Blogger Templates by Zaizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Emas Popular

Loading...

Inflasi dan kaitan dengan Emas..... Ada ker?

Monday, November 1, 2010
Assalamualaikum

Inflasi ? Pernah dengar tapi tak berapa fahamlah..... :)




Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga (kebanyakan barang dan perkhidmatan) yang berterusan.

Untuk lebih memudahkan pemahaman.
Harga barang naik, tetapi kuasa beli pengguna semakin menurun. Bagaimana ya? Lihatlah Ibu-ibu yang keluar ke Pasar untuk membeli barang keperluan harian. Dulu dengan RM50, macam-macam yang dapat di beli ( katakan 12 jenis barang ). Tapi apabila inflasi meningkat..... RM50 (nilai yang sama ) hanya mampu membeli 8 jenis barang sahaja. Maksud disini ialah Nilai duit kita telah merosot! :(



Bagaimana terjadinya inflasi?
Inflasi terjadi disebabkan oleh kenaikan harga Minyak, harga barang-barang keperluan ( gula, gas, beras dan lain-lain ) juga kenaikan Tol oleh pihak berwajib. Tak percaya???? Lepas kenaikan Minyak... Inflasi juga akan meningkat, Kompom! :(

Bagaimana mengekang inflasi?
Mmmmmm agak-agak anda? Apa yer?????.......... EMAS! Ya anda mudah Faham! Saya suka, saya suka.... :)

Bagaimana Emas mengekang inflasi?  :) 

Begini, inflasi adalah disebabkan oleh nilai wang kertas yang semakin menurun kuasanya... Tabungan yang dilakukan antara Emas dan Wang kertas akan membuktikannya. Maksud saya ialah antara Menabung Emas dan Menabung Wang kertas.

Contoh yang diberikan ialah kos untuk mengerjakan haji... Ini sangat PENTING kerana Mengerjakan Haji ialah Rukun Islam yang Kelima. 



Pada tahun 2002, kos Haji adalah setara dengan 63 dinar emas. Manakala, pada tahun 2009 kos Haji hanya setara 21 dinar emas jika dibandingkan dalam Wang Kertas ( Ringgit). Wah! hebat betul sebanyak 66% kos Haji dapat dikurangkan. Tidak mustahil jika 21 dinar sekarang (2010) jika disimpan selama 5 atau 6 tahun akan datang sudah cukup untuk membiaya 2 orang bakal haji.

Kepada sesiapa merancang untuk menunaikan umrah atau haji dalam masa 5 tahun dari sekarang. Nah! simpanlah dinar Emas sekurang-kurangnya 3,4 keping setahun.

Kesimpulannya, Inflasi boleh di sebagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan dan Emas ialah pelindung yang baik untuk membendung kenaikan Inflasi ini. :)

Jangan sampai anda ketinggalan dalam membendung inflasi.... Jom Menabung Emas....

(sumber: http://www.dinar2dirham.com/)