Blogger Templates by Zaizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Emas Popular

Loading...

Bagaimana Mengira Spread harga Emas..?

Friday, October 29, 2010
Assalamualaikum.

Buat kali ini, kita akan belajar tentang Spread. Yang mana dah tahu, baguslah... Yang mana tak tahu.... jom layan saya... :)


Spread ialah perbezaan antara harga jualan dan harga belian emas. Samada harga untuk Public Gold mahupun Public Dinar mesti ada spread. Lagi rendah spread lagi bagus sebab anda dah mula buat untung!  :)

Harga jualan (We Sell) ialah harga yang syarikat atau institusi yang menjual emas gunakan semasa menjual emas kepada kita. Manakala harga belian (We Buy) ialah harga yang syarikat atau institusi yang menjual emas gunakan semasa membeli semula emas daripada kita.

Jadi, sekali lagi saya tekankan kalau anda nak beli emas, pilih institusi yang menjual emas dengan spread harga terendah adalah yang terbaik untuk anda. :) Dan institusi itu ialah Public Gold.... hehehe :) Kenapa? Tak Percaya?

Disebabkan harini harga Emas sudah mula nak menaik.... saya tunjukkan cara mengira spread pada hari ini. 29/10/10. :)

Formula untuk mengira Spread Emas
We Sell merujuk pada harga jualan Public Gold dan We Buy pula ialah merujuk pada harga belian oleh Public Gold. Oleh itu pengiraan spread untuk Public Gold, 20g ialah seperti berikut:

                                          Spread = 3046 - 2863   x  100%
                                                                2863
                                                      = 6.4%

Bagaimana pula Public Gold, 100g ??

                                             Spread = 15087 - 14333   x  100%
                                                                   14333
                                                         = 5.3%

Nampak apa yang berlaku???? Ya. Semakin berat Emas yang dibeli, semakin rendah Spreadnya.... maksudnya, lagi cepat anda membuat untung.... :) tak perlu tunggu lama! 

Oh ya! pernah terbaca  " Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-6%)"..... Inilah yang diperkatakan itu..... Ok... Nak latihan?? Latihan: Kira spread untuk Public Gold, 1Kg? :)


Untuk mereka yang merasakan Spread ini membebankan... Call saya untuk mengetahui cara mendapatkan untung yang lagi Cepat..... Di jamin Halal dan sah disisi undang-undang.

Produk Dinar Emas

Thursday, October 28, 2010
Assalamualaikum

Kali ini saya cuma ingin paparkan produk dinar Emas yang sangat laris dipasaran. Produk dinar emas tersebut ialah Public Dinar.

Untuk produk ini, 3 jenis dinar yang diurusniagakan iaitu

                    a. 1 Dinar
                    b. 5 Dinar dan
                    c. 10 Dinar

Bagaimana untuk LOCK?
1. Layari www.MyPublicGold.blogspot.com
2. Lihat sebelah kanan blog seperti di bawah

Anda perlu lihat We Sell untuk membeli daripada agen Public Gold. Seperti biasa Call untuk lock 019-4659076.
We Buy digunakan hanya apabila anda hendak menjual kepada agen Public Gold.Anda akan dapatkan arahan selanjutnya daripada saya.
Salam.... Jumpa lagi

Jika anda berminat menabung Emas. Hubungi saya:

Beli Emas.... Takut simpan dirumah??? Macammana?

Tuesday, October 26, 2010
Assalamualakum.

Apa khabar semua? Semoga kalian dilindungi dan dipelihara oleh Alllah S.W.T.
Zaizul saya nak beli emas, tapi tak tahu nak simpan kat mana? sebab apa, kawasan rumah saya ni tak berapa selamat.... lagipun, kami suami isteri bekerja. Kalau simpan kat rumah, takut orang masuk... habis ler...

Betul juga yer, takut orang pecah rumah!  Mmmmm...macamnilah pertama, cuba untuk menyimpan di rumah juga. :) Tekadkan semangat dan tawakkal kepada Allah,  simpan Emas di tempat yang tidak dijangka oleh bakal pencuri.... kat mana? mmmmm macam-macam tempat. ada... elakkan daripada menyimpan di dalam almari kerana SEMUA PEROMPAK tau tempat ni :).... kan kan kan...?

Cuba simpan di dapur.... tempat ??? Anda tentukan sendiri.... ( p/s: Saya tidak menyimpan Emas di kawasan dapur, HARAP MAKLUM! ). Jika anda membeli produk Public Gold, PASTIKAN Emas anda tidak disimpan sekali dengan Kad ketulenan Emas. Danger... Danger!


Ok tips seterusnya dari saya. Jika anda nak beli Emas juga, takut pegang emas, sila beli Emas Buku di Public Bank ataupun di Maybank. Anda tak perlu memikirkan dimana nak simpan Emas lagi. :) Selamat kan? :)

Jika anda menyimpan Emas Public Gold, cara lain ialah  dengan menyimpan emas di Safe Deposit Box. Ianya ialah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank untuk menyimpan barang-barang berharga. Apa yang perlu anda lakukan hanya membayar kos sewa setiap tahun. Antara bank yang menyediakan perkhidmatan Safe Deposit Box Maybank , EON Bank , Public Bank , CIMB Bank.


Satu lagi kaedah ni.... simpan di  Ar-Rahnu Agro Bank, sambil simpan, pinjam duit sekali. 2 dalam 1. Hehehe cam syampu pulak..... :) Pajak ler ceritanya. Kalau bagi Ar-Rahnu ‘pegang’ takpe. Tu dah boleh di kira sebagai ’safety box’ anda secara tak langsung. Tapi INGAT! Setiap pinjaman di Ar-Rahnu yang melibatkan Bank, Nama dan No. Kad Pengenalan anda akan direkodkan di Bank Negara Malaysia iaitu CCRIS.  Oleh itu JAGALAH pinjaman gadaian anda supaya rekod anda sentiasa BERSIH.


Sekarang.... Nak simpan dimana? mmmmmmmmmm tepuk dada, tanya selera... dok gitu?


Setakat ini saja perkongsian Ilmu Emas yang tidak seberapa ini. Diharap anda semua mendapat manfaat daripada apa yang cuba saya kongsikan.

Jika anda berminat menabung Emas secara kecil-kecilan ataupun besar-besaran. Hubungi saya:
                                   www.MyPublicGold.blogspot.com

Pernah beli Emas tapi Dapat BUKU saja?

Thursday, October 21, 2010
Assalamualaikum..... Semoga anda dirahmati dan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Emas BUKU? Apa tu? tak pernah dengar pun! hehe :) Ceritanya begini, seorang perempuan telah membayar sejumlah wang untuk membeli Emas, dia telah berjaya membeli Emas tersebut dengan jayanya.... tetapi SAYANGNYA dia tidak dapat memegang dan menyimpan Emas itu, sedangkan apabila sesorang itu memegang Emas, dia pastinya akan merasakan dirinya ORANG KAYA. BARU..... :) Kenapa ? tak percaya?  Kalau nak percaya, belilah Public Dinar ataupun Public Gold.... pegang tiap-tiap hari :) Aura itu pasti mari..... hihi

Beli Emas dapat Buku, saya panggil Emas Buku, saya ulangi Emas Buku..... Beli Emas cuma dapat Buku Akaun Simpanan Emas..... haha ... tak payah pening atau risau nak simpan dimana emas tu...  :)
Di mana membeli Emas buku ni tadi? Oh ya. di Public Bank..... namanya pun dekat-dekat dengan Public Gold.   Sebenarnya Public Bank telah  menyediakan perkhidmatan akaun pelaburan emas  (Gold Investment Account). Ianya satu perkhidmatan yang menawarkan pembelian Emas berpandukan turun naik Harga Emas Dunia.

Ok. Mari kita lihat kebaikan Emas Buku. ( Akaun Simpanan Emas )
1. Mengikut harga pasaran Emas Dunia.
2. Penyimpan tidak perlu risau hendak simpan "Emas" lagi.

Keburukan Emas Buku. ( Akaun Simpanan Emas )
1. Tidak dapat memegang Emas sendiri.
2. Tidak boleh dipajak.
3. Urusniaga hanya pada waktu perbankan sahaja.
4. Hanya "laku" di  semua cawangan Public Bank sahaja, tidak bank lain.
Terdapat sebuah lagi bank yang menawarkan Akaun Simpanan Emas iaitu MAYBANK  dengan GOLD SAVING PASSBOOK ACCOUNT (GSPA) anda boleh mendapat maklumat disini.

Mana lebih baik? Emas Fizikal @ Emas Buku ?


Mana mau beli Emas Fizikal? Call saya:

Sumber: www.Jutawanemas.com

Zaizul ! Macammana Nak Lock Harga Emas????

Wednesday, October 20, 2010
Assalamualaikum.

Hehehe Nak Lock harga Emas? Ingatkan nak Lock Alarm Motor klik disini. Ok..ok... Lock harga emas..... hehe.

Saya nak tanya.... sebab apa nak Lock harga Emas ? Sebab harga Emas tengah murah... :) bagus-bagus otak bergeliga.... Buy low, Sell High...... Semua orang matlamat bila beli emas, paling tertinggi makamnya ialah buat Untung , buat Untung , buat Untung.... :) kan???



Maksud Lock harga Emas ialah kita kunci harga Emas tersebut sebarang turun naik harga selepas Lock, tidak diambil kira, katakan Anda berpuashati 10 Dinar pada waktu 12.30am 20/10/2010 iaitu RM6212. Setelah Lock, anda perlu bayar RM6212 sahaja, walaupun waktu anda bayar, harga telah mencecah RM6300. Ha... ader faham? senang jer tu... :)

Untuk melihat harga terdapat 2 cara yang popular.

Pertama : Melihat harga di laman web www.MyPublicGold.blogspot.com @ pun di www.PublicGold.com.my dan www.PublicDinar.com.my

Kedua : Melalui sms.... yang ni cuma perlu ada kredit... setiap sms yang dihantar dikenakan charge 30 sen sahaja.


Anda akan mendapat harga We Sell dan We Buy...... Untuk membeli ambil nilai We Sell sahaja. Kadang-kadang masalah juga bila TERambil nilai We Buy... maklumlah harga murah, siapa x mau kan.....  Untuk lebih mudah perkataan "We" digantikan dengan "Public Gold" kan lebih mudah??  "Public Gold Sell dan Public Gold Buy"

Harga cantik dah dapat... Lock harga dengan saya... sms saya 019-4659076 Zaizul. Saya akan balas sms anda beserta dengan cara pembayaran sesegera yang mungkin.

Cukuplah sampai di sini dulu :)

aDios
zaizul
019-4659076

Shopping Public Gold 24 jam sehari.

Tuesday, October 19, 2010
Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Hari ni saya berhajat untuk berkongsikan faktor-faktor yang perlu diberi pertimbangan untuk kita menyimpan Emas Pelaburan.

Yang pertamanya Pembelian yang boleh dilakukan 24jam sehari. 

Harga Emas Dunia ini boleh dilihat grafnya di www.MyPublicGold.blogspot.com  sebelah kanan :)

Apabila tengok graf tu ANDA DAH TAHU EMAS NI DALAM TREND meNAIK @ MEnurun :)

Jika anda scroll bawah lagi anda akan dapat lihat harga Public Gold untuk Jongkong 999 iaitu 20g, 50g, 100g dan 1kg beserta harganya
dan scroll bawah lagi anda akan dapat lihat harga Public Dinar untuk EMAS 916  iaitu 1 Dinar 5 Dinar dan  10 Dinar dengan harganya.

Take note bahawa harga Emas yang anda idamkan ini akan berubah setiap 20minit . Maksudnya, jika anda sudah berhajat untuk membeli dan menyimpan emas pelaburan, kena tengok harga terkini pada bahagian We Sell..... Contoh anda hendak menyimpan 5 Dinar.... Ambil harga We Sell 5 Dinar iaitu RM3184   :)

Setelah berpuashati..... LOCK harga tersebut contoh RM3184 dengan call saya 019-4659076. Saya akan berikan arahan selanjutnya daripada saya. ( Nanti saya berilah no akaun Maybank saya ) :)

Biasanya pembayaran hendaklah dijelaskan 1 1/2jam selepas LOCK harga.

Deposit 50% dikenakan untuk pembelian melebihi RM5000.00. 
[Caj 5% dikenakan untuk pembatalan pembelian].....


Jadi berbalik kepada Pembelian yang boleh dilakukan 24jam sehari. Lihat! Anda boleh shopping Emas walaupun pada pukul 3.33pagi.... :) Waktu tu for sure Tokei kedai emas dah pun "lena diulik intan."...:)


Faktor-faktor lain ya? kena tunggu ler posting yang seterusnya.... Tunggu....
P/S: Tips untuk mengetahui emas turun atau naik ialah melalui laman sosial Facebook. caranya, anda boleh add otai-otai Emas Pelaburan  seperti Sifu Syukur Hashim(www.jutawanemas), Mohd Fazli (www.pokli.com), Amir Firdaus (www.inspirasiemas.com ), Hasfarizan (www.geng916.com) Noh Nik Wan (www.perniagaanemas.com)..... juga  saya.....zaizul (www.MyPublicGold.blogspot.com)  Kami akan TRIGGER anda....... !    :)


zaizul
019-4659076
www.MyPublicGold.blogspot.com

Bagaimana Mengira Harga Emas untuk 1 gram?

Monday, October 18, 2010
Assalamualaikum.

Harapan saya agar saudara semua sihat-sihat... :) Untuk kali ini saya akan kongsikan bagaimana cara untuk mengira harga Emas dengan rujukan harga Emas pasaran di www.kitco.com.

Anda boleh rujuk sekarang!.... Sila lihat graf di bawah ini
1. Pergi ke Laman Web www.kitco.com
2. Klik pada gambar seperti dibawah.

3. Setelah klik anda akan dapat lihat seperti gambar dibawah


Bacaan ialah pada 15/10/2010 Pukul 6 petang (waktu New York )
a. Harga emas di Pasaran Spot Gold New York pada waktu itu ialah  USD1368.90/Oz
b. 1 Troy Ounce emas (bersamaan 31.10 gram)

Jadi Untuk mendapatkan harga 1gram (USD)
                    1368.90 / 31.1 = 44.02gm

      Maksudnya 1gm ( USD) = 44.02gm

Bagaimana pula untuk menukar 1gm (USD)  kepada Ringgit Malaysia (RM) ?
Senang jer... :)

4.Layari laman web http://www.xe.com/ucc/

Masukkan  44.02gm, Convert USD kepada Malaysia Ringgit.... Itu saja dan tekan GO!
44.02 USD = 135.780 MYR   :)

Jadi Harga 1gm = RM135.78

Setakat ini saja.... Harap anda berpuashati.

Disebabkan harga Emas sekarang ni mula turun sedikit, apa kata anda LoCK harga 1 Dinar.... 
bukannya mahal pun....  RM637 sajer...... :)                                                              


call saya 019-4659076 ( zaizul)
www.MyPublicGold.blogspot.com

sumber: www.Jutawanemas.com

Public Dinar..... Dinar Emas anda!

Sunday, October 17, 2010
Assalamualaikum.

Berkongsi maklumat dan terus berkongsi maklumat Emas yang sangat berkurangan ... adalah matlamat utama blog ini. Ini disebabkan Kerajaan kita seakan-akan lupa bahawa dalam keadaan sekarang, pelaburan dengan menyimpan Emas dapat melindungi kekayaan kita....... :)



Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda  "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Inflasi sifar selama 1400 tahun.
Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.

Ok. Berkenaan Dinar Emas.... Untuk blog ini, saya akan lebih menerangkan produk Public Fine Gold International Sdn Bhd iaitu Public Gold dan Public Dinar.

Mengapa Public Dinar???

Ok. Untuk membeli produk Emas Pelaburan... Anda perlu tahu beberapa perkara... Al maklumlah... Emas ni bukannya Murah!
Antara faktor-faktor PENTING perlu diambilkira ialah:

1. Harga Emas Mengikut Harga Dunia
2. Boleh beli 24jam..
3. Emas fizikal ( Boleh pegang dan lihat kilauan Emas tu... )
4. Ketulenan Emas 916 ( Ada 3 jenis...1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar )
5. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah iaitu 5-6%
6. Stok yang mudah diperolehi  ( Insyaallah sentiasa ada )
7. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.





Saya akan cuba menerangkan satu persatu faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membeli Emas Pelaburan. Sebab saya tau... Masa anda semua itu Emas... Nantikan posting saya seterusnya.

Jika anda hendak LOCK harga Dinar Emas
Call saya.
019-4659076
zaizul :)

Di manakah Rujukan HARGA EMAS DUNIA?

Saturday, October 16, 2010
Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita dalam misi mengumpul maklumat Emas disamping mengumpul Dinar Emas dan juga Jongkong Emas....  hahaha simpan sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. J

Ok.  Matlamat dah ada, ilmu emas dah ada, duit pun dah ada ( bawak keluar semua duit ASB), kat mana nak tengok harga Emas Dunia melalui internet ni?

Ya... Senang saja. Masuk ke laman web www.kitco.com . Apa tu www.kitco.com ??  Kenapa lak www.kitco.com ??

Untuk pengetahuan anda, kitco adalah salah satu penjual terkemuka dunia untuk logam berharga. Pejabat mereka mereka letaknya di Kanada dan mempunyai cawangan di Amerika.
Laman web mereka sangat terkenal dengan harga semasa emas, perak serta komoditi-komoditi yang lain.

laman web kitco.com

Antara ilmu yang menarik dan boleh di perolehi di laman web kitco adalah:
1. Anda boleh mengetahui kenapa harga emas naik atau turun.
2. Rekod harga emas dari tahun 1833
3. Mendapat graf / banner harga emas untuk website anda
4. Forum perbincangan mengenai logam berharga (precious metals)

Apa lagi..... masuklah laman web  www.kitco.com....

 
Sekian Untuk Kali ini, Untuk  posting akan datang saya akan kongsikan bagaimana mengetahui harga emas turun dan naik. :)  Tunggu!

Jongkong Emas 20g  dah mencecah harga RM3095 ( 16/10/10 )..... kalau anda tak beli harini..... esok naik jadi RM3195????  :) 

Sebarang masalah berkaitan dengan dengan posting saya atau sebarang pertanyaan boleh hubungi saya
019-4659076 
zaizul

Melihat Harga Emas di Malaysia

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, kali ini saya akan kongsikan pula resepi ( ha! resepi Emas !)... Pernah tengok Harga Emas di Malaysia..... Kat mana nak tengok?????

Ha..... Baguslah Tuan-tuan ( puan-puan sekali ) masuk ke blog yang tepat!! www.MyPublicGold.blogspot.com.... dengar lagu pun boleh.... tapi lagu sinar.fm jer.... Tin-tin Pon-pon... :)

Nak tengok kat mana?  klik link ni http://www.fgjam.org.my/ anda boleh lihat harga Emas di Malaysia di sini. FGJAM tu nama panjangnya ialah Federation of Goldsmiths and Jewellery Association of Malaysia. Kiranya Persatuan Saudagar-saudagar Emas dan Barang Kemas Malaysia.... hahaha. Di sini juga anda boleh cari kedai-kedai Emas yang berdaftar dengan mereka.

Lihat gambar diatas...Inilah Harga Jualan Emas yang di update 12 Oktober 2010..... Apa???? Emas mahal???? hehehe  :) Emas memang Mahal! Insyaallah harganya akan terus MENAIK......
Saya rasa cukup ler setakat ini.... ini maklumat tokei-tokei Emas..... anda dah tau kan?

Soalan:
Antara Dinar Emas dan Jongkong Emas mana yang lebih bagus buat Pelaburan?

Jawapan:
Call Saya ..... O19-4659076 (zaizul)

http://mypublicgold.blogspot.com/

Hati-hati Dengan Skim Pelaburan Emas

Assalamualaikum.

Kali ini saya akan berkongsi tentang Skim Pelaburan Emas....... DANGeR!.... DANGeR!.... DANGeR!....  Sekali kena memang GuYUP! Mana taknya... paling koman pun 1 dinar harini dah RM639.... Kalau modal 50g.... tak ke Naya????? Mintak di jauhkan lah. Oleh kerana itu berhati-hatilah supaya anda tidak tertipu. Selidik dulu sebelum menyerahkan wang anda.


Kebanyakkan trend pelaburan samada Emas ataupun Skim Cepat Kaya  yang lain cukup mudah di kenali antara ciri-cirinya ialah

 -  Beli Emas tapi Emasnya disimpan oleh penjual. ( Dalam ertikata lain dapat ANGIN )
 -  Promosi lebih kepada downline, contoh: cari 1 orang downline dapat RM500.... Lumayankan!
 -  Pembayaran bonus yang tak masuk akal..... contoh: pembayaran setiap bulan 20-30% daripada
    modal.
 -  Harga barang yang dijual, memang mahal giler daripada harga pasaran.

Oleh kerana itu berwaspadalah....Internet yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan, telah digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menipu orang ramai.

Berikut ialah keratan Skim Cepat Kaya yang juga terlibat dengan pelaburan Emas. Diharap anda berwaspada sekali lagi.... Ingat!  DANGeR!.... DANGeR!.... 

Oh ya...... Anda dah simpan Dinar ker Belum ni?....... Jangan risau... Anda beli 10 Dinar anda akan dapat Dinar Emas 10 Dinar...KonPom! Bukan angin Ya....

Contact saya jer...
019-4659076
zaizul ( talian 24 jam )


Sumber: Berita Harian

Diana Danielle Duta Barangan Kemas Public Gold

 
Source : http://www.budiey.com/

Jenis-Jenis Emas di Pasaran

Friday, October 15, 2010
Assalamualaikum.

Emas 24K ? apa tu??? bagi orang perempuan tidak menjadi masalah, kerana mereka MUDAH FAHAM! maklumlah, kalau boleh hari-hari nak Emas, jadi ilmu Emas mereka pun bertambah. hehehe

Baiklah saya akan terangkan tentang Emas 999, Emas 950 dan Emas 916 jer kali ini.... KERANA emas-emas ini berada di sekeliling kita..... lebih-lebih lagi yang sedang di pakai. :)  haha

Diana Danielle Duta Public Gold

1) Emas 999 - mempunyai kandungan 99.9% emas
 - ianya tidak di campur dengan bahan-bahan lain (pure emas)
 - Kilauannya sangat menambat hati
 - Paling mahal di antara keluarga EMAS.
 - Emas ini sangat lembut, dan tidak berapa sesuai dijadikan barang kemas.
 - juga dikenali sebagai Emas 10 & E24K (Emas Dua Puluh Empat Karat)

2) Emas 950 - mempunyai kandungan 95.0% emas
 - 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya
 - di kenali juga sebagai Emas 23K

3) Emas 916 - mempunyai kandungan 91.6% emas
- 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium & sebagainya
- juga dikenali sebagai Emas 22K
- amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas untuk di jadikan barang kemas.

Nampaknya sampai setakat ini saja.

www.MyPublicGold.blogspot.com


Jika anda berminat mendapatkan Jongkong Emas untuk  sekitar P. Pinang.....
Hubungi saya  Zaizul 019-4659076.......

Bagaimana Menimbang dan Menentukan ketulenan Emas?

Assalamualaikum....
Emmmm..... Kita tahu EMAS ni berharga dan bernilai. Tapi kita tahu tak bagaimana proses untuk
menentukan
1. Berat EMAS
2. Ketulenan EMAS ???

Sebenarnya inilah perkara yang PALING PENTING dalam dalam proses kita MENABUNG EMAS.

Untuk menimbang berat dan ketulenan EMAS, alat yang digunakan ialah Densimeter.

Alat ini fungsinya 2 dalam 1 iaitu menimbang berat Emas dan Menguji Ketulenan EMAS.


Langkah-langkah Menimbang  berat Emas 

 1. On kan Suis Densimeter.
 2. Letakkan Emas di atas Densimeter untuk di timnag beratnya.

 3. Ambil bacaan berat Emas = 20g
 4. Letakkan Emas di dalam Air, untuk di timbang berat ketumpatannya.

  5. Ketumpatan Emas didalam air ialah 18.94g


6. Tekan ENTER untuk menguji ketulenan Emas 24K, 22K, 18K
7. Bacaan menunjukkan EMAS 24K. :)


Sekian Untuk kali ini.
  
MyPublicGold.blogspot.com
Jika anda berminat mendapatkan Public GOLD untuk  sekitar P. Pinang.....
Hubungi saya  Zaizul 019-4659076.......

Berat Timbangan Emas

Assalamualaikum.
Hari ini Zaizul akan berkongsi informasi berkenaan Berat Timbangan yang biasa  digunakan untuk EMAS, Kenapa ?? Hehehe ….. Ramai lagi masih samar-samar, 1 Dinar berapa gram? 1 Mayam? 1Oz?



1 Dinar beratnya  4.25g,
1 Oz  ( Tray Ounce ) beratnya 31.1g
1 Mayam = 3.4g
1 Dirham ???? Oh ya  1 Dirham = 2.975g  Tapi…. Dirham bukan EMAS, Tapi PERAK….. hehe

 Ringkasannya ialah:
Timbangan
Berat mengikut gram (g)
1 Dinar
4.25g
1 Oz ( Tray Ounce )
31.1g
1 Mayam
3.4g
1 Dirham
2.975g

Sekian Untuk kali ini.
  
MyPublicGold.blogspot.com
Jika anda berminat mendapatkan Public Dinar untuk  sekitar P. Pinang.....
Hubungi saya  Zaizul 019-4659076.......

Sejarah Dinar Emas

PDF Cetak
Pada awalnya umat Islam menggunakan dinar emas dan dirham perak yang dibuat oleh orang Parsi. 
Gambarnya seperti di bawah:
publicdinar_clip_image004.jpg
Gambar: Dinar Parsi Yazdgard (399 - 420 AD)
 
publicdinar_clip_image005.jpg   publicdinar_clip_image006.jpg
Gambar: Wang perak Parsi Sasanian Yezdigird III
 
Siling pertama yang boleh dikaitkan dengan orang-orang Islam telah ditempa pada zaman Khalifah Uthman Radiallahu anhu. Syiling ini ditiru daripada dirham Sasanian Yezdigird III.
 
Perbezaan yang terdapat pada syiling ini ialah terdapatnya inskripsi Arab ‘Dengan Nama Allah’. Setelah itu, inskripsi ‘Dengan Nama Allah’dan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran telah menjadi tradisi ke atas dinar dan dirham yang dibuat oleh orang-orang Islam.

Ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab, beliau telah menetapkan standard bagi dinar emas seperti berikut:"7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)". 

Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul malik ibn Marwan (646AD - 705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham. Ketika itu, empayar Islam sangat luas meliputi kawasan Barat daripada Afrika Utara sehingga ke Sepanyol dan jauh ke bahagian Timur sehingga Pakistan.

Ketika kerajaan Anglo-Saxon England masih kekurangan dari segi penulisan, khalifah Abdul Malik telah pun mencipta mata wang yang seragam yang pertama di dunia - dinar.
publicdinar_clip_image008.jpg    publicdinar_clip_image010.jpg
Gambar: Dinar emas Abd al-Malik ibn Marwan
 
publicdinar_clip_image012.jpgpublicdinar_clip_image014.jpg
Gambar: Dirham perak Abd al-Malik ibn Marwan

Walaupun dinar dan dirham yang baru ini menyerupai berat dan bentuk syiling lama yang digantikan namun rupa bentuknya adalah satu revolusi. Pada 697AD, Khalifah Abdul Malik telah membuang gambar raja dan lambang-lambang binatang dan kota pada dinar dan dirham. Ia kini dihiasi dengan kalimah daripada ayat-ayat suci Al-Quran.

Khalifah Abdul Malik kemudiannya mengisytiharkan bahawa wang inilah yang akan digunakan di seluruh empayar Islam. Sesiapa yang tidak menyerahkan syiling lama mereka untuk ditempa semula kepada dinar berbentuk baru akan dikenakan hukuman mati.

Ini adalah kali pertama di mana sebuah negara mempunyai sistem yang begitu jitu dan stabil. Dinar emas ini telah dihasilkan oleh  sejauh Sepanyol, Tunisia, Azerbaijan sehingga ke Pakistan. Ini memberikan kelebihan yang ketara kepada pemerintah kerana ia membolehkan sistem cukai diseragamkan di seluruh wilayah Islam.

Dinar dan dirham yang dikeluarkan ini juga merupakan yang pertama dilabelkan tahun pengeluarannya - praktis yang tidak digunakan secara meluas sehinggalah kurun ke 15.
Inskripsi pada dinar dan dirham Abdul malik menyebut:

‘Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad itu Pesuruh Allah’

Dinar dan dirham menjadi mata wang rasmi kerajaan Islam sehinggalah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Selepas itu, penggunaan wang kertas telah mengambil alih dinar dan dirham sehinggalah sekarang. Namun, sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa wang kertas menjadi alat untuk merampas kekayaan umat Islam dan ianya selalu gagal.

Di dalam undang-undang Islam, penggunaan wang kertas yang bersifat "Surat janji hutang" tidak boleh digunakan sebagai media pertukaran.


Sumber:
1. http://www.islamic-awareness.org/History/Islam/Coins/
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Islamic_gold_dinar
3. http://www.321gold.com/info/gold_dinar.html
4. http://zakat.wordpress.com/history-of-the-gold-dinar/ 
5. http://www.coinlink.com/News/world-coins/dinar-coins-of-the-ancient-world/