Blogger Templates by Zaizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Emas Popular

Loading...

Persediaan Sebelum memulakan Pelaburan... Jom Layan.

Tuesday, October 2, 2012
sumber : http://www.pelaburjutawan.com/pengaruh-harga-emas-kepada-pelaburan/


Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum memulakan Pelaburan?

Ada 4 persediaan yang perlu anda perhatikan dan lakukan, iaitu;
Persediaan Medium Pelaburan Pilihan
Persediaan Minda
Persediaan Ilmu
Persediaan Modal


Bagaimanakah persediaan pasaran emas ketika ini?
Pasaran Emas sememangnya telah bersedia untuk dipilih sebagai medium pelaburan sejak 11 tahun yang lalu berikutan unjuran pergerakannya terus kekal berada pada posisi menaik (Uptrend).

Apakah persediaan minda yang perlu saya lakukan?
Jika anda berhasrat untuk membuat pelaburan, maka anda hanya perlu tetapkan dalam minda point utama pelaburan dan anda perlu mematuhinya sentiasa, iaitu;
- Anda membuat keputusan untuk membeli Emas ketika ini kerana ianya sangat berpotensi menguntungkan.
- Anda akan menjualnya semula apabila kenaikan harganya telah melebihi harga belian untuk meraih keuntungan.
- Anda akan membuat belian semula selepas menjualnya kerana unjuran harga masih berada pada unjuran kenaikan (Uptrend) bermakna ia masih berpotensi menguntungkan.
- Anda akan membuat belian tambahan jika harga emas turun lebih rendah berbanding belian sebelumnya kerana penurunan harganya hanya sementara dan akan naik semula kerana unjuran harga jangka panjangnya masih Uptrend.

Apakah persediaan ilmu pelaburan emas yang perlu saya tahu?
Ada beberapa faktor yang akan mempengaruhi untung rugi pelaburan anda, antara faktor yang penting adalah Harga dan Spread (susut nilai).

Bagaimanakah harga emas boleh mempengaruhi pelaburan?
Membeli emas yang kadar perubahan harganya tidak selaras dengan harga sebenar di pasaran antarabangsa akan menyebabkan keuntungan dari kenaikan harga emas yang dipilih menjadi semakin lambat kerana ia akan menyebabkan berlaku situasi dimana ketika harga emas antarabangsa telah naik, tetapi harga emas yang anda beli masih tiada sebarang perubahan, dan begitu juga sebaliknya.

Bagaimanakah kadar spread boleh mempengaruhi keuntungan?
Membeli emas dengan kadar peratus spread yang besar akan menyebabkan keuntungan anda menjadi lebih sedikit dan tempoh menunggu sehingga belian yang dilakukan jadi menguntungkan juga akan menjadi lebih panjang.

Berapa lamakah yang diperlukan untuk meraih keuntungan dari pelaburan emas?
Tempoh masa yang diperlukan bergantung kepada;
Tindakan pertama anda selepas menyedari potensi pelaburan emas – Jika selepas menyedari potensi keuntungannya dan anda segera membuat belian, maka potensi keuntungan anda akan jadi lebih cepat.
Tindakan anda sekiranya harga turun lebih rendah berbanding belian sebelumnya – Jika anda bertindak membuat belian tambahan, maka keuntungan anda akan lebih cepat apabila harga naik semula selepas itu, berbanding jika anda hanya mengambil tindakan tunggu dan lihat.


Bilakah masa yang sesuai untuk memulakan Belian Emas / Pelaburan Emas?
Sudah tentu sekarang kerana unjuran harga emas masih berada pada posisi Uptrend, tak mungkin anda mahu melabur dalam unjuran pasaran Downtrend.

