan. Ini kerana Emas ialah simbol kekayaaan, kehebatan, juga penambah seri kecantikan seseoranag wanita. kan kan kan? Tak percaya tanya Isteri anda ataupun Ibu anda.... mereka juga cintakan emas....

Kesilapan yang besar yang saya lakukan ialah tidak mengambil peluang yang telah disajikan oleh En. Syukor admin Jutawanemas.com. Saya hanya di kejutkan oleh isteri saya, apabila dia mula membeli Dinar Emas Public Gold pada 28/07/2010. Iaitu 10 Dinar. Harga belian pada hari itu ialah RM5470. Rupa-rupanya dia telah study 3 bulan berkenaan dengan Emas sebelum membuat keputusan untuk membeli.


Setelah dia membeli 10 dinar tu, saya mengikuti rapat dan mula mendapatkan info-info terkini mengenai emas. Ternyata Emas ialah satu bentuk tabungan yang menguntungkan, dalam tempoh 2 bulan sahaja harga belian Emas isteri saya sudah boleh menuai keuntungan. Oleh sebab tidak mahu terus membiarkan peluang perniagaan Emas terlepas begitu sahaja serta melihat potensi kenaikkan harga pasaran Emas untuk jangka panjang. Saya telah mendaftar untuk menjadi agen Public Gold pada 22/09/10 iaitu selepas hari raya Aidilfitri....

Untuk pengetahuan anda semua, pada masa  saya menulis entry ini, harga jualan 10 Dinar ialah RM6482. Harga jualan pula ialah RM6158..... Berapa kenaikan ? Anda boleh sendiri...hehehe. 10 itu masih beada di tangan...hahaha

Oleh kerana itu saya ingin menasihatkan anda semua, supaya mendapatkan info emas yang secukupnya sebelum membeli Emas, supaya anda tidak tertipu. Anda boleh menghubungi saya untuk lock harga emas.

Jika Anda berminat untuk menabung dan juga berniaga Emas ( menjadi Tokey Emas ) hubungi saya segera, kerana tawaran untuk menjadi Agen Public Gold RM20,000 akan tamat pada 31/12/10.... Masa semakin suntuk ... Klik di sini

Untuk keterangan lanjut, Hubungi saya 

Seminar Emas TERAKHIR Bersama Syukor Hashim untuk tahun 2010

Monday, December 20, 2010
Assalamualaikum.

Perhatian untuk warga Pulau Pinang.
Seminar Emas oleh En. Syukor Hashim (Admin Jutawanemas.com ) akan diadakan di Public Gold Cawangan Lebuh Bishop. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Seminar Emas bersama Syukor Hashim di Pulau Pinang

Tarikh   :  Rabu 22/12/2010
Tempat :  Public Gold Bishop Street Branch
                 No 84, Lebuh Bishop,
                10200 Pulau Pinang.


Untuk tempahan tempat:
             Muhammad Zaizulakmar Bin Zainuddin A0969 (019-4659076


Tempat adalah TERHAD.
Siapa cepat dia dapat, siapa lambat dia tak dapat...

Selamat Berkenalan dengan Emas.....


ASB kurang 8%?? Tukar simpan Emas, kenaikan 20-30% ... Lagi Masyukk

Saturday, December 18, 2010
Assalamualaikum...Salam Emas untuk semua...

PNB akan tutup sebarang urusniaga ASB dari 20/12/10 hinggalah 2/01/11.... depa nak kira Dividen + Bonus beb untuk tahun 2010!... Bagi mereka yang menyimpan dalam ASB pasti tertanya-tanya berapalah agaknya Dividen + Bonus dapat untuk tahun ni..... yang tidak ada simpanan ASB...cam biasalah.... buat donno jer :) hihi

Mari kita lihat data Dividen + Bonus dari tahun 1993 hingga 2009
  • 1993: Dividen = 9.00% , Bonus = 4.50% , Total = 13.50%
  • 1994: Dividen = 9.00% , Bonus = 4.50% , Total = 13.50%
  • 1995: Dividen = 10.00% , Bonus = 3.00% , Total = 13.50%
  • 1996: Dividen = 10.25% , Bonus = 3.00% , Total = 13.25%
  • 1997: Dividen = 10.25% , Bonus = 1.25% , Total = 11.50%
  • 1998: Dividen = 8.00% , Bonus = 2.50% , Total = 10.50%
  • 1999: Dividen = 10.50% , Bonus = 1.50% , Total = 12.00%
  • 2000: Dividen = 9.75% , Bonus = 2.00% , Total = 11.75%
  • 2001: Dividen = 7.00% , Bonus = 3.00% , Total = 10.00%
  • 2002: Dividen = 7.00% , Bonus = 2.00% , Total = 9.00%
  • 2003: Dividen = 7.25% , Bonus = 2.00% , Total = 9.25%
  • 2004: Dividen = 7.25% , Bonus = 2.00% , Total = 9.25%
  • 2005: Dividen = 7.25% , Bonus = 2.00% , Total = 9.25%
  • 2006: Dividen = 7.30% , Bonus = 1.25% , Total = 8.55%
  • 2007: Dividen = 8.00% , Bonus = 1.00% , Total = 9.00%
  • 2008: Dividen = 7.00% , Bonus = 1.75% , Total = 8.75%
  • 2009: Dividen = 7.30% , Bonus = 1.25% , Total = 8.55%
  • 2010: Dividen = ????% , Bonus = ????% , Total = ????%
Anda rasa berapa  Dividen + Bonus tahun ni ????... mmmm anda boleh teka... haha

Saya ada juga menyimpan di dalam ASB, sebab UTAMA menyimpan di dalam ASB ialah kerana dividen + bonusnya yang tinggi dan ianya juga dijamin oleh kerajaan.

Sejak saya berkenalan dengan Emas Pelaburan, saya melihat kenaikan harga Emas tahunan  yang jauh lebih tinggi iaitu 20-30% setahun.... Oleh itu, saya sudah jatuh cinta dengaan Emas.! :) Sebabnya mudah! Ia kerana Kenaikan harga Emas adalah lebih tinggi daripada ASB... dan ianya tidak dapat dinafikan..

Jadi Jika Dividen + Bonus ASB kurang daripada 8% ... salahkah saya jika beralih arah kepada Emas Pelaburan???

Untuk Menabung Emas, Anda boleh menghubungi saya :)

Emas lebih Terjamin : Tun Dr Mahathir

Friday, December 17, 2010




AwaS! Emas Tipu! Danger...danger... danger,,,

Monday, December 13, 2010
Assalamualaikum. Diharap anda berada di dalam lingkungan kerahmatan Allah S.W.T.

Apa hal ni???Ada org jual Emas tipu ka???? hehe Sebenarnya rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dan mendapat maklumat dengan Emas pasti akan bertanya "betul ker Emas yang ko jual ni", " Macammana kalau Emas ni tak tulen",

Berbalik kepada Emas Tipu, Ianya bermaksud penipuan yang di lakukan oleh individu @ kumpulan dengan  menjual emas yang mempunyai ketulenan emas yang berbeza. Harga Emas 999 adalah lebih mahal daripada Emas 916. Ataupun logam yang telah "disolekkan" dan dijual dengan mendeclarekan sebagai Emas 999 ataupun 916 ( Emas Celup ). Biasanya dijual dengan harga di  bawah pasaran.

Kenapa apa anda mudah ditipu??? Sebabnya:
a. anda bukan  pakar mengenai Emas yang boleh menguji ketulenan Emas.  Alat menguji Emas pun tak pernah tengok! hahaha betul tak?

b. teruja nak beli Emas murah.... nafsu nak kaya cepat! :)  Yang ni ramai.... hehehe

Jadi, macammana nak mendapatkan Emas yang betul-betul tulen?

Senang saja beli  dengan Public Gold
Macamana tu?
Beli dengan saya.
Sebab Apa?
Saya ialah Authorised Public Gold Dealer.
Kenapa?
Produk Public Gold ada sijil ketulenan yang  di sahkan oleh Certified Assayer
Lagi?
Anda boleh pajak d Ar Rahnu Agro Bank.
Kenapa Ar Rahnu ?
Sebab Emas tu memang Tulen! Beratnya adalah sama dengan berat yang dituliskan pada sijil ketulenan.
Bagaimana boleh menghubungi Tuan.
Call saya 0194659076 zaizul ( 24 jam sehari ) untuk lock harga.


Jangan malu-malu ya....
Setiap pertanyaan, saya akan menjawabnya sebaik mungkin.

Menarik:! Dapatkan Personal Budget Planner PERCUMA

Sunday, December 5, 2010
Assalamualaikum.

Off topik sikit. hahaha kenapa Zaizul??? hehe sebab Petrol dah naik, Diesel naik, gula naik, LPG pun naik..... 
Semua tu barang keperluan..... Peniaga memang tidak akan  mampu berbuat apa-apa... Kenaikan harga  barang pasti berlaku....  Kekuatan duit fiat semakin merosot! Kadar Inflasi  pasti meningkat.... sekarang sudah 4%, kemungkinan besar kadar inflasi pasti juga meningkat dan meningkat....huhu :(   sedihnya....

Oleh kerana itu, Saya ingin berkongsi dengan anda untuk menyusun kembali perbelanjaan anda.... Sementelahan pula dengan kedatangan Tahun Baru 1432H... dan juga Tahun Baru 2011M....

Cuma saya ingin anda fikirkan, adakah anda masih ingin menyimpan duit fiat (kertas) yang pasti kehilangan kuasa belinya.... ? Emas adalah penyelesaian semua ini. Emas, Penyimpan Nilai yang baik, Menabung Emas anda dapat meningkatkan kembali kuasa beli, pahala pun dapat. Ini kerana ianya adalah Sunnah Nabi. 

Untuk mendownload  Personal Budget Planner, sila klik disini. Ianya dalam format Excel dan bukan milik saya.  Saya dapat pun dariapada rakan saya. Saya cuma berkongsi dengan anda semua sahaja. Semoga Allah memberikan pahala kepada empunya email.... salimtm@gmail.com. atas ilmu yang memberi manfaat ini Amin.

Jika anda berminat Menabung Emas, Hubungi saya 

Peluang Menjadi Tokey Emas dengan 20K SAHAJA

Saturday, December 4, 2010
Assalamualaikum.

Anda berpeluang menjadi Dealer Public Gold. TAWARAN Terhebat sehingga akhir bulan ini ( Disember 2010 SAHAJA) 



Kelebihan menjadi Dealer Public Gold:

a. Modal 20K yang rendah.

b. Modal 20K tu kesemuanya untuk beli Produk Public Gold, ( Jongkong Emas, Dinar Emas, Silver dan Barang Kemas Public Jewellery )

c. Tiada yuran keahlian.

d. Tiada yuran pembaharuan. Anda jadi Dealer seumur hidup.... best tak?

e. keuntungan menjual 1.5%

f. Keuntungan daripada sebarang kenaikan  harga Emas dengan harga " We Buy"

g. keuntungan beli balik 5-6% dengan harga "We Buy"

h. Beli harga enas dengan "We Sell " Jual harga emas harga "We Sell"... bukan harga "We Buy"


dan Bonus
Saya akan menyiapkan satu blog blogspot kepada anda secara PERCUMA hanya untuk ahli geng MyPublicGold sahaja.....

Untuk keterangan lanjut sila hubungi

Anda boleh download borang untuk menjadi Pengedar disini


Menabung Emas Pelaburan ialah Pendapatan Pasif

Thursday, December 2, 2010
Assalamualaikum.


Lama dah saya tak update entry untuk blog ini. Rasa macam tak best pulak.... huhu. Mungkin disebabkan kesibukan dengan tugas hakiki yang perlu dilaksanakan dengan segera.... blog ini telah terabai.... Sedih lak...:(
Sebenarnya jika anda telah pernah melawati blog saya ini.... ianya telah berwajah baru.....:)

Harga Emas naik lagi....Yahooo ! Ini membuatkan kesedihan ini terubat,,:) Pendapatan Pasif ? Macam pernah di dengar, tapi di mana ya?  Pendapatan Pasif ialah pendapatan yang memerlukan pelaburan awal terlebih dahulu dan kemudiannya terus mendapat pendapatan berterusan lagi dan lagi. hahaha...


Contoh pendapatan pasif ialah membuat produk digital seperti Ebook, melabur dalam ASB, merekacipa produk inovasi yang boleh dikomersialkan, mencipta lirik lagu , pendapatan daripada rumah-rumah sewa dan banyak lagi.... best.. best..best... pakcik kayoo!

Menabung Emas Pelaburan  termasuk dalam Pendapatan Pasif juga ker? Jawapan saya ialah Ya... Memang pendapatan pasif ! Di disebabkan kita telah melabur sejumlah wang untuk menabung Emas. Menabung Dinar Emas ( 1 Dinar, 5 Dinar @ 10 Dinar ) ataupun Jongkong Emas ( 20g, 50g, 100g ) Kenaikan Harga Emas yang semakin meningkat menyebabkan anda goyang kaki....... kan kan kan?

Bila keadaan mendesak barulah diguna tabungan Emas anda itu. Samaada dijual sedikit demi sedikit ataupun dipajak di Agro Bank.  Kita kena ingat Emas ialah Pelaburan Jangka Panjang. Maksudnya Menabung Emas semestinya di simpan lama lama. Bukan beli harini, esok teruih nak jual. Sebab apa nak jual? Sebab 20min sekali menonton harga Emas tiap-tiap hari lak tu..... turun ke naik....? :) Saya nasihatkan anda bertenang..... cool down. Kenaikan dan Penurunan harga Emas amat merbahaya untuk rakan-rakan yang mempunyai sakit jantung.... Awas Ya!

Bila anda telah mula menabung Emas, pejam mata jer. Tunggu kenaikan Emas untuk jangka panjang. Tapi bila duit ditangan sudah ada. Anda boleh ler menonton harga Emas untuk mendapatkan harga terbaik. Hubungi saya di talian 019-4659076 untuk lock  harga. Emas insyaallah tidak menghampakan.... Kenaikan Emas adalah tinggi berbanding dividen ASB iaitu 20%-30% setahun. ASB anda cuma dapat dalam 7.5-8% sahaja...

Graf diatas ialah graf kenaikan emas dari bulan Januari 2010 hinggalah hari ni . Bagaimana nak kira peratus kenaikan harga Emas untuk tahun ini setakat hari ini? Senang saja. Maklumat yang kita dapati ialah:
harga Emas 1hb    Januari 2010  = 1097/oz
harga Emas 2hb Disember 2010 = 1389/oz

Pengiraannya ialah:
                               1389 -1097    X   100%
                                     1097             
Berapa jawapannya????
Jawapannya ialah  26.6 % hehehe Best tak pendapatan pasif ni ?

Untuk menjadikan Emas sebagai Pendapatan Pasif..... hubungi saya di talian 019-4659076 zaizul.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit....