Blogger Templates by Zaizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Emas Popular

Loading...

Video Corporate Public GOLD

Wednesday, September 29, 2010

Salam Perkenalan dari www.MyPublicGold.blogspot.com

Tuesday, September 28, 2010


Assalamualaikum,
 Salam Perkenalan dari saya Muhammad Zaizulakmar Zainuddin a.k.a Zaizul...... Ya anda boleh panggil saya Zaizul.....   Tujuan blog ini ialah untuk berkongsi maklumat-maklumat yang berkaitan EMAS.....

EMAS sedang naik SEKARANG.........  ApA????
 
Walaupun blog ini dah siap beberapa hari lepas, dan saya tidak berhajat untuk mengepos sebarang info berkaitan  TETAPI  disebabkan harga EMAS telah mencecah 1304USD/oz tergerak juga saya menghantar post sulong. 
Posting ini sekadar memberitahu : 
Pelaburan EMAS, Menguntungkan, Tepat dan Selamat...   
Terima Kasih kepada Saudara dan Saudari yang sudi mengunjungi blog saya ini...

Jika anda berminat mendapatkan Public Dinar untuk  sekitar P. Pinang..... Hubungi saya  Zaizul 019-4659076.......

M.Nasir Kahwini Marlia Musa guna dinar emas sebagai Mas kahwin.

Friday, September 10, 2010

Assalamualaikum.

Apa khabar???  Hari ni santai sikit setelah baru lepas senamrobik anjuran KRT Taman Sutera. Ok lah, Saya rasa semua orang kenal dengan M.Nasir. Ya.... M.Nasir atau di kenali dengan nama Sifu M.Nasir. Salute lah!

Saya memang follow M.Nasir ni sudah agak lama..... dan lagu M.Nasir yang paling saya suka  ialah   Suatu Masa memang feeling haha

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Feeling giler..... Puitis giler.... :) Baiklah berkenaan perkahwinan M.Nasir dengan dramatis Marlia Musa, ianya  telah dilangsungkan pada 31/8/2000.... ha dah berapa tahun? 10 tahun.  

Yang specialnya M.Nasir telah menggunakan dinar emas sebagai Maskawin..... Ha! Memang Sifu M.Nasir ni seorang yang berfikiran jauh... ketika itu harga emas ialah 300Usd/Oz.... sila lihat graf di bawah. Tahun 2010 ni dah cecah 1300Usd/Oz.... Bagus tak simpan dinar Emas ?  Tepuk poket...beli dan simpan dinar emas lah,,,,hehe :)

Berikut ialah beberapa perenggan berita berkenaan perkahwinan M.Nasir. 

Bagi majlis akad nikah tersebut, M.Nasir membawa tujuh dulang hantaran berbalas dengan sembilan dulang hantaran daripada pengantin perempuan.

Setiap hantaran dihias dengan begitu cantik terdiri daripada barangan diri seperti pakaian, barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM10,000 dan jam tangan. Wang hantaran daripada pengantin lelaki ialah sebanyak RM20,000.

Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan.

Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka. Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana 'ingin kembali kepada tradisi Islam.'

Semoga Allah memberkati M.Nasir... Amin.

Jika anda ingin melangsungkan perkahwinan. Apa kata anda jadikan Dinar Emas sebagai  bayaran Mas Kahwin kepada bakal Isteri anda.

Hubungi 019.4659076
zaizul
Sumber: Utusan Malaysia

Mata wang AS kini boleh dianggap "Tisu Tandas"


TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Bekas Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.
Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

China Dan Russia Setuju Tidak Guna Dollar Amerika


Nov 23 ST. PETERSBURG – China dan Rusia mengumumkan tidak akan menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dalam perjanjian perdagangan bilateral terbaru melibatkan kedua-dua buah negara, lapor sebuah akhbar semalam.

Kedua-dua negara itu akan menggunakan mata wang masing-masing bagi menggantikan dolar AS.

Keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan rakan sejawatannya Vladimir Putin.
Ia dilihat sebagai bukti hubungan antara kedua-dua buah negara yang semakin kukuh dan bertujuan untuk melindungi ekonomi domestik.

“Selama ini kami menggunakan mata wang asing iaitu dolar AS. Sebagai langkah pertama, perdagangan menggunakan Rubel Rusia sudah bermula di China. Pada Disember nanti, yuan pula akan digunakan di Moscow,” jelas Putin.

Kedua-dua pemimpin itu bertukar-tukar dokumen semasa mesyuarat yang berlangsung di St. Petersburg.
China mewakili 8.3 peratus perdangangan keseluruhan Rusia.

- Agensi

P/S: Emas berkadar songsang dengan Nilai USD.
        Jika Naik USD naik, Harga Emas Menurun..
        Jika Naik USD turun, Harga Emas Naik..... 
        Fikirkan Ya.....


Jika anda berminat Menabung Emas, Hubungi saya 

Emas 'Penyelamat' di Dunia dan Akhirat


DALAM Islam, antara dua ibadat yang  sangat  dititikberatkan iaitu; solat dan zakat. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. Solat ialah berhubungkait soal peribadi individu itu dengan Allah (hablun minallah) manakala zakat ialah hubungan dengan sesama manusia (hablun minannas).

Topik kewajipan mengeluarkan zakat bukanlah asing bagi setiap daripada kita. Ini diukur menerusi jumlah kutipan zakat setiap tahun yang meningkat dari semasa ke semasa, sekali gus membuktikan kesedaran telah mula ada dalam setiap individu Islam dan syarikat korporat. Apatah lagi kewajipan ini telah ditegaskan dalam surah at-Taubah ayat 103.

Kalau sedekad yang lalu, orang kurang mengetahui tentang kewajipan mengeluarkan zakat daripada pendapatan atau gaji yang diperoleh setiap bulan, tetapi kini dengan promosi agresif agensi-agensi berautoriti berkaitan zakat serta penyediaan pelbagai kaedah pembayaran, telah membolehkan mereka yang layak hanya melaksanakannya di waktu dan tempat tanpa perlu lagi pergi ke kaunter-kaunter pungutan zakat.

Selaras dengan perkembangan ekonomi dan peningkatan jumlah usahawan wanita yang berpotensi menjadi pembayar zakat, Pusat Pengutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengadakan Bengkel Korporat Muslimah 2010 awal November lalu.

Bengkel setengah hari itu, menyentuh topik 'Perspektif Zakat Niaga & Emas' dengan tema Kilauan Firdausi telah membawa tiga pembentang iaitu; Pengurus Kanan Operasi Runcit Habib Jewels, Mohd. Zaruddin Mahmud yang mengupas tajuk 'Pengenalan Emas dan Perkembangannya di Malaysia'.

Panel kedua ialah Pengasas & Pengarah Urusan D'Navechee Beauty (M) Sdn. Bhd., Datuk Azlina Che Abdullah, yang membicarakan tajuk, 'Usahawan dan Perniagaan: Zakat Dilaksanakan' serta pembentang yang tidak perlu diperkenalkan, penceramah bebas dan perunding motivasi, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dengan tajuk, 'Zakat dan Perhiasan'.
Sementara itu, dalam kertas kerjanya, Mohd. Zaruddin berkongsi maklumat mengenai perkembangan emas di Malaysia. Katanya, emas telah menjadi sebahagian daripada kaum wanita. Namun, sejak akhir-akhir ini, kaum lelaki juga mula berjinak-jinak dengan logam emas. Bukan untuk dipakai tetapi untuk pelaburan.
"Disebabkan nilai yang ada pada emas itulah maka ia amat berharga. Emas tidak terlalu terpengaruh dengan keadaan inflasi dan deflasi. Maka secara tidak langsung, orang gunakan emas sebagai alternatif menyimpan harta yang ada.