Bagaimana jika selepas saya membeli emas harganya turun lagi?
Itu adalah peluang untuk anda menggandakan keuntungan dengan mengambil langkah membuat belian tambahan, kerana posisi unjuran harga masih kekal Uptrend, jadi walaupun harganya turun sekarang, ia pasti akan naik semula. Samaada naik atau turun, tinggi atau rendah, kita tahu ia pasti akan naik lebih tinggi nanti.

Bagaimana saya boleh mendapatkan panduan dan bimbingan dalam pelaburan emas?
Anda boleh mempelajari panduan dan info yang dikemaskini dari masa ke semasa melalui laman web www.MyPublicGold.blogspot.com, dan dapatkan bimbingan intensif dari masa ke semasa dengan mendaftarkan nama saya sebagai Introducer anda ketika membuka akaun dealer atau pelanggan di Public Gold. Atau hanya masukkan maklumat ini (Nama – Muhammad Zaizulakmar Bin Zainuddin / Kod Dealer – PG002145) di ruangan Introducer jika anda membuka akaun sendiri secara online melalui laman web www.publicgold.com.my.





 

Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd.

Thursday, July 12, 2012



  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
        


    1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.
       
    2. Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.
       
    3. Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh syarak atau undang-undang negara.

    Antara Konsep Pelaburan EMAS yang GLAMER & FOFULAR di Malaysia ( Kena Hati-hati )

    Saturday, March 24, 2012
    sumber: www.pokli.com


    Asssalamualaikum w.b.t

    Tahniah kepada peserta seminar percuma di Public GOLD seluruh Malaysia & Bengkel Strategi 5B selama 2 hari di Vistana Kuantan hujung minggu lepas.....moga dapat ILMU tu di manafaatkan dan disampaikan & dimanafaatkan kepada orang lain...

    Bercerita tentang Pelaburan & Peniagaan Emas & perak secara fizikal ni mungkin tidak sesuai dengan anda kerana banyak faktor-faktor kekangan seperti modal & masa mungkin melalui perkongsian dapat memberi manafaat kepada orang lain....saya suka berkongsi ilmu tentang perniagaan emas ini kerana kenaikan harga emas yang naik setiap tahun mungkin kalau ada pihak lain yang memiliki emas secara automatik mereka pun turut sama mendapat manafaat dari simpanan emas tersebut.

    Untuk menjadi orang yang berjaya....kita perlu jadikan kehidupan kita ini amat bermakna kepada orang lain...saya rasa amat bertuah melalui perkongsian ILMU & kemahiran dalam EMAS & Perak membolehkan orang lain seperti anda dapat membuat duit / jana pendapatan dalam diam aka menjana pendapatan sambil tidur....wowowowowo....anda buat...anda ada ilmu....anda ada strategi...anda dapat...

    pasti diluar sana ramai yang pelik kenapa anda banyak melakukan kesilapan dalam pelaburan emas & perak???? sepanjang seminar percuma di seluruh malaysia...pokli telah tanya & menganalisa kenapa ramai orang tertipu dalam pelaburan emas.....jawapannya adalah ILMU...masih ramai rakyat Malaysia yang masih cetek dalam ILMU emas pelaburan........tapi......takpe.....selalunya orang yang BERJAYA memang banyakkkk melakukan kesilapan & mereka yang berjaya akan BELAJAR dari kesilapan yang lepas & mengambil pengajaran...takkan nak kena tipu 2 kali......


    antara konsep pelaburan emas yang GLAMER & FOFULAR di Malaysia adalah :-

    1) Sistem Manipulasi - beli emas..pajak....beli emas ..pajak......dari 1kg...pajak dapat 650g dan beli & pajak hingga tinggal sekeping.....hehehe....untung ker????? untung ketika jual & harga emas naik.....

    2)Sistem 35/65 & 30/70 - sistem ini mmg glamer dikalangan pelabur-pelabur emas di malaysia.....maknanya.....pelabur-pelabur emas membeli emas cuma membayar 35% dari harga emas & balance di pajak di Ar RAHNU & pajak gadai......keuntungan kepada pelabur bila harga emas naik dalam 6-12 bulan dan dijual kepada peniaga....tapi bagaimana kalau nilai MARHUM jatuh???? macam sekarang nilai Marhum turun kepada RM194/g untuk 999.9? mmmmmm sebab itu mindset pelabur penting dalam menfokus pelaburan & target keuntungan...kena ada ILMU hisab...contohnya anda kena tanggung KOS ar rahnu selalunya 0.75% sebulan dari nilai MARHUM....

    3) Pembayaran keuntungan % secara bulan2- ramai pelabur-pelabur di seluruh malaysia suka cara pelaburan ini....bagi mereka...cara ini MENGUNTUNGKAN & mendapat pulangan secara pasif setiap bulan...hehehehhe...adakah ini GENUINE? jawapnya....bergantung pada syarikat yang membuat sistem ini......selagi masih beroperasi INSYA -ALLAH mereka boleh memberi pulangan bulan2 & ada pelabur baru yg top up dalam BIZNES mereka.......sebagai pelabur bijak....anda kena buat kajian & semak status syarikat tersebut samada berdaftar dengan SSM, Bank Negara dsb.....(cek di mana mereka beroperasi supaya senang nak tahu bila nak tuntut balik pelaburan anda....tu pun kalau ADA..kalau buka/daftar di LUAR NEGARA???)

    4) Spekulasi - cara ini amat popular sebab anda boleh monitor harga emas semasa & boleh LOCK utk membeli dan menjual balik dalam tempoh yang cepat apabila harga NAIK....biasanya tempoh 1 - 3 bulan......kena pandai tengok HARGA EMAS....

    5) Pelabur EMAS - konsep ini amat selamat & menguntungkan...sebab....beli emas simpan....sebab matlamat nak jadi jutawan emas....saya perlu ada emas 5.6kg untuk bergelar jutawan emas....berbanding tahun 2009 beli emas public gold Rm1juta dapat lebih kurang 9.5kg .....heheheehe....

    5.6kg x RM179 =RM 1,002,400 ---  nak jadi jutawan emas ini FORMULA dia
    (harga semasa tgk di www.publicgold.com.my)


    6) Peniaga / Tauke EMAS - inilah pilihan terakhir kepada pelabur-pelabur emas menjadi tauke emas & usahawan emas.....sebab bukan ramai orang nak jadi tauke....ramai dikalangan pelabur mempunyai pekerjaan tetap & perniagaan lain....so pilihan kerjaya tauke emas ini pulangan amat menguntungkan jikalau MEMPUNYAI keinginan, modal, motivasi, kemahiran perniagaan & rangkaian perniagaan yang luas....setiap pelaburan & perniagaan ada cabaran & risiko yang perlu ditanggung???????/


    so apa pilihan anda????

    berdasarkan kajian saya, ramai yang memilih mejadi pelabur emas & peniaga emas .....alang2 membeli emas Rm20k bersama Public GOLD dah layak bergelar sebagai pengedar & dapat benefit yang ditawarkan pihak Public GOLD samada dalam bentuk tunai @ hadiah2 sampingan (percutian/dirham/ tabung kereta dsb)....

    TAPIIIIIIIIIIIIIIIIII.....sebelum anda menjana keuntungan dalam pelaburan & perniagaan emas FIZIKAL.....ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan......


    1) Faktor Produk-pilih produk yang sesuai untuk pelaburan & perniagaan ANDA.....contoh GOLD BAR & COIN amat sesuai sebagai pelaburan & ketulenan GOLD BAR/ COIN  harus 999.9 & 916...

    2) Faktor Harga - harga yang ditawarkan adalah kompetetif & selaras denan harga semasa berdasarkan harga dunia...contoh mengikut harga di www.kitco.com & www.goldprice.org ....ini penting sebagai pelabur anda boleh pilih produk yang sesuai apabila INGIN membeli & MENJUAL produk tersebut...


    3) Faktor Spread - susut nilai harga emas penting dalam mengukur keuntungan / break even dalam pelaburan anda.....contoh kena pilih spread yang paling rendah & kompetetif.....paling rendah paling bagus....contoh spread 4.5% -6% 5paling sesuai untuk pelaburan anda.....harga emas naik 8% sebulan anda dah untung 8%- 4.5%(spread) =3.5% profit sebulan....

    4) Faktor kecairan- anda perlu pilih syarikat & pengedar yang mempunyai kewangan yang kukuh demi membeli balik emas yang anda beli dahulu......sebab ada syarikat2 yang boleh menjual emas sahaja...tapi bila nak beli balik.....mereka dah HILANG atau xde kewangan kukuh untuk membeli balik....tahukah anda...exits point kepada pelabur emas adalah apabila mereka MENJUAL....time menjual mereka mendapat KEUNTUNGAN atas kenaikan harga EMAS tersebut (CAPITAL GAIN)

    5) Faktor Mudah Cair - pilih syarikat & pengedar yang mempunyai rangkaian yang luas dalam proses pembelian & penjualan emas & Perak FIZIKAL....ini penting.....anda boleh memiliki & menjual EMAS bila2 masa dan berdekatan dengan tempat kediaman anda.....macam public gold ada lebih kurang 17 cawangan di seluruh malaysia...so senang kepada pelabur-pelabur emas untuk memiliki emas dengan berkunjung ke cawangan terdekat....tgk di sini (RANGKAIAN CAWANGAN)atau http://www.pokli.com/p/rangkaian-pokli-wealth-management.html

    6) Faktor TAMBAHAN produk / Kelebihan Produk - pilih syarikat yang menawarkan nilai tambah kepada pelaburan emas & perak fizikal anda seperti JAMINAN BELIAN BALIK, terima belian balik walaupun CALAR / BENGKOK / PATAH / KEMEK / HILANG RESIT./Hilang KAD ketulenan...ada KAD Ketulenan.....

    7) Menawarkan kemudahan Pajak Gadai & Bayaran ANSURAN kepada Pengedar & Pelabur- pilih syarikat yang boleh anda gunakan teknik - teknik pembayaran ansuran (EPP-Easy Payment Program) & anda boleh pajak GOLD BAR DINAR anda beli dengan hantar kepada Public GOLD....Pihak PG boleh membuat tempahan emas dengan bayaran Ansuran sebanyak 4kali dalam 4bulan...contoh nak beli emas RM20k...anda boleh beli emas bayaran setiap bulan RM5,000 jer dan apabila dah abis bayaran bulan ke empat..anda boleh memiliki emas tersebut....kalau PSP- Public Safe Program - anda boleh pajak emas di Public GOLD tapi terhad kepada pengedar anda dapat 65% duit dari harga PG SELL...caranya bawa emas di cawangan publi gold dan anda bole pajakk......mudah untuk cairkan wang bila2 waktu kecemasan..

    8) Menawarkan peluang PERNIAGAAN kepada PELABUR - syarikat memberi imbuhan (cash&bkn cash) & royalti kepada pelabur jika anda rekemen kawan2 & kenalan untuk sama2 terlibat dalam memiliki & menyimpan emas & perak ini...wow ni untung 2 dalam 1......walaupun saya simpan emas dalam peti besi...saya boleh memberi manafaat dengan berkongsi kepada orang lain...dan apabila orang lain pun ingin membeli emas ini...anda dapat ROYALTI...ini dah PASIF INCOME beb...hehehhehehe.......tapi ramai sekarang yang dah menjadi peniaga EMAS & PERAK secara Full time seperti saya....hehehehe...saya cuma rekemen orang beli emas dengan Public GOLD...saya dapat ROYALTI....hehehe...baggus la..untuk jana income......buka mulut pun ada EMAS...hehehehe



    Skill Emas Menggunakan Duit Gaji..... Mahu Tahu ka?

    Monday, March 5, 2012
    Salam hormat buat rakan-rakan Emas saya .

    Apa khabar  hari ini? Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Seperti yang saya janjikan, hari ini saya akan beritahu apakah cara terbaik menangani masalah masalah pelaburan emas (name).

    Sudahkah anda memiliki apa yang diidamkan dalam kehidupan seperti kereta yang mewah, rumah yang besar dan mewah, bebas kewangan, kehidupan yang bahagia, kehidupanyang mana anda boleh tentukan sendiri apa yang anda nak buat. Seronok kan kalau dalam kehidupan ini kita dapat lakukan apa yang kita seronok buat….

    Tahukah anda dengan rahsia ini, saya berani kata yang anda akan dapat insyaallah lambat laun kehidupan yang saya gambarkan di atas. Ini kerana saya dah lakukannya sejak dari tahun 2009 dan kehidupan saya berubah setiap tahun. Saya dah mula rasa bebas kewangan, boleh pakai kereta yang saya nak pakai, tiap bulan tak perlu risau pasal duit lagi. Saya amat yakin, anda juga boleh melakukannya seperti saya.


    Kalau anda berminat untuk belajar bagaimana untuk bermain emas dan sekaligus selesaikan masalah pelaburan emas yang anda hadapi, sebuah pakej panduan khas dicipta untuk semua lapisan masyarakat yang berminat nak melabur emas. 

    Pakej ini cukup lengkap di mana ianya diterangkan langkah demi langkah mudah dan praktikal. 

    Salam kejayaan,

    Ikhlas, 

    Muhammad Zaizulakmar Zainuddin

    Hati-Hati Pilih Agen Pelaburan Emas

    Wednesday, February 29, 2012
     


    KUALA LUMPUR 31 Jan. – Orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih ejen sebelum membuat sebarang pelaburan melibatkan jongkong emas.
    Profesor Ekonomi, Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Amir Baharuddin berkata, perkara itu penting bagi mengelakkan pelabur menjadi mangsa penipuan ejen yang tidak bertanggungjawab.

    Katanya, orang ramai harus berhati-hati dan menyelidik terlebih dahulu latar belakang ejen dan memastikan ejen tersebut berdaftar serta bertauliah.
    “Harus diingat ada ejen yang mengambil untung atas angin, jadi adalah lebih baik sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan sebelum bersetuju untuk membuat pelaburan.

    “Jangan mudah percaya dengan kata-kata ejen yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
    Beliau berkata demikian bagi mengulas rintihan pengadu dikenali Tsuri di dalam ruangan Forum Utusan Malaysia semalam yang merasakan dirinya tertipu selepas cuba menjual semula ketulan emas miliknya di sebuah kedai dengan harga yang lebih rendah daripada harga belian dan semasa.
    Tambahnya, adalah lebih baik sekiranya pelaburan emas itu dijadikan pelaburan jangka panjang dan bukannya untuk pelaburan jangka pendek.

    Sementara itu, Profesor Kewangan dan Perbankan di Kolej Perniagaan, UUM, Prof. Dr. Norhayati Ahmad menegaskan orang ramai perlu meneliti dan mengkaji pelaburan emas yang ingin disertai.
    Katanya, sebelum membuat pelaburan, orang ramai haruslah mempersiapkan diri dengan mendapatkan pengetahuan berkenaan selok-belok pelaburan.
    “Dengan adanya pengetahuan, ia sedikit sebanyak membantu dalam membuat keputusan dan mengelakkan diri daripada ditipu.
    “Oleh itu, sebaiknya sebelum membuat sebarang keputusan kita sudah memiliki pengetahuan secukupnya berkenaan dengan pelaburan yang ingin kita sertai dan orang di dalamnya,” katanya. – Utusan Malaysia Online

    Produk I-series Barang Kemas 916 Edisi Pajak Public Gold

    Sunday, February 26, 2012


    Pelaburan EMAS terkini keluaran Public Gold dikenali sebagai Koleksi Rantai Tangan, Rantai Leher dan Pendant  i-series.

    Ianya merupakan Barang Kemas yang didatangkan dengan berat yang berbeza 5g, 10g, 20g, 50g dan 100g serta bakal menyusul adalah 5g dan 10g. Ianya dikeluarkan sepertimana PUBLIC GOLD BAR cuma dalam bentuk rantai dan diperbuat dari EMAS 916. Koleksi Rantai i-series boleh dijadikan sebagai aset pelaburan alternatif kepada Public Gold BAR dan Public Dinar yang rancak diniagakan sebelum ini. Ianya turut diniagakan seperti BAR dan DINAR di mana harganya mengikut pasaran semasa yang berubah setiap 20 minit.



    Koleksi Rantai i-Series boleh dilihat lebih kepada PELABURAN EMAS berbanding dengan Public Jewellery (barang kemas) yang lebih khusus kepada perhiasan diri. Ianya dapat dilihat dari 'spread margin' yang menunjukkan perbezaan harga jual dan harga beli yang lebih kecil (sekitar 10%) berbanding dengan Public Jewellery pada kadar sekitar 20%.

    Untuk mendapatkan maklumat berkaitan I-series, Sila hubungi saya :)

    Harga emas mendaki selepas Tahun Baru Cina

    Saturday, January 28, 2012


    Seperti jangkaan ramai pihak, harga emas mula mendaki selepas berakhirnya tahun baru cina Isnin lalu, index MKS yang bermula sekitar 6270 pada pagi rabu naik kepada 6415 pagi ini, mewujudkan pelbagai andaian samada kitaran tahunan yang selalu disebut apabila hari raya cina, atau kerana spekulasi harga minyak besar kemungkinan naik 30% ekoran sekatan baru yang dikenakan Amerika dan sekutu kepada Iran.
    Konflik sekatan baru Amerika keatas Iran.
    Kerajaan Presiden Hitam Amerika pertama yang diwakili Barrack Obama  tunduk kepada desakan Israel untuk membekukan aset Bank Ketiga Terbesar Iran (Bank Tejarat Iranian) serta menghalang mana-mana syarikat luar yang bekerjasama dengan Bank Tejarat untuk memasuki pasaran Amerika, Barrack Obama besar kemungkinan kecut perut apabila mendapat ancaman bunuh dari Pengarang Akhbar Israel, Andrew Adler yang mencadangkan Mossad menamatkan nyawa Obama kerana bersikap anti-israel.

    Sekatan terbaru yang dikenakan Amerika dan EU ini meningkatkan suasana tegang manakala Iran pula mengancam untuk menutup Selat Hormuz (Laluan 1/5 minyak dunia) disempadannya. Wakil Amerika di Nato melaungkan untuk melakukan apa saja menggunakan kekuatan tentera bagi menyekat hasrat iran,  besar kemungkinan perang bakal meletus lagi di Asia Barat.
    minyak iran emas
    Bagaimana kesan konflik ini menaikkan Harga emas
    Sekatan berterusan keatas pegangan Iran diluar negara memaksa Iran untuk menukarkan aset mereka kepada emas dan membawa masuk emas tersebut kedalam negara sebagai reserve. Menyebabkan permintaan emas fizikal meningkat, Walaupun Republik Iran mengakui simpanan emas mereka mampu bertahan selama 10 tahun mereka bercadang untuk menerima emas sebagai tukaran dengan minyak.
    India dan China berkemungkinan besar bersetuju untuk membayar Iran menggunakan emas untuk minyak. Langkah yang bakal diikut negara-negara lain yang tidak menerima  sekatan Amerika, jika langkah ini berjaya, permintaan emas fizikal akan meningkat tinggi dan menguntungkan pelabur.
    Rujukan: