Blogger Templates by Zaizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Emas Popular

Loading...

Beli Emas.... Takut simpan dirumah??? Macammana?

Tuesday, October 26, 2010
Assalamualakum.

Apa khabar semua? Semoga kalian dilindungi dan dipelihara oleh Alllah S.W.T.
Zaizul saya nak beli emas, tapi tak tahu nak simpan kat mana? sebab apa, kawasan rumah saya ni tak berapa selamat.... lagipun, kami suami isteri bekerja. Kalau simpan kat rumah, takut orang masuk... habis ler...

Betul juga yer, takut orang pecah rumah!  Mmmmm...macamnilah pertama, cuba untuk menyimpan di rumah juga. :) Tekadkan semangat dan tawakkal kepada Allah,  simpan Emas di tempat yang tidak dijangka oleh bakal pencuri.... kat mana? mmmmm macam-macam tempat. ada... elakkan daripada menyimpan di dalam almari kerana SEMUA PEROMPAK tau tempat ni :).... kan kan kan...?

Cuba simpan di dapur.... tempat ??? Anda tentukan sendiri.... ( p/s: Saya tidak menyimpan Emas di kawasan dapur, HARAP MAKLUM! ). Jika anda membeli produk Public Gold, PASTIKAN Emas anda tidak disimpan sekali dengan Kad ketulenan Emas. Danger... Danger!


Ok tips seterusnya dari saya. Jika anda nak beli Emas juga, takut pegang emas, sila beli Emas Buku di Public Bank ataupun di Maybank. Anda tak perlu memikirkan dimana nak simpan Emas lagi. :) Selamat kan? :)

Jika anda menyimpan Emas Public Gold, cara lain ialah  dengan menyimpan emas di Safe Deposit Box. Ianya ialah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank untuk menyimpan barang-barang berharga. Apa yang perlu anda lakukan hanya membayar kos sewa setiap tahun. Antara bank yang menyediakan perkhidmatan Safe Deposit Box Maybank , EON Bank , Public Bank , CIMB Bank.


Satu lagi kaedah ni.... simpan di  Ar-Rahnu Agro Bank, sambil simpan, pinjam duit sekali. 2 dalam 1. Hehehe cam syampu pulak..... :) Pajak ler ceritanya. Kalau bagi Ar-Rahnu ‘pegang’ takpe. Tu dah boleh di kira sebagai ’safety box’ anda secara tak langsung. Tapi INGAT! Setiap pinjaman di Ar-Rahnu yang melibatkan Bank, Nama dan No. Kad Pengenalan anda akan direkodkan di Bank Negara Malaysia iaitu CCRIS.  Oleh itu JAGALAH pinjaman gadaian anda supaya rekod anda sentiasa BERSIH.


Sekarang.... Nak simpan dimana? mmmmmmmmmm tepuk dada, tanya selera... dok gitu?


Setakat ini saja perkongsian Ilmu Emas yang tidak seberapa ini. Diharap anda semua mendapat manfaat daripada apa yang cuba saya kongsikan.

Jika anda berminat menabung Emas secara kecil-kecilan ataupun besar-besaran. Hubungi saya:
                                   www.MyPublicGold.blogspot.com

1 comments:

  1. Reds said...

    nice tips...sy suka..

    October 27, 2010 at 11:52 PM  

Post a Comment