"Selain itu, emas juga menjadi menjadi simbol kekayaan dan kuasa. Emas juga boleh disimpan dalam bentuk nilai walau dalam keadaan ekonomi tidak menentu," katanya.

Terangnya lagi, trend semakin berubah iaitu daripada emas kuning kepada emas putih dan kini yang semakin diminati iaitu Rose Gold (emas yang berwarna ros). Perubahan cita rasa ini dikesan sejak tahun lepas. Pun begitu emas dengan reka corak sauh masih lagi diminati atau evergreen sampai sekarang.

Menyentuh perkembangan emas di Malaysia, sejak kebelakangan ini, ramai masyarakat tidak kira bangsa dan agama berlumba-lumba membeli emas sebagai satu alternatif untuk pelaburan.

"Ketika ekonomi negara merudum iaitu pada tahun 1997 dan 1998 dan dua tahun lepas, harga emas tidak jatuh tapi terus naik. "Meskipun, emas dianggap sebagai penyelamat semasa keadaan ekonomi tidak menentu. Namun, untuk tujuan pelaburan, seseorang itu kena bijak tentang selok-belok pelaburan emas," jelasnya.

Akui Mohd. Zaruddin, satu perkembangan yang sihat berlaku di mana kaum wanita sekarang ini semakin lama semakin bijak. Ini kerana mereka bukan sahaja membeli emas sebagai perhiasan tetapi sebagai pelaburan.

"Bagi saya, kita tidak perlu menunggu sehingga harga emas turun barulah merancang untuk membeli emas tetapi boleh bermula daripada sekarang.

"Malah, kita boleh mulakan dengan menggantikan duit simpanan atau duit hari raya anak-anak dengan membeli barangan kemas mereka.

"Cara ini secara tidak langsung, mendidik anak melabur secara bijak berbanding wang yang diperoleh dibeli telefon bimbit dan sebagainya," ujarnya.

Pada pagi itu juga, jutawan tanah air, Datuk Azlina Che Abdullah berkongsi beberapa rahsia kejayaan yang bermula dengan menjual kuih-muih, kemudian menjadi guru, kerani, setiausaha dan akhirnya, bergelar jutawan.

"Dulu saya memang penggemar emas sehingga pernah diperli oleh suami tetapi apabila saya jatuh tahun 1996, barang kemas itulah yang menjadi modal untuk meneruskan kesinambungan peniagaan.

"Adat orang berniaga, ada ketikanya mengalami naik turun di dalam perniagaan. Tetapi dengan melaksanakan kewajipan berzakat, banyak bersedekah, bersih hati serta ikhlas kerana Allah dalam setiap perbuatan, maka keberkatan rezeki itu memang sukar dinafikan," jelasnya.

Dahulu, kata Azlina, hati beliau selalu berkata, hendak bayar zakat nanti tunggu kaya dahulu. Apabila sudah kaya, masih tidak bayar dengan alasan sibuk.

"Saya tidak salahkan orang lain kerana pada masa itu saya jahil, saya ingatkan dengan membayar zakat sendiri kepada fakir miskin itu sudah mencukupi tetapi lama-kelamaan saya sedar yang selama ini, saya tidak melakukannya secara betul," akui Azlina apabila mula membayar zakat secara betul bermula tahun 2004, rezekinya terus bertambah.

Cerita wanita gigih ini lagi, ibunya seorang ibu tunggal dahulunya adalah seorang penerima zakat. Bermula daripada saat itulah, beliau sentiasa berdoa dan meminta Allah SWT memudahkannya agar dapat menaikkan martabat ibu yang juga tulang belakang mereka anak-beranak.

Salah satu ayat yang sentiasa menjadi pemangkin semangat kepadanya, kata Azlina ialah sepotong ayat daripada surah ar-Rad ayat 11 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib yang ada pada diri mereka sendiri.

Begitu juga dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud: Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1116&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg= ba_03.htm&arc=hive

Emas pengukur pergerakan mata wang


LONDON 8 Nov. - Ketua Bank Dunia, Robert Zoellick menggesa pemimpin-pemimpin ekonomi dunia mempertimbangkan penggunaan semula emas dalam sistem monetari sebagai pengukur dalam pergerakan mata wang.

Beliau membuat cadangan itu kerana bimbang berlaku 'peperangan mata wang' dalam suratnya yang diterbitkan dalam Financial Times.

Zoellick berkata, sistem itu perlu terlibat dalam dolar, euro, yen, pound dan renminbi yang kini diperdagangkan di peringkat antarabangsa.

''Sistem ini juga boleh mempertimbangkan penggunaan emas sebagai rujukan antarabangsa bagi jangkaan pasaran berkaitan inflasi, deflasi dan nilai mata wang hadapan,'' tambahnya.

Amerika Syarikat (AS) kini semakin konsisten mengkritik China kerana menurunkan nilai renminbi dengan tujuan untuk mengambil faedah dalam pasaran eksport.

Ekoran kritikan itu, China membalas balik dengan mencetak AS$600 bilion (RM1.8 trilion) duit baru sambil mendakwa untuk memberi AS kelebihan persaingan.

''Sekiranya polisi domestik adalah polisi optimum bagi AS, tetapi pada masa sama ia bukan polisi optimum bagi dunia, ia mungkin membawa banyak kesan negatif kepada dunia,'' menurut Ketua Bank Negara China, Zhou Xiaochuan.

China melahirkan kebimbangan polisi monetari Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan nilai dolar, menyebabkan eksport negara itu merosot.

Berikutan itu, China menggesa pemantauan terhadap pergerakan dolar AS semasa mesyuarat G20 di Seoul pada minggu ini.

Standard emas dipinggirkan oleh bekas Presiden AS, Richard Nixon pada 1971 kerana nilai dolar jatuh menjunam berbanding emas.

Emas dipercayai boleh membantu menangani inflasi tetapi ia tidak dibenarkan bagi polisi monetari fleksibel, yang mana kebanyakan pakar ekonomi mendakwa ia perlu dalam menangani kejutan ekonomi. - AFP

Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

Keratan Akhbar Public Gold berkenaan Dinar Emas..

Assalamualaikum.
Tak kenal maka tak cinta.... :) mungkin kita perlu  menyorot kembali, keratan akhbar berkenaan Dinar Emas yang telah lebih setahun setengah disiarkan berkenaan dengan Public Gold.

Moga keyakinan anda kepada Public Gold.... semakin mendalam.. :)


Public Gold tawar pelaburan dalam dinar emas

Source  :  Utusan Malaysia On-Line
Monday, 09 March 2009
By  :  Abu Hakim Tanzimuddin
 
SEMUA dinar emas keluaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd. mempunyai sijil ketulenan.



PULAU PINANG 8 Mac - Para pelabur di negara ini kini berpeluang memiliki dinar emas dengan mudah dan pada kos yang lebih rendah melalui kemudahan yang ditawarkan oleh Public Fine Gold International Sdn. Bhd. (Public Gold).

Pengerusi Eksekutif syarikat itu, C.H. Ng berkata, untuk membeli dinar emas seseorang pelabur itu boleh menyemak harga semasa logam itu di pasaran dunia dengan melayari laman web www.publicdinar.com.

Beliau berkata, jika pelabur bersetuju dengan harga yang ditawarkan, Public Gold akan menghantar surat perjanjian melalui e-mel atau faks bersama syarat dan terma serta harga pembelian.

''Pembayaran perlu dibuat dalam tempoh satu setengah jam daripada masa surat perjanjian diterima," katanya ketika ditemui di premis syarikat berkenaan di sini semalam.

Beliau menambah, harga tawaran dinar emas Public Gold juga adalah lebih rendah berbanding harga emas di kedai-kedai barang kemas di seluruh negara.

Sebagai contoh, katanya, ketika kedai emas menjual pada harga RM135 segram baru-baru ini pihaknya menawarkan dinar emas pada harga RM115 segram.

Menurut beliau, Public Gold selaku syarikat tunggal di negara ini yang mempunyai kilang pengeluaran dinar emas juga menawarkan khidmat menyimpan syiling berkenaan dengan langkah-langkah keselamatan yang dijamin lebih baik daripada bank-bank komersial.

''Untuk menjual balik anda boleh berurusan dengan pihak kami atau mana-mana pengedar dan anda akan dimaklumkan harga semasa belian dinar emas, jika bersetuju transaksi boleh dilaksanakan serta merta," katanya.

Menurutnya, semua dinar emas keluaran syarikat berkenaan mempunyai sijil ketulenan yang dikeluarkan oleh syarikat bertauliah dalam bidang tersebut.

Ng juga berkata, trend menyimpan emas semakin mendapat perhatian masyarakat pelabur sejagat ekoran situasi ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.

Menurutnya, masyarakat dunia perlu meneliti pelbagai perkara yang disuarakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menyarankan dunia Islam beralih menggunakan dinar emas dalam perdagangan dua hala berbanding menggunakan dolar Amerika Syarikat.

''Saranan itu dibuat kira-kira 10 tahun lalu. Selepas membuat pelbagai kajian dan penilaian, Public Gold yang ditubuhkan setahun lalu berusaha merealisasikan penggunaan dinar emas," katanya.

Menurut beliau, syarikat yang tubuhkan dengan modal hampir RM10 juta itu sudah mencatat keuntungan dalam tempoh yang singkat dan ketika ini mempunyai kira-kira 500 pelanggan.

''Kami juga sudah menubuhkan anak syarikat di Singapura," katanya sambil menambah, pihaknya bercadang untuk menjadi sebuah syarikat senaraian awam dalam tempoh tiga tahun.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Public Gold, Branson Saw dan Bendahari Koperasi DinarMas Nakhoda Nanintan Pulau Pinang Bhd. (Kodinarmas), Abdul Wahab Hamid.

Kodinarmas yang berpusat di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini merupakan pengedar utama dinar emas Public Gold. Maklumat lanjut mengenai operasi koperasi berkenaan boleh diperolehi dengan melayari laman web www.kodinar.com.my.

Syiling Memperingati P. Ramlee Dilancar

 
Koleksi syiling yang bernilai RM3500 ini boleh didapati dalam bentuk 
pakej pek emas, perak dan tembaga.



KUALA LUMPUR: Seiring dengan usaha dan kempen untuk memperingati seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, KL Mint Sdn Bhd mengeluarkan syiling tokoh seni itu dalam tiga koleksi yang bersalut emas, perak dan tembaga.

Menurut Pengarah Projek KL Mint, Mohd Saiful Abd Latif perancangan untuk mengeluarkan koleksi syiling yang julung kali dilakukan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memartabatkan P. Ramlee.

"Seperti yang kita semua maklum, P. Ramlee adalah legenda seni yang agung. Sebelum ini, memang tiada lagi koleksi syiling dikeluarkan khas untuk karyawan seni tanah air.

"Jadi, kami mengambil inisiatif untuk mengeluarkan koleksi syiling ini sebagai tanda penghargaan kepada tokoh itu dan juga untuk disimpan sebagai warisan seni negara," katanya.

Mengulas lanjut, Saiful berkata, keputusan untuk mengeluarkan koleksi syiling itu adalah berdasarkan nilai dan keistimewaannya yang bukan saja menjadi buruan para pengumpul syiling malah ia juga tahan lama.

"Kami memilih untuk mengeluarkan koleksi syiling berbanding poster, poskad atau barangan koleksi lain adalah kerana nilai dan ciri-ciri wang syiling yang boleh diwariskan kepada generasi seterusnya.

"Jika hendak dibandingkan dengan koleksi peribadi yang lain seperti poster, poskad atau album, nilai wang syiling ini lebih tahan lama dan menjadi idaman bagi penggemar koleksi wang syiling," katanya.
 
Dr. Rais Yatim (dua, kiri) melihat koleksi syiling peringatan P. Ramlee 
sambil diperhati oleh Datuk Freddie Fernandez (kanan) pada majlis 
pelancaran "Heritage Series P. Ramlee On Coin" di Balai Seni Lukis 
Negara di sini, Khamis. Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif 
KL Mint, Othman Abdullah (dua, kanan).

Bercerita tentang idea pencetakan syiling tersebut, Saiful berkata, projek yang dirancang sejak awal tahun 2010 itu diilhamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KL Mint sendiri iaitu Othman Abdullah sebelum mendapat kerjasama daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Persatuan Karyawan Malaysia dan Balai Seni Lukis Negara.

Koleksi syiling peringatan itu setiap satu dijual dengan harga RM3,500 untuk syiling emas, RM250 (perak) dan RM50 (tembaga). Menariknya, bagi setiap pembelian syiling emas, pembeli juga bakal mendapat syiling perak dan tembaga.

Katanya, koleksi syiling emas dan perak hanya akan dicetak masing-masing 1,000 keping manakala bagi syiling tembaga pula bergantung pada permintaan.

Sebahagian daripada hasil jualan koleksi syiling itu akan disalurkan kepada tabung Karyawan dan Yayasan P. Ramlee.

Pameran dan jualan koleksi syiling ini akan berlangsung selama sebulan di Balai Seni Lukis Negara bermula Jumaat (hari ini).

Pelancarannya yang diadakan di Balai seni Lukis Negara, Khamis, disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Ia turut dihadiri Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.

Arkib: 22 pendulang emas haram ditahan

ARKIB : 15/07/2010

22 pendulang emas haram ditahan




SEBAHAGIAN pendulang emas haram warga asing dan tempatan yang ditahan pihak berkuasa kerana menceroboh Hutan Simpan Bukit Twiss di Tenggaroh, Mersing, Johor, kelmarin.


MERSING 14 Julai - Seramai 22 pendulang emas haram termasuk dua kanak-kanak berusia satu dan dua tahun ditahan dalam serbuan di Hutan Simpan Bukit Twiss, Tenggaroh dekat sini kelmarin.

Serbuan dilakukan kira-kira pukul 12 tengah hari, diketuai oleh Pegawai Hutan Daerah, Zubait Said bersama kakitangannya termasuk Unit Penguat Kuasa Jabatan Perhutanan negeri, polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Kesemua yang ditahan adalah sebahagian daripada 50 pendulang warga asing dan tempatan yang sedang leka melakukan aktiviti haram tersebut.
Zubait berkata, antara yang ditahan adalah sembilan penduduk tempatan, seorang warga Thailand dan selebihnya rakyat Kemboja yang memiliki taraf penduduk tetap (PR).

"Dalam serbuan itu, kami menemui 30 khemah sementara yang dibina di hutan simpan berkenaan yang boleh memuat antara empat hingga 10 penghuni dan beberapa peralatan termasuk mesin dan pengepam air," katanya di sini semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mereka memperoleh pendapatan antara RM10,000 hingga RM29,000 seminggu hasil daripada kegiatan itu.

"Lebih 50 hektar hutan simpan berkenaan termasuk pokok-pokok telah dirosakkan disebabkan kerja-kerja mendulang emas secara haram itu," katanya.

Beliau berkata, semua yang ditahan diserahkan kepada polis dan tiga daripada warga asing diserahkan kepada Jabatan Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Zubait berkata, kawasan hutan simpan yang diterokai itu kini dikawal rapi oleh Jabatan Perhutanan negeri bagi memastikan ia tidak diceroboh.

"Mereka yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 32(1) Akta Perhutanan atas kesalahan menduduki atau mengadakan sebarang aktiviti di hutan simpan kekal tanpa kebenaran pihak berkuasa dan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan," katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menceroboh hutan simpan untuk tujuan mendulang emas secara haram kerana ia merupakan satu kesalahan